Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

15 October 2007

ta'aruf ma' ana...


Salamun Alaik!
Nama di beri Nurhidayah Ab Karim (mempunyai sejarah nama yang pasti akan dikenang abadan-abada.)
Insyaa Allah berusaha untuk menyuluh orang yang terdekat mahupun yang jauh ke jalan yang diredhai Allah.
Anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Kelahiran tahun 1991 dan berasal daripada Merlimau Melaka.

Pendidikan terawal bermula di rumah oleh mak abah (tarbiyah al-aulad).
Seterusnya Pasti Al-Ikram Serkam Melaka sekitar umur 4-6 Tahun.
KAFA 4-6 Tahun.
Seterusnya Sek Keb Merlimau 2 Melaka sekitar 7-9 Tahun.
SRA JAIM Sempang
Seterusnya Sek Keb Kuala Kubu Baru Selangor Sekitar 10 Tahun
SRA KKB
Seterusnya Sek Keb Sempang Merlimau Melaka sekitar 11-12 Tahun.
SRA JAIM Sempang

Sepanjang keterlibatan di sekolah rendah, penulis berpeluang memiliki pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu dan kokurikulum. Turut berpeluang memegang beberapa jawatankuasa tinggi di dalam organisasi kokurikulum Sekolah dan menjadi Pengawas. Mewakili sekolah dalam public speaking, tilawah Al-Quran, nasyid, bola jaring dan lompat tinggi. ^_^ Berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat rendah dengan memiliki sijil UPSR, UPKK dan SSRA.

Pendidikan Menengah hanya di Maahad As-Saiyidah Khadijah Melaka. 13-17 Tahun. Mengambil aliran sains. Maahad As-Saiyidah Khadijah bertukar nama ke SMA As-Saiyidah Khadijah berikutan peralihan separuh kerajaan ketika di Tingkatan 2. Seterusnya SMA JAIM As-Saiiyidah Khadijah Melaka. (Ana keliru dengan nama sekolah). ^_^

Sepanjang keterlibatan di As-Saiyidah Khadijah, penulis juga berpeluang memiliki pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu dan kokurikulum. Turut berpeluang memegang beberapa jawatankuasa tinggi di dalam organisasi kokurikulum maahad dan menjadi pengawas. Mewakili maahad dalam pesta pantun, kuiz Ict, bola jaring, pingpong dan apa lagi ya? ana banyak mengikuti kursus kepimpinan... tak aktif sukan. Berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat Menengah dengan memiliki sijil SPM, PMR, PMRA, SMA.

Bebekalkan SPM, penulis meneruskan ilmu yang di minati (Sains) di Universiti Sains Islam Malaysia. Dalam masa yang sama meneruskan usaha mengaji agama dan hafazan di Usim. Membuat persiapan degree dengan mengambil Tamhidi Sains dan Teknologi. Perancangan Allah itu lebih baik, Alhamdulillah, usaha menggenggam ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Matematik (Kewangan)  telah terlaksana. Walaupun dahulunya minat cenderung ke arah biologi haiwan dan tumbuhan, tetapi Allah lebih hebat aturannya. Di Usim, Allah izin memegang beberapa jawatankuasa kecil di dalam sesebuah persatuan dan fakulti. Di sini banyak sekali ilmu kehidupan yang dikutip. Di sini iman di uji. Hati bertambah tabah dalam menghadapi liku hidup yang sukar diertikan. Semoga Allah buka hikmah yang masih terhijab.

Kini meneruskan usaha mengaji diploma dalam ilmu agama dan mengumpul pengalaman untuk menjadi murobbi/pendidik yang Allah redha. Sarjana dalam pendidikan matematik masih berbaki lagi beberapa semester untuk dihabiskan. Mudahan memberi mafaat kepada masyarakat insyaaAllah. Menuntut ilmu itu hingga ke liang lahad.

Kini, berkhidmat sebagai seorang guru akademik dan agama di sebuah Sekolah Rendah Islam Swasta SRI Ahmadiah. Penulis turut menjalankan kelas pengajian AlQuran Baitul Hikmah kepada anak awam di rumah. Dalam masa yang sama menghulurkan tenaga bakti dan curahan ilmu sebagai tenaga pengajar Akademik di Madrasah tahfiz AlFahim dan Pusat Tuisyen Jazim.

Dengan latar belakang yang pelbagai dan tidak bersifat panjang, penulis tidak mengharapkan pujian mahupun penghargaan, apatah lagi sindiran yang tidak berasas. Fokus penulis adalah redhaNya semata, tidak bertujuan kepada yang lainnya. Penulisan karya ini tidak tertumpu hanya kepada bidang yang dipelajari, lebih ke arah suasana tarbiyah yang diterima di maahad, USIM, di rumah dan di tempat mendidik. Mudah-mudahan perkongsian di lapangan blogger ini sedikit sebanyak membantu pembaca untuk mencintai kehidupan dengan lebih bermakna. Berpaksikan cinta Allah yang utama dan redha Allah semata, insyaa Allah dipermudahkan.

Menulis dalam kesederhanaan, berusaha mencapai syahid di jalanNya, semoga Allah redha.

Rabiatul Adawiyah pernah berpesan:
Ingatlah orang yang zuhud lagi abid sentiasa mengingati Allah dalam suka dan duka, dalam sedar mahupun tidak, dalam ratap dan juga tangis supaya diakhirat kelak ia menjadi bukti bagi mendapatkan balasan yang sudah tersedia.

Indahnya peribadi ahli sufiah ini... ^^

-menulis kerana Allah & cintakan perkongsian ilmu...


-Don't wait until tomorrow to do 'kebaikan', do it now! because tomorrow might be too late...

-hidayah-