Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

15 November 2009

berdialog dengan jin




salam buat semua...
seminggu berlalu, tiada apa yang sempat ana coretkan di ruangan ini.
alhamdulillah, hari ini berkesempatan.

sekarang ini tengah menghabiskan masa cuti sem di rumah pak cik sedara.

berbalik kepada tajuk di atas, BERDIALOG DENGAN JIN?
jika dilihat pada tajuknya sahaja, 99 peratus telah berjaya menarik minat ana untuk membacanya. ana ingin tahu jin ini macam manusia ke? hidupnya? makannya? ibadahnya? sama macam kita juga? buku ini sedikit sebanyak dapat membantu ana...

buku ini merupakan catatan perjalanan dan pengalaman peribadi seorang perawat (Ustaz Abd. Majid Hassan)
AKADEMI RAWATAN ISLAM NUR EHSAN (AKRINE)
ramai pesakit yang telah dirawat oleh beliau telah di ceritakan di dalam buku ini.
ana tertarik dengan salah satu kisah yang di catatkan di dalam buku ini.
anataranya:

kata penulis:
S menelefon isteri saya minta untuk dirawat berkenaan hubungannya suami-isteri. Sejak berkahwin 6 bulan yang lalu S tidak menyentuh isterinya kerana dia tak ada nafsu.

S yang berasal dari Kajang berjumpa dengan saya hari ini. Dia tidak membawa isterinya, katanya dia amat tak selesa memandu kereta bersama-sama. Oleh itulah dia memilih untuk datang bersendirian.

S memberitahu saya bahawa perkahwinannya ini adalah yang kali kedua. Perkahwinannya yang pertama telahpun berpisah 10 tahun yang lalu, atas nasihat perawat beliau dikatakan akan sihat jika bercerai kerana gangguan yang di alami. Selepas bercerai dia rasa selesa tanpa gangguan.

Beliau berkahwin semula selepas menjangkakan tiada lagi gangguan.

Bila berkahwin gangguan datang semula, bencinya kepada isterinya teramat sangat. S telah berjumpa perawat sebanyak 18 tempat (ramai rupanya perawat) tetapi masih belum berjaya mengatasi gangguan yang dihadapinya. Isterinya telah dimaklomkan, tetapi sebagai insan biasa tentulah sukar untuk bersabar sebagai seorang isteri untuk sekian lama.

Saya merukyah S, pada keterangan S seseorang tentu menyimpulkan ini adalah sihir tafriq. Sebagai perawat sayapun pada mulanya beranggapan demikian.

Saya yakin akan panduan ALLAH, selepas mengikat S dengan ayat saya membaca Al-mukminun 115-118 sebanyak 3 kali. Saya tidak membaca ayat sihir. Saya pegang tangan S, S pada mulanya melawan dengan menepis-nepis tangan saya. Saya eratkan pegangan dan menekan tangan S ke peha beliau.

"Sudah, sudah jangan baca... dah ramai yang lawan saya tetapi semuanya tewas!" kata jin berkenaan.

Saya kata semuanya dengan izin ALLAH, "saya sembelih awak kalau awak tak mahu keluar"."Berdosa membunuh jin" katanya.

"Saya sayangkan dia, saya cintakan dia!" katanya.

"Ooh awak jin asyik rupanya, cukuplah dah lebih 10 tahun awak bersamanya" kata saya.

"aku ada 3 anak hasil perkongsian dengannya, aku takkan benarkan sesiapa pun berkahwin dengannya" katanya lagi.

"Perkahwinan awak tak sah, sebab awak berkahwinan tanpa kerelaannya, ini perbuatan zalim dan melampau fitrah kejadian jin dan manusia" balas saya.

"Saya juga beragama Islam, cuma tak ikut agama.... awak tak akan berjaya memisahkan saya dengannya" katanya. "Saya sembelih awak", bentak saya. "Berdosa sembelih jin" ia masih berdegil. "Saya sembelih dengan keizinan ALLAH, kalau ALLAH tak benarkan awak mati, awak tak akan mati". Kata saya menguatkan hujjah boleh sembelih.

"Saya mencintainya, kami ada 3 anak. ini semuapun dengan izin ALLAH juga" balas jin asyik.

"Saya umpama polis yang menjaga keselamatan, awak pula adalah perompak kebahgian rumahtangga orang, awak memang boleh saya bunuh kalau awak tidak mematuhi arahan saya" Saya menguatkan hujjah. Dia termenung panjang...

"Saya cintakan dia, kalaulah saya manusia yang cantik sudah tentu dia akan menjadikan saya isterinya..." rungut jin asyik.

"ALLAH yang menjadikan anda sebagai jin, apakah anda tidak redha dengan pilihan ALLAH?" jawab saya.

"Awak tahu apa erti cinta? Cinta yang sebenar adalah kepada ALLAH dan RasulNYA...cinta yang lain boleh bertukar ganti....cinta juga bererti rela berkorban demi yang dicintai...awak tidak menyintainya kerana awak menyakitinya, awak kata awak sayangkan kucing awak, tapi awak picit perut kucing sampai kucing mati, awak sayang apa benda? Saya mengukuhkan perdebatan dengan jin asyik ini. Dia termenung panjang...

"Habis, apa yang saya nak buat sekarang" jin asyik mengalah dan minta diberi nasihat.

"Demi cinta, awak bersama-sama dengan anak2 awak mestilah tidak mengganggu dia lagi." Nasihat saya, "macammana kalau ada jin lain yang cintakan dia?" jin asyik masih menyimpan cintanya kepada S. "InsyaALLAH, ALLAH akan melindunginya" balas saya.

"Tak ada ke penggantinya?" minta jin ini. "Awak mahu pengganti? kalau awak ikhlas saya akan doakan?" sambut saya. "Ya! saya mahu pasangan dari golongan jin" jawabnya.

Sayapun berdoa, selepas dua kali berdoa, muncullah satu jin di depannya. Sayapun melamarkannya dan jin berkenaan pun keluar dari badan S dengan izin ALLAH.
-tamat-

+ berdasarkan daripada cerita tersebut, dapat di simpulkan bahawa jin Asyik banyak melibatkan kaum perempuan. gangguan jin asyik merupakan yang terbanyak berbanding dengan jin saka dan sihir. bezanya jin sihir memerlukan rawatan berulang, sedangkan jin asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan.

+ gangguan jin asyik bermula dari peringkat seseorang itu di peringkat kanak kanak atau remaja lagi. Apabila jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama, atau mana-mana tempat yang memerhatikan pesakit dalam tempoh masa yang lama. dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol. dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di cermin, bersolek, membuka serta memakai pakaian dan sebagainya, yang akhirnya akan menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.
apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. jin ini berusaha untuk menggagalkannnya dengan cara menghodohkan wajah pesakit, mempengaruhi pesakit cuba menjauhi kekasihnya,merosakkan kereta rombongan menikah dan sebagainya...

menurut ustaz majid lagi, wanita yang pernah di rawatnya juga pernah menceritakan bagaimana dia di rogol, mengandung, keluar darah dan akhirnya perutnya kempis semula. apabila ustaz Majid berdialog dengan jin asyik tersebut, rupa-rupanya, sudah 10 orang anak yang lahir daripada wanita itu.

lihat, manusia bukan sahaja yang ingin berpasangan dan berkeluarga, bahkan jin turut sama mengimpikan sedemikian.


untuk menjadi seorang perawat bukan mudah, bahkan seorang perawat itu mengalami berbagai dugaan dan tentangan daripad jin.

daripada buku ini ana mengenali serambi madinah. selepas jin yang duduk di badan pesakit berjaya di keluarkan dan di islamkan, perawat akan menghantar jin tersebut ke serambi madinah, untuk mendapatkan pemulihan. bahkan bukan serambi madinah sahaja, tetapi masjid-masjid juga menjadi tempat jin untuk mendapatkan pemulihan. menarik bukan? jika nigin kefahaman yang lanjut boleh membaca buku ini.



ana juga tertarik dengan kisah seorang perawat yang lain. kisah ini turut di muatkan di dalam buku ini.
jin asyik bukan sahaja minat terhadap seseorang atas dasar cinta, bahkan atas dasar ibadah. perawat berjaya berdialog dengan jin tersebut daripada tubuh isterinya. jin tersebut beragama islam yang bersembunyi di tulang rusuk sebelah belakang tubuh isterinya.

namanya siti aminah. katanya beliau sangat suka solat bersama-sama isteri perawat. dia sangat sayangkan isteri perawat, dan menangis apabla di suruh keluar. katanya, kalau keluar nanti macam mana dia nak solat. perawat berdakwah dengan jin tersebut tentang kehidupan dan tanggungjawab sebenar manusia dan jin yang beragama islam. lebih menduka citakan, dia tidak tahu pun perbuatannya itu menyakiti isteri perawat.

dengan izin Allah, jin itu diperlihatkan serambi madinah dan alahamdulillah dia setuju unutk ke sana setelah puas dipujuk.

jin juga nak melakukan ibadah... kita sebagai manusia? bagaimana?

antara yang menarik ingin di kongsi bersama:
Ada satu catitan sejarah menceritakan bahawa seorang jin lelaki terpikat pada seorang wanita (manusia). Kemudian jin itupun melamar wanita tersebut melalui orang tuanya. Dalam lamaran itu jin berkata: "saya khuatir melakukan perbuatan yang haram dengan dia". Kemudian jin itu diperkenankan untuk bernikah dengan wanita idamannya.

Pada suatu hari jin itu menampakan dirinya dan bercakap-cakap dengan keluarga wanita berkenaan, berlakulah dialog ini:

+ : Siapakah kamu?
- : kami adalah umat sebagaimana kamu, sehingga ada juga bangsa sebagaimana bangsa-bangsa manusia
+ : Apakah di tempatmu adal mazhab-mazhab?
- : Ya ada. Diantaranya mazhab qadariah, syiah dan murji'ah.
+ : Kamu dari mazhab mana?
- : Saya dari murji'ah

Ada satu riwayat lain, iaitu dari Abu Mu'awiyah berkata; maka mendengar Al-A'masy berkata:

"Ada seorang lelaki jin yang berkahwin dengan seorang wanita dari manusia. Kemudian pada suatu waktu saya bertanya kepada jin itu. Makanan apakah yang kamu senangi? Ia menjawab: "Nasi".

Sayapun segera menghidangkannya berserta lauk-pauknya. Saya tercengang apabila nampak sesuap demi sesuap bergerak ke atas, tapi saya tidak melihat seorangpun yang mengangkat tangan untuk memakan nasi itu.

Dari dua riwayat sahih di atas kita dapati:

1. Jin melamar manusia dan dinikahkan.
2. Jin ada bangsa dan fahaman mazhab sepertimana manusia
3. Jin juga makan nasi tetapi tidak jelas bagaimana

anda boleh mendapatkan buku ini untuk mendalami kisah ini. wallahu a'lam...