Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

31 December 2012

Serius


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaik!

Sebelum tahun2012 melabuhkan tirainya, izinkan ana menukilkan satu pengalaman di laman blog ini.
Baru selesai menghabiskan masa pada hari ini bersama keluarga. Melakukan banyak aktiviti di rumah, keluar membeli barang persekolahan adik dan makan bersama. Sekarang ada di campus, penuh satu kerata menghantar ana dan adik ke Usim. Jazakumullahukheir, mak abah kakak adik… ana kini meneruskan study week yang berbaki seminggu lagi.
Sanah helwah ana ucapkan kepada kakak kembar ana. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diperkenankan segala doa. Mereka sama, tetapi lain wataknya. Seorang programmer, seorang doktor. Ana? J

Ana terkesan dengan satu pengisian yang ana dengar daripada stesen radio Ikim.fm. Maaf, ana tidak ingat siapa nama ustaz yang menyampaikan pengisian ini.

Katanya, saya melihat ramai anak muda pada zaman kini berbakat dalam menulis. Tetapi tidak semua menyalurkan bakat dan keistimewaannya itu pada tempat yang betul. Mereka berani untuk menulis, tetapi tidak bersikap serius. Seperti contoh, ramai anak remaja menulis blog. Kebanyakan daripada mereka, menulis novel, menulis cerpen, menulis tentang pengalaman, luahan dan sebagainya. Mereka tidak bersikap serius. Mereka menulis tidak dinyatakan sumber, tidak pula berunsurkan ilmu, dan menulis hanya mengikut emosi. Sedikit sahaja kita dapat melihat anak remaja pada zaman sekarang yang menulis dengan tujuan berdakwah, bertujuan untuk berkongsi ilmu, dan berhujah mengikut tahap pendidikan masing-masing.

Orang yang menulis kita dapat membaca tahap ilmunya. Kita dapat mengetahui berapa banyak bahan ilmiah yang berjaya difahaminya, dan kita dapat mengukur tahap pendidikan dan pengetahuan yang diperolehnya.
Remaja pada zaman kini perlu berani untuk serius dalam bidang penulisan. Berani untuk menjadi seperti hujjatul Islam, imam syafie, imam nawawi, syed qutb, Ali thantawi dan banyak lagi. Mereka menghabiskan sisa pengalaman hidup dan ilmu yang dipelajari dengan menukilkan catatan hidup mereka dengan sistematik dan tersusun di atas beberapa lembaran.

Yuk kita hidupkan kembali pencapaian ulama’ terdahulu. Jom baca sejarah Imam Al-ghazali yang ada kaitan dengan penulisan. Agar kita dapat mencontohi peribadinya. Insyaa Allah selepas ini akan lebih serius dalam menulis. ^_^

p/s: berazam menulis dengan lebih serius selepas ini. Banyakkan rujukan dan penulisan lebih ke arah sebuah artikel. Insyaa Allah!

Imam Ghazali pernah menyebut di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh Min ađ-Đalāl.

 "Sejak aku masih muda lagi, yakni belum pun aku mencapai umur dua puluh tahun sehingga sekarang, dan kini umurku telah melebihi lima puluh tahun, aku telah terjun ke dasar laut (yakni ilmu) yang dalam ini. Tiada aku hiraukan segala kesulitan dan telah aku kumpulkan seluruh keberanianku.

 Setiap jurang aku masuki sehingga aku sampai ke dasarnya. Setiap kemusykilan aku bongkar sehingga aku temui jawapannya yang jelas. Aku selidiki setiap kepercayaan dari setiap golongan. Aku korek hingga sampai ke dasar rahsia tersembunyinya. Ini semua telah aku lakukan agar aku dapat membezakan di antara yang benar dengan yang palsu, yang sunnah dengan yang bidaah.

 Ketika aku bertemu dengan golongan batiniah, aku telah memeriksa dengan penuh teliti segala isi ajaran mereka. Ketika aku bertemu dengan kaum zahiriah pula, aku telah menyelidiki segala isi kandungan dan selok-belok ajaran mereka. Demikianlah halnya aku teruskan dengan setiap golongan.

 Ketika aku bertemu dengan ahli-ahli falsafah, aku telah bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mendalami cara pemikiran falsafah mereka. Ketika aku bertemu dengan ahli-ahli ilmu kalam, aku telah bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mengikuti dan menyelidiki pokok-pokok pegangan hujah-hujah mereka.

 Begitu juga apabila aku berdamping dengan para sufi, aku telah berusaha sehingga aku dapat mengetahui rahsia-rahsia kesufian. Ketika aku bergaul dengan ahli-ahli ibadat, aku telah mengkaji kesan-kesan amal ibadat mereka itu. Dan tiadalah aku temui kaum zindiq dan kaum engkar melainkan aku telah menyelidiki sebab-sebab dan latar belakang yang telah menjadikan mereka berpegangan demikian."

26 December 2012

nadal masjidu

Ana ingin berkongsi satu lirik lagu. sejak di bangku sekolah lagi, lagu imad rami ni sudah dinyanyikan. berikutan sebelum siaran salam masjid yang berkumandang di radio Ikim.fm turut menjadikan lagu ini sebagai tema rancangannya.

berikutan program yang lepas, ana terinspirasi dengan lagu ini juga. dimana ia menyeru mana pemuda-pemudi... kan? idea datang daripada Allah.

ana ingatkan lagu ini menyeru kita pergi masjid. rupanya menyeru pemuda untuk berjihad mengembalikan aqsa. ayuh kita ikuti maksudnya. nak buat tema lagu rakan masjid ok juga ni. ^^ sebab ada sebut, masjid2. hu3.


Nadal masjidu lil ummah - masjid itu (Al Aqsa) memanggil umatnya
ya ummati aina syababi - wahai umatku dimana pemudaku
litto'ati tahlul himmah - sebaik baik kepentingan adalah ketaatan
fal himmatu fiha hayati - aku meletakkan kehidupanku dalam kepentingan ini

Ya bilalalddini nadi - wa bilal agama ini serulah/panggillah
nadi fasautuka yuhyi fu'adi - panggillah kerana suaramu menghidupkan kalbuku
Fal masjidu naada linnaas - dan Masjid (al aqsa) telah menyeru kepada seluruh manusia
ya muslimu ainal ikhlas - wahai muslim (lelaki dan wanita) di manakah keikhlasanmu?!!

Ya salahaddini nadi - wahai salahuddin agama ini serulah/panggillah
naadi fasautuka yuhyi fu'adi - panggillah kerana suaramu menghidupkan hatiku
Fal aqsa naada linnaas - dan Masjid (al aqsa) telah menyeru kepada seluruh manusia
 ya muslimu ainal ikhlas - wahai muslim (lelaki dan wanita) di manakah keikhlasanmu?!!

Song by Imad Rami (Syria)

p/s: mood, teringat adik2 post lagu ni di Fb. seronok sangat dengar konsert muadz katanya. saya biasa2 sahaja. shoutul harakah ada, lagi mantap rasanya. ^_^ anyway penasyid tanah air atau luar, semuanya sama. membawa semangat juang Islam. salam dari saya untuk semua.

25 December 2012

berehat bersama ulama

salam alaik!
bersungguh-sungguh dalam setiap urusan, itulah mereka yang disukai Allah.

dalam bersungguh-sungguh
pasti ada hadnya
kita bukan robot
sepanjang masa melakukan tugas

berbalik kepada entry kali ini
stress murajaah?
ada orang kata pergi tidur sebentar
jangan lama-lama
badan pun ada haknya
(itu semestinya)

ada orang kata
stress?
main game
ala-ala kadar sahaja
jangan lama-lama
kita pun ada hak untuk bermain
(tidak biasa)

ada orang menyebut
jika  hati ini susah mendapat ketenangan
selalu fikir, banyak lagi nak cover study
yuk
taqarrub dengan Allah
cari masa untuk munajat
bersendirian lagi bagus
pedulikan orang kata
menangislah, mengadulah
kerana Allah sahaja yang tahu.

berlainan pula ana
hm...
rasa stress
mencari majlis ilmu
bersama ulama'
 ustaz 
ustazah
perempuan ada haknya untuk mencari ilmu ok.

sahabat ana
dialah mak
mak ana penasihat utama
bila stress
minta doa dan tazkirah daripadanya
terkadang dalam lawak dan tegasnya
itulah mencorakkan peribadi ini
mak mak mak...
dengan anak dia tidak pernah meninggi ilmu
tetapi kesungguhannya menghiburkan ana
kesungguhan memarahi ana
hormat pada ilmunya melebihi hormat seorang ulama'
(dengan mak sahaja boleh gelak, dengan mak sahaja boleh berkawan)
kembali bersemangat

orang sibuk dengan buku pelajaran
ana stress
ana kelek ensiklopedia
ana kelek kitab
baca berulang-ulang
pedulikan
hati ana ada hak juga nak baca semua itu

menulis bukan hobi
tetapi satu keperluan
kerana
mereka semua itu teman ana
teman dari kecil
teman sejak remaja
teman sehingga kini

walaupun hidup dengan nombor, 
menulis, mengaji agama tidak pula diabaikan
 (setakat inilah, dah minat tak boleh nak halang)
terkadang buntu
kakak kata
kalau macam ni
awal-awal dayah dah kena tukar kos

hm
tidak...
ana nak ubah persepsi manusia
alimah, mujahidah, muslimah
pun ada hak nak belajar semua ini

sakit hati bukan kalau orang rendahkan agama kita
seperti itulah ana rasa direndah-rendahkan
pergi function, program, aktiviti masyarakat
jumpa tudung labuh
"dia tu budak agama, mana tahu benda semua ini"
memang sakit
hakikatnya ana tidak pula menjaja nama
ana membiarkan persepsi itu
dan terus dengan mempamerkan keindahan Islam
esok atau lusa, cepat atau lambat
Allah pasti buka hatinya
menerima Islam dengan keindahan
bukan persepsi yang buruk.
 iya kan?

p/s: jangan berasa bangga jadi budak akademik yang berimejkan budak agama.
jangan rasa terhina jadi budak agama berimejkan budak akademik

kerana Allah itu sebaik penilai....
yang membezakan hambaNya daripada hambaNya yang lain
adalah amal dan taqwa
ingat tu...

hasbiyallah wanikmal wakil
nikmal maula wanikmann nasir.



24 December 2012

Kepimpinan?

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam alaik!
Nun... walqalami wama yasturoon...
demi pena dan apa yang mereka tuliskan... (perhatikan apa yang telah mereka tuliskan).
Allah berpena sungguh indah, tidak pula sifatnya menyerupai makhluknya. Laisa kamislih...
dan ana? meneruskan lagi medan dakwah ini. ya! dengan menulis.

"sesuatu perkara yang Allah redha, pasti dipermudahkan!"-mak
"Perempuan jangan jadikan alasan lemah supaya tidak berbuat apa-apa!" -mak (dalam riang mak, dalam marah mak, lelaki tak nak jadi pemimpin dia sangat kesal. adik ana yang lelaki seorang itu, kalau tidak hari-hari dipesan, tidak hari-hari di suruh, tidak jadilah seorang lelaki acuan agama. Alhamdulillah, walaupun dia main-main. kepimpinan dalam diri dia ada. dia boleh bawa ke tengah. start dia masuk U, banyak program dia lead dan kalau orang suruh jadi Imam pun tak pernah di tolak. satu lagi, walaupun dia ketua antara kami adik-beradik. hormat pada kakak, kebajikan kakaknya sentiasa di jaga. sampai orang kata. siapa kakak siapa adik ni? :-)

berbalik kepada nasihat di atas. mungkin keberanian dalam diri ana terlahir daripada mak. Mak serba boleh. katanya, kalau perempuan boleh jadi Imam, hari-hari mak jadi Imam. Kalau perempuan pahalanya sama besar dengan lelaki pergi masjid, dah lama mak ke sana hari-hari. Kalau2, mana bleh. Allah aturkan sedemikian ada hikmahnya. ada asbabnya.

Lelaki kami utamakan, jika tiada, kita boleh teruskan. Itu yang menyebabkan 2,3 kali ana conduct program di universiti. Niat di hati tak nak lead lelaki. mungkin juga ana adalah pelajar kelahiran dari sekolah yang kesemuanya perempuan. that's why keberanian untuk kehadapan itu ada. jujur ana katakan, sebelum form 2 ana memang susah bercakap dan tiada keberanian bercakap. start form 2, Allah izin pegang beberapa jawatan. kesilapan demi kesilapan dilakukan, akhirnya kesilapan itu mengajar erti kepimpinan yang sebenarnya. *teringat... semasa mengendalikan perhimpunan. Allah... dah 3 kali naik perhimpunan, 3 kali tu lah minggu bahasa arab. Minggu pertama, dan ini kali pertama naik ke atas pentas. jadi kenalah conduct dalam bahasa arab. satu lagi, teks bukan nak disediakan oleh setiausaha, katanya tertinggal. ketika itu memang sepenuhnya tawakal. ketua pengawas pun "menggoreng ayat" atas kertas. ana jadi mak turut. adik junior yangconduct... kelihatan sangat kalut. tambahan pula, tulisan kak ketua pengawas bukan faham sangat. baris lah sekali... :-( kalut sampai term asmaul husna yang ana conduct pun berciciran hurufnya. ^_^ ustaz dengan kuasanya pun naik ke atas pentas. "dayah, salah banyak ni. turun, ustaz nak betulkan." apa lagi, tangan ana menunjukkan pada kak ketua pengawas. tanda bukan ana seorang yang salah. tetapi kak pengawas itu juga. he3. ^_^ banyak kalau nak diceritakan. nanti ana bukukan ya.

abah ana, tidak selalu berkata-kata, tetapi nasihatnya terzahir pada peribadi dan ibadahnya. ia satu nasihat.
mungkin ana kuat ibadah pun  dahulunya terkesan dengan abah solat khusyu', mengaji, dan buat solat sunat. abah sabar... abah jarang berkata-kata. kalau dia nak marah anaknya sekali pun, dia cakap dengan mak. pesan pada dayah... sekian, sekian, sekian. hu3. ana dulu masa kecil membantah tahap paling cemerlang. kata A, nak A, tiada B. itu kakak ana kata. ana tak ingat pun.  dah besar, jangan macam itu, anak derhaka namanya. :-) Abah kurus pun sebab sara kami semua. seorang lagi belum masuk U. Abah masih kuat...

hargailah mak abah. kehadirannya membawa ketenangan dan kerahmatan.
adik-beradik, kuatkanlah ukhuwah. ana sedih kalau salah seorang bergaduh. memang fitrah. tetapi, bergaduh biar 5 minit, lepas itu baik semula ya. satu lagi, kalian mesti contoh ana. meminta maaf hobi ana. salah ke, betul ke. dayah minta maaf. sekian...

p/s: mood merindui keluarga. tetapi ana baru berjumpa dengan mereka. meriah sungguh kami satu keluarga Hikmah. merindui suasana itu kembali... (luruskan niatku ya Allah, aku tidak akan 'bias' kepadaMu, hati ini akan aku jaga niat untukMu)

tahun ini, ahli hikmah (kami rapat satu keluarga) beramai-ramai menyambung pengajian ke pusat tahfiz. katanya, tinggal seminggu sahaja kak dayah. kita kena manfaatkan masa ini. (main game, tengok tv). lepas ni, kena menghafaz, sebulan sekali sahaja boleh balik. adik-adikku, itulah pengorbanan namanya. terkadang sayu melihat mereka. jangan kecewakan mak ayah. "ya lah kak dayah" katanya. muka masam mencuka. hu3.

kalian beruntung, sekarang kalian ada mak ayah yang dah senang, manfaatkan. Kak dayah bakal menyusul kalian. sekarang usaha mengulang. akademik bukan penghalang untuk mengejar ilmu Allah. Perempuan juga boleh hafaz wahyu Allah. Perlu korbankan masa dan kehidupan fitrah. fokus redha Allah.

19 December 2012

-tiada tajuk-

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah, Rasul, Mak, Abah, Kakak, Adik... ana rindu.

salam alaik! terkesan dengan ucapan salam seseorang membuatkan ana terus menggunakan salam ini kepada semua orang ramai. Assalam, salam, assalamualaikum. its better to me to use salam alaik. (sejahtera ke atas kamu). not too hard to explain in term of arabic, because I know who u are. semuanya bijak dalam berbahasa arab bukan? rindunya, dengan bahasa Al-Quran. Credit to all my ustaz and ustazah, daripada Pasti hingga ke menara gading, still mempelajari bahasa arab. Namun, skill berbahasa arab tidak lagi dikuasai kerana ana bukan lagi belajar bidang agama. terkadang, jumpa balik kenalan assaiyidah. ana tercakap term english, mereka sekadar mengangkat kening. Allah... ana lupa.

Ana menulis pada hari ini, untuk meredakan hati yang kekusutan. test, assignment yang tidak pernah habis. hakikatnya nak final minggu depan. rindu nak keluar dengan keluarga. program itu program ini. jujur ana katakan, ana kalau dah terlibat dengan program, jatuh result. tambahan pula, sem ni x ambil hifz alquran, bertambah lagi kekusutannya. ana cari alternatif lain. mengulang sendiri2. biarlah orang kata, ana menunjuk, ana bukan budak agama sibuk nak hafaz, janji hati ana tenang dengan Allah. kehadiran manusia di muka bumi Allah ini tidak menjejaskan hati ana, hakikatnya ana turut akui ada. kerana hak kebersamaan dengan Allah itu mutlak. tak dapat nak ditolak.

Ana kembali bersemangat apabila mendengar hujah yang dilontarkan oleh seorang kenalan. "fitnah bagi Islam, jika kita gagal!" Allah... refleks diri. tetapi semua program itu ana dah janji nak laksanakan. ana think positive, tanggungjawab itu kewajipan, ilmu itu kewajipan. kedua-duanya adalah wajib, that's why we need to korbankan masa.

rabbuna yusahhil, down, stress. ubat dengan solat sunat, hifz, kurang Fb, kurang blogging, qiyam, ha... kurang tidur. tidur itu sbentar, kerana masa-masa yang lain itu perlu dimanfaatkan buat agama. Hak Allah, bukan hak kita. yang utama, berbalik kepada Allah cinta yang hakiki. lagu2 nasyid ketepikan, qasidah dan selawat. yuk tambahkan cinta kepada Nabi kita. ^_^ mohon doa.

18 December 2012

Qasidah Abnaul Hikmah

kali ini
penampilan abnaul hikmah di walimah
umi syaqira & salihin
bukan berjubah
bukan berkopiah
tetapi
berubah-rubah
masing-masing tidak bawa jubah
yang ada baju nak basuh pinggan
^_^

tahniah di ucapkan
kerana sudi menyampaikan 3 lagu qasidah
antaranya salamun salam
ya badratim
ya hanana

sayangnya
pihak pengantin lelaki
nak menyantap
maka...
qasidah abnaul hikmah di tinggalkan

mereka tidak pula berhenti membuat persembahan
malah meneruskan dengan penuh semangat
tetapi
ana kurang pasti
main-main
atau nak ingat Rasulullah ni?
Allah...

ikutilah preview daripada
abnaul Hikmah
(manager tolong promote kan adik2 tau)







17 December 2012

ma taakhkhar man bada'a.

selak kembali kehidupan yang lama.
cuba untuk menilai siapa diri ini sebenarnya.
hm... jauh

ya Allah hambaMu ini amat mendambakan kasih sayangMu
izinkanlah aku bersamaMu

apa ana nak jawab dengan mereka yang mengagumi ku?
rupanya ku bawa hanyalah kegagalan

apa ana nak tunjukkan kepada mereka yang menunggu kejayaanku
rupanya ku hanya main-main dalam pelajaran

aku tak sama dengan hidayah dulu.

ya Allah, setiap kali buka buku yang dipenuhi nombor
aku merindui AlQuran, merindui Darul Quran
kerana apa? kerana aku nak sangat menghafaz kalamMu.
aku menangis menatapi quran.

setiap kali aku membuka buku yang dipenuhi dengan bahasa english
aku merindui bahasa arab. 

setiap kali aku menerima warkah peperiksaanku
hanya mampu tersenyum
sudah menjangka, aku tidak secemerlang mereka
ada satu ketika, saat itu aku sangat jauh dari mereka
aku jatuh, tetap senyum dan redha.

bukan tidak cuba, malah sudah berusaha sedaya upaya

full stop di sini, mulakan yang baru.
"ma ta akhkhar man bada'a"

jangan pernah sesal dengan keputusan yang dilakukan, kerana aku mesti kuat
Ya Allah monolog ini menjadi saksi nuqtah bidayatussohehah.
biar aku jelas dengan tuntutan sebagai seorang pelajar Islam.

ya Allah, aku akan pegang janjiku untuk menjadi hambaMu dan anak yag solehah kepada ibu bapaku.
AL-Quran aku akan truskan. biarlah aku dengan cita-citaku, jangan pernah sekali menghalang niat baik ini. biar lambat kahwin, lambat cinta, lambat berjaya. asalkan jangan tak sempat. aku tetap akan berusaha. walau jatuh beribu-ribu kali. husnudzon dan cuba cari jalan. kerana apa? kerana Allah kan ada.

p/s: ana mengagumi kesungguhan kakak2 dan adik2 belajar. ana? ana pun boleh. tunggu ya.

12 December 2012

Ada Allah.

lama dah x balik rumah, adik2 ready untuk walimah ni. K.dayah dah siapkan 3 qasidah untuk kalian. kita berlatih k. maaf tiada kaitan dengan post ini...
...................................

Di dalam hati terdapat kekusutan
yang tidak boleh diurai kecuali
dengan menghadap Allah.

Di dalam hati terdapat kesepian
yang tidak boleh dihilangkan kecuali
dengan menyendiri dengan Allah

Di dalam hati ada kesedihan
yang tidak terhapus kecuali dengan kebahagiaan mengetahui Allah
dan berinteraksi secara sungguh-sungguh denganNya

Di dalam hati terdapat kegelisahan
yang tidak boleh tenang kecuali berkumpul
dan datang kepadaNya

Di dalam hati juga terdapat kebutuhan
yang tidak bias terpenuhi kecuali
dengan cintaNya dan ikhlas keranaNya

Kekurangan tersebut selamanya tidak akan terpenuhi
walaupun diberi dunia dan seisinya

(Ibn Qayyim)

p/s: kita ada Allah. Ingat!

Hassan Al-basri pernah berkata:
Andai kata di syurga kelak, aku ditakdirkan jauh dari wajah Allah
walaupun hanya sehela nafas 
nescaya aku akan menangis sehingga Allah mengasihani aku.

Rabiatul Adawiyah menjawab:
Ingatlah orang yang zuhud lagi abid sentiasa mengingati Allah dalam suka dan duka, dalam sedar mahupun tidak, dalam ratap dan juga tangis supaya diakhirat kelak ia menjadi bukti bagi mendapatkan balasan yang sudah tersedia.

09 December 2012

ziarah

malam yang hening ini, amat sesuai sangat untuk berkarya.
hakikatnya karya yang ditulis ini hanya sekadar contengan dakwah. berupaya dalam menghilangkan dahaga akibat panas terik yang x kesudahan menyimbah ke dalam hati ini.

puitis tiba-tiba. itulah, ana sibuk nak menulis pada malam hening.

selalunya, orang yang berpuitis ini hatinya lembut, mudah terusik, dan senang memaafkan.

Alhamdulillah, hari ini ana selesai menyempurnakan misi ziarah. siapa ana ziarah, biarlah ia menjadi saksi kepada buku amalan ana di akhirat kelak.

Hasil daripada ziarah, ana mendapati:


-wahai wanita, renungilah surah al-humazah. apabila ana sering mengimami solat, ana pasti membaca surah al-humazah. ana nak biar makmum tertanya-tanya kenapa ana sering baca surah tersebut.

-seterusnya, jangan ambil tahu tentang watak atau hal yang berkaitan seorang ar-rijal. penyakit hati.

-seterusnya, jangan berbangga dengan apa yang tidak kita lakukan, dan jangan sesekali berbicara tentang apa yang tidak dilakukan, kabura maqtan indaLLAHi an taqulu mala tafa'lun.

-biarlah mereka bangga dengan kedudukannya, tetapi kita sederhana dalam kedudukan. merendah diri lebih baik. ana akui, ana tidaklah secemerlang budak agama. tetapi ana nak belajar untuk sampai ke tahap itu.
penyakit malas mengulangkaji pelajaran melanda, kerana terlalu memikirkan diri sendiri. biarlah menulis sedikit, janji berterusan. ana sayang Allah, ana cemburu Rabiatul Adawiyah. macam mana nak jadi macam dia?

p/s: ini satu dakwah dalam tulisan. Allah sebaik-baik penilai.


07 December 2012

perbaiki dan terus perbaiki hati.

Tangan ini menjadi saksi penulisan pena ini, jangan sesekali menulis dengan emosi. Rindu ingin menulis. Satu minggu tidak memegang pena kerana tanggungjawab. Kini tiba masanya ana dengan pena ini.

Pada mulanya jom basahkan lidah dengan zikrullah. Ya Allah, kembalikan aku kepada ketenangan. Aku mohon…

Tenang walau dalam gelisah, sakit tapi masih tersenyum. Kerana apa, kerana ana yakin Allah redha. Ana pasti jaga hubungan dengn Allah, dengan sesama manusia. Allah itu cinta agung, cinta hakiki, cinta abadi.

Tak ramai yang datang setiap program yang diadakan, tapi tetap merasai ramai. Kenapa?

Alhamdulillah ana merasai keramaian itu apabilah melihat ajk bawah ana giat bekerja, sahibah2 turun meraikannya, coursemate, fst students, adik-adik tamhidi dan paling besar yang ana dapat rasakan.

Benar, ramai yang hadir di majlis ilmu ni. Malaikat paling ramai. Malaikat lebih dari yang hadir. ^_^
Ya, dia turun sama untuk mendoakan. Ana tidak ingin mengecewakan sesiapa, tidak pula ingin memaksa mereka.

Habis program, semua orang ana ucapkan jazakllahukheir dengan senyuman. Setidak2nya ucapan ini, dapat mendoakan dirinya supaya mendapat pembalasan baik daripada Allah atas usaha kerjanya.

Ana juga memberi nasihat, tidak mengapa sedikit, kerana Allah dah kata, orang yang bersyukur itu adalah mereka yang sedikit. Betulkan? Pernah baca x? sirah seorang sahabat pada zaman rasulullah atau tabiin x silap ana. Dia amat cemburui mereka yang sedikit.

Kerana apa? Kerana dalam Al-quran Allah ada sebutkan, yang bersyukur itu sedikit sahaja. Bleh rujuk tafsir, saba’ 13. Terimbau pak cik yang memberi tazkirah ini.

Ana teringin menjadi syahid. Rindu kepada mereka yang syahid. Berikanlah kepadaku untuk syahid ya Allah. Syahid dengan senyuman, dengan kenikmatan, dan diiringi kasih sayangMu.

Ana merasai sesuatu yang mengganggu ibadah hari ini. Jauhkan dari lagha hati. Berazam untuk perbaiki solat. Meneruskan hafazan. Jangan sesekali berhenti menagih cinta Allah. Husnudzon Allah pasti balas cinta ini. 

Ana suka dengar lirik lagu. Ayuh berkongsi lirik di sini. Suka ana kongsikan kpd semua, jika nak jauh dari lagha hati, selak balik lembarah sejarah peribadi sufi Rabiatul Adawiyah kerana ana sentiasa menjadikannya rujukan setiap kali jauh dari Allah.

terimalah... Kuserahkan cinta ini.

Ana tersentuh dengan lagu dan lirik ini. Setiap kali lepas program, ana refresh hati dengan lagu ini… Allahu yusahhil.

 Ku serah segala ketentuan
 Biarlah masa yang berbicara
 Dipangku wajah yang layu
 Dan aku telah jemu

 Aku tidak mahu berpaling
  Pada yang mengganggu dan menggugat
 Sapanya meletihkan diri
 Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
 Bukan lagi pada manusia
 Kerana cinta martabat itu
 Bersalut segunung kepalsuan Dan kepuraan

 Aku semakin tidak peduli
 Apa yang mungkin akan terjadi
 Kerana gerak dan tindakanku
 Mahu bebas dari masalah

 Ku serahkan cinta ini Hanya padaMu, oh Tuhan
 Akan ku serah cinta ini
 Bukan lagi pada manusia
 Kerana cinta martabat itu
 Bersalut segunung kepalsuan Dan kepuraan

 Aku adalah aku sekarang
 Biar terbuang tetap berjuang
 Akan ku serahkan jiwa ini
 Sepenuh hati dengan keikhlasan

 Aku adalah aku yang sekarang
 Ku serahkan cinta ini


 p/s: terlalu indah peribadi penulis lirik ini. Benar, sama dengan rabiatul adawiyah. Ukhwah until jannah to all of my friends. my beloved mak dan abah. allahumma innaka ta'lamu annahazihil qulub.

22 November 2012

Jiwa syurga

‎"Mujahid sejati yang berjiwa badar,
kukuhkan lah semangat mu jangan pernah pudar,
walau musuh Allah menghina dan membakar,
Mujahid sejati tetap tegar tiada gentar"

ini adalah petikan daripada lagu jiwa syurga oleh maidany.

salam dari kami untukmu para mujahid
sambutlah seruan ini kepada para perindu syahid.

salam dari kami untukmu wahai para mujahid yang sejati
janganlah engkau gentar atau ragu
di dalam merapati jalan ini ‎

Mujahid sejati yang berjiwa badar,
kukuhkan lah semangat mu jangan pernah pudar,
walau musuh Allah menghina dan membakar,
Mujahid sejati tetap tegar tiada gentar
teruskan kobarkanlah perjuangan ini untuk meraih kemenangan yang hakiki

::moga Allah redha dengan usaha ini::


24 October 2012

Indahnya menulis

Bukan mudah untuk menulis
tambahan pula isinya mengandungi kata-kata nasihat
mengajak kepada kebenaran
mengajak kepada Islam

Jika cinta dunia
jika kasih sesama manusia
jika lawak jenaka
itu pasti dibaca
itu pasti difoward
itu pasti disukai

tetapi
jika menulis tentang kebaikan
tentang hujah
tentang warisan ulama'
tentang dakwah
seringkali di tolak secara halus
tiada sokongan
tiada peluang untuk melebarkan sayap penulisan

ana mengerti
lain orang
lain coraknya

ana tidak ingin memaksa
mereka mungkin akan tersentuh dengan penulisan cinta
kita tidak tahu dalamnya pun ada dakwah
ada ilmu
ada nasihat

yang penting hablu minnas perlu seiring
husnudzon

ini pendapat ana
ingin mencontohi imam syafie
mencontohi imam ghazali
mencontohi sayed Qutb
mencontohi mariam Jameelah

diri ini mengagumi kehebatan ilmu mereka semua
bukan kerana mereka terkenal
bukan juga namanya sering disebut
tetapi
ana mengagumi dengan buku yang ditulisnya
dibaca dari sebuah penulisan ilmu dalam beberapa buah buku
terkadang buku yang berjilid
terkadang melalui buku lama yang bersastera

hakikatnya
buku yang penuh dengan tulisan dan perenggan itu
adalah tulisan yang sangat dekat kepada maksud sebenar

mengertilah
penulisan mengajar ana tentang kehidupan
biarlah tulisan ini tidak seelok mana jika hendak dibandingkan dengan pengkarya tanah air dan ulama' dahulu
ana tetap ana
cuba menghasilkan dengan keupayaan sendiri

Tarbiyah diri dan orang lain

^_^

salam sayang buat semua kerana Allah S.w.t...


07 October 2012

tidak mudah melafazkan sayang kepada Allah!

pernahkah anda mencemburui seseorang?
cemburu dia boleh buat tahajud
dia boleh buat dhuha
dengan consistent

tersentak melihat dia
ana akui
diri ini amat merindui
keindahan saat bersamaNya
benar-benar satu keajaiban

hidup bersama sahibah perjuangan
terharu memikirkan tentang perjuangan
sedih mengenangkan kealpaan diri
menangis kerana dosa yang lalu

ayuh bangkit muhasabah diri
cari kekuatan diri
menjadi muslimah AGAMA
menjadi alimah AGAMA
menjadi HambaNya....


:: itu kisah bersama sahibah seperjuangan ::

tukar topic, 
saat merindukan kemanisan menghafaz AlQuran.

2 semester ana kuatkan diri menghafaz
jatuh akademik
cuba memujuk diri
alhamdulillah satu juzuk habis.

tetapi
semester ini memutuskan tidak terlibat dengan hafazan
kenapa
ana jatuh lagi dalam akademik
khuatiri tanggungjawab utama diabaikan

4minggu berlalu
kalah dengan godaan
ayat hafazan pun x sempat nak mengulang

Allah bagi hadiah
menemukan seseorang
untuk menyemak kembali bacaan hafazan

dalam sedar
malu dengan Allah
ana ada niat untuk melupakan hafazan
tetapi ditegur pula dengan hikmah
ana sayang Allah!
sayang...

Allah beri hadiah lagi
hari rabu lepas dipertemukan dengan m.cik dan p.cik
xpernah kenal, tetapi Allah izin untuk bersaudara dengan mereka
x sangka dalam kesederhanaan
anak-anaknya menerima didikan agama dan akademik yang mencukupi

p.cik bersungguh2 menceritakan akan kebaikan menghafaz Alquran
Mampu mengauasai AlQuran, bidang2 yang lain mudah insyaAllah

anaknya
3 orang, menghafaz Alquran sejak kecil
tidak pernah diberi pendedahan tentang akademik
lalu
di hantar ke sekolah private 
terus mengambil SPM
menjadi pelajar cemerlang
ditawarkan mengambil medik
itulah
berkat menghafaz AlQuran

kadang-kadang kita tidak bernasib baik seperti mereka
tetapi ingatlah
Allah bukan suka-suka mengatur hidup kita seperti itu
seperti ini

ingat pesan Ustaz dan ustazah
husnudzon dengan Allah

mudah susah dalam menghafaz,
itu ujian
kerana alQuran itu mukjizat
perlu dijaga 
bukan di buat main-main...

inna nahnu nazzalnadzikra wa inna lahu lahafidzun... 15, alHijr...





30 September 2012

usaha mengembalikan perbankan Islam.

kini berada di rumah, waktu pagi yang hening di kampung halaman, mendengar kokokan ayam  dan juga alarm handphone abah  yang setiap 10 minit berbunyi. selang 5minit alarm mak pula. sayangnya tiada siapa yang bangun. dengar azan baru lah sibuk2 nak bangun. :)

alhamdulillah, ana telah menghadiri sebuah seminar matematik kewangan pada hari sabtu yang lepas. jujurnya, basic kewangan bukanlah satu platform untuk ana bangga-banggakan. basic x past, x bleh kehadapan. jadi jom cari alternatif untuk mendalami basic kewangan.

"seorang mathematician tidak takut akan nombor." kata yang dipetik oleh speaker ke-2 dari UKM ketika menyampaikan slide kepada kami yang penuh dengan eksperimen nombor.
kami takut Allah! ^^

menurut beliau, bukan bidang kita untuk berbicara mengenai halal haram sesebuah formula dan mempelajari dan mengeluarkan hukum tersbut. hati ini terdetik, iyalah kami bukannya belajar cara memberi fatwa, kami seorang financial mathematician.

katanya lagi, tugas kamu adalah untuk membuktikan formula tersebut betul atau tidak atas dakwaan yang telah dinyatakan oleh panel syariah. jadi, penuh isi seminar itu dengan bukti-bukti pengiraan mengenai formula yang digunakan dalam bank.  ladtop beliau hampir kekurangan memory disebaban nak "run" random probability untuk 1000 test. hasil daripada pembelajaran tersebut. ana ingin mempelajari stochastic!

ana terkesan dengan hujahnya. formula yang digunakan di bank konvesional dan islamic, sama sahaja dari sisi pandangan awam. perspektif ini memang tidak dapat diubah, kerana orang awam memang bukan bidangnya untuk mendalami formula tersebut. selalunya mereka akan melihat kepada interest yang murah, dividen yang tinggi, dan sebagainya. padahal mereka tidak cuba untuk memahami konsep islamic finance yang sebenarnya.

antara pandangan awam terhadap islamic finance. istilah sahaja yang berbeza, pinjaman ditukar pembiayaan, interest di tukar hibbah. seolah-olah ingin menghalalkan yang sudah jelas haram. sedangkan peratus Hibbah itu sama sahaja dengan interest yang dikenakan oleh bank konvensional. di manakah islamicnya? satu lagi, apa yang lainnya? islamic bank dan konvensional pakai formula yang sama. apa yang bezanya?

itulah antara kata-kata orang awam yang dapat disimpulkan setakat ini.

mudah jawapan speaker tersbut.
memang benar orang awam memerlukan perbezaan dalam islamic finance. tetapi setakat ini, di Malaysia hanya berkemampuan untuk mengubahnya dari segi akad. kita perlu ingat, masakan 50 tahun mampu mengubah pemikiran konvesional yang telah bertapak lebih 500 tahun di negara ini. para pemikir seperti kamulah yang akan berusaha untuk kembalikan 100% islam dalam perbankan islam di Malaysia. ayuh sahut cabaran untuk mengembalikan 100% Islam dalam kehidupan.

ambil sebuah analogi untuk menerangkan persamaan harga pasaran yang ditawarkan oleh bank islam dan bank konvesional.

ok, terdapat 2 bekas tin Air. satu air 100 plus, dan satu lagi calsberg. Harga hundred plus katakan RM2, dan Caslberg pun sama. (mengikut harga pasaran katakan) (saya tidak mengetahui harganya yang sebenar). bagaimana orang Islam boleh mebeli air 100 plus, sedangkan mereka mengetahui harga ke-2 nya sama?
jadi, perlukah kita ingin berdebat dengan mengatakan air 100 plus perlu dikurangkan harganya, kerana ia halal berbanding carlsberg? renungkan...

benar, perbankan Islam tidak 100% bercirikan Islam. tetapi sekurang-sekurang kita tidak memilih yang sudah jelas haramnya. untuk mengembalikan 100% islam bukan mudah, bersabarlah... kerana kita perlu mengambil kira akan kebarangkalian darurat yang bakal berlaku di Malaysia jika 100% Islam diamalkan secara mendadak.

pesanan daripada Financial mathematican, kami akan berusaha untuk mengembalikan izzah Islam dalam perbankan Islam di Malaysia. jika kami tidak mampu untuk mengembalikannya, mungkin generasi yang akan datang. insyaAllah.

bukan mudah dan bukan susah untuk Islam. teruskan dengan usaha ini, insyaAllah Allah akan permudahkan.

14 August 2012

Dunia Perlu Bantu Rohingya

DUNIA PERLU BANTU ROHINGYA



Sebarang derma dan sumbangan untuk membantu masyarakat Rohingya ini bolehlah disalurkan melalui: "Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN" di Maybank bernombor 562263502611
 ----------------------------------------
 [ Laporan HALUAN ]

 1. Di Ambang Ramadhan, Muslim Rohingya Berhadapan Dengan Maut http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1636-di-ambang-ramadhan-muslim-rohingya-berhadapan-dengan-maut

 2. Masyarakat Dunia Perlu Bantu Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1638-masyarakat-dunia-perlu-bantu-rohingya

 3. Kenyataan Media : Semua Pihak Diseru Membantu Masyarakat Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/extensions/kenyataan-media/1656-kenyataan-media-semua-pihak-diseru-membantu-masyarakat-rohingya

 4. OIC Cadang Jawatankuasa Khas Tangani Krisis Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1664-oic-cadang-jawatankuasa-khas-tangani-krisis-rohingya

 5. HALUAN Gandingi NGO ASEAN Bantu Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1667-haluan-gandingi-ngo-asean-bantu-rohingya
 ----------------------------------------

 [ Status Hak Asasi Semasa - Sumber IHH]

 1. Muslim Rohingya di Arakan dibunuh setiap hari sehingga saat ini.

2. Sejumlah besar Muslim dipenjara dan diseksa, namun identiti dan angka sebenar mereka tidak dapat dikenal pasti.

3. Wanita-wanita Muslim diperkosa.

4. Larangan perjalanan dan perintah berkurung telah melumpuhkan aktiviti harian masyarakat Rohingya.

5. Masjid-masjid, rumah-rumah dan perkampungan dibakar dan dimusnahkan.

6. Masjid dan madrasah tidak dibenarkan untuk dibaik pulih tanpa permit kerajaan. Pihak berkuasa mengambil gambar masjid dan madrasah tiga kali setahun secara rutin, untuk memantau agar Muslim mematuhi peraturan ini. Jika terdapat proses membaik pulih secara tidak sah, mereka yang terlibat akan dipenjarakan antara 6 bulan ke 6 tahun disamping dikenakan bayaran denda. Tiada masjid dan madrasah baru pernah dibina sejak 20 tahun lalu.

7. Setiap tahun, Muslim Rohingya harus memberikan gambar penuh ahli keluarga masing-masing kepada pihak berkuasa. Setiap ahli keluarga dikenakan cukai untuk setiap bayi yang lahir, dan setiap ahli yang meninggal dunia.

8. Muslim tidak bebas melakukan perjalanan. Mereka harus mendapatkan permit dan membayar cukai perjalanan untuk bergerak dari kampung ke kampung yang lain.

9. Muslim dilarang membina rumah daripada konkrit. Hanya rumah papan dibenarkan, dan rumah mereka dikira sebagai harta kerajaan. Jika rumah tersebut terbakar secara tidak sengaja, tuan rumah akan dipenjarakan sehingga 6 tahun.

10. Untuk memulakan satu perniagaan, mereka harus mengadakan usahasama dengan pengusaha Buddha. Dalam usahasama ini, pengusaha Buddha memegang separuh daripada perniagaan tersebut tanpa harus mengeluarkan apa-apa modal.

11. Muslim harus membayar cukai tahunan untuk binatang ternakan mereka.

12. Muslim tidak dibenarkan berkahwin tanpa membayaran cukai dan tanpa permit perkahwinan. Ada yang tidak diberikan permit, walaupun cukai telah dibayar.

13. Muslim tidak dibenarkan menggunakan kemudahan umum. Contohnya, mereka tidak dibenarkan pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

14. Muslim tidak dibenarkan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.

15. Muslim tidak dibenarkan menjadi penjawat awam. Sehingga kini tiada penjawat awam muslim di Arakan.

16. Muslim tidak diberikan khidmat telefon berkabel, dan telefon bimbit juga tidak dibenarkan.

17. Muslim tidak dibenarkan mempunyai kenderaan bermotor.

18. Jika Muslim dituduh melakukan jenayah, mereka tidak diberi peluang mempertahankan diri dan dipenjarakan serta merta. Polis dan tentera mempunyai kuasa memecah masuk rumah Muslim tanpa waran, dan diberi kuasa mendakwa penghuni rumah atas apa-apa kesalahan jenayah. Mereka diberi pilihan sama ada dilepaskan dengan membayar rasuah ataupun dipenjarakan.

19. Muslim dikenakan perintah berkurung selepas jam 9 malam dan tidak dibenarkan melawat sanak saudara tanpa kebenaran polis.

20. Muslim dijadikan buruh paksa kepada negara dan penduduk Buddha tanpa diberi upah.

21. Muslim tidak mempunyai hak warganegara. Jenis kad pengenalan mereka ialah kad 'warga asing'. Kad tersebut hanyalah untuk tujuan pengenalan identiti, dan tidak mempunyai nilai apa-apa selain itu.

22. Pasport tidak diberi kepada Muslim. Mereka diberi satu dokumen untuk masuk ke Bangladesh. Kadang-kadang mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana dokumen tersebut dianggap tidak sah. Muslim Arakan mencari perlindungan di negara-negara jiran untuk terus hidup, melarikan diri daripada kekejaman dan penindasan yang sistematik di tanah air mereka. Sukar untuk memberi anggaran jumlah sebenar pelarian di Bangladesh, namun situasi yang sangat buruk di kem-kem pelarian ini telah diketahui pihak PBB dan pihak yang bertanggungjawab.

::Sekadar melakukan kewajipan sesama insan::

01 August 2012

fiqh kontemporari dalam bermusafir

Apakah hukum wanita melakukan musafir tanpa mahram, jika dia tiada mahram yang dapat menemaninya?

Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, asal hukum ialah janganlah wanita melakukan musafir tanpa mahram. Tapi jika sukar mendapatkan mahram yang mampu menemani, para fuqaha' terbahagi kepada 4 kelompok:

1. Berpegang pada zahir hadis. Haram, samada untuk perjalanan haji atau perjalanan apa seka lipun.

2. Mengkhususkan nas (dalil) yang brsifat umum. Kelompok ini mengecualikan perempuan tua yang tiada syahwat lagi.

3. Kelompok yang mengecualikan wanita yang bermusafir bersama wanita-wanita yang dapat dipercayai. Bahkan ada yang kata, jika ada teman seorang wanitapun sudah memadai.

4.Kelompok yang berkata wanita boleh musafir jika jalan yang ditempuhi aman dan tidak bahaya. Ini pendapat Ibnu Taimiyah. Dalam Fiqh Maqasid Syariah al-Qaradhawi, beliau melihat pendapat keempat menjadi KUAT dalam realti hari ini.

Dalilnya:

1. Hadis riwayat Imam Bukhari menceritakan Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. keputusan ini disokong menjadi Ijma' sahabat.

2.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari A'di bin Hatim, rasul berkata tentang kegemilangan masa depan Islam, "Telah dekat waktunya di mana seorang wanita dari Harah di Irak akan menuju Kaabah dengan tidak disertai suaminya. Dia tidak takut kepada sesiapun kecuali kepada Allah..."

Hadis ini diucapkan dalam bentuk pujian terhadap penyebaran Islam dan wujudnya rasa aman dalam dunia ini.



Perjalanan pada zaman moden ini adalah dengan kenderaan yang menghimpun sekian banyak orang dalam kenderaan itu, seperti kapal laut, kapal terbang dan bas. Maka, muncullah rasa aman.

Sebaik-baiknya, wanita hendaklah bermusafir bersama mahram. Jika susah nak dapatkan mahram, maka bolehlah mengambil kelonggaran dalam pandangan ini.

 jika bahaya yang dikhuatiri, Mintalah fatwa dari hatimu.

credit to: sebarkan bahagia blogspot. (k.fatimah syarha)

18 July 2012

menuju wawasan, adik SAIKHAD terbaik...

Melihat wajah mereka menyanyikan dan melakukan gaya lagu menuju wawasan membuat hatiku ter refleks sebentar.

"Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh. Kita ada Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata, umat Islam sentiasa boleh!!!."

Aduh. tersentap hati ini. mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan umat Islam bukan mudah. keyakinan pada ISLAM yang kuat dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah adalah rahsia umat ISLAM untuk berjaya.



sengaja ana memilih lagu ini untuk dijadikan tema. Buktikan kita adalah muslimah yang di idam2kan agama, duduk dikelompok yang berbeza suasana, pastikan kita yakin dengan kekuatan yang ada. ok adik2, persiapkan diri menempuh alam ipta. insyaAllah... akak doakan pelajar saikhad mencapai kejayaan.

kebergantungan kepada Allah itu penting. fa'i'za azamtum fatawakkal alaLLah... kerana... kita ada ALLAH... HasbunaLLah wan'kmal wakil, fani'malmawla, wani'mannasir....

04 July 2012

i-fikr 2012 di USIM

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun" (Surah Al-Imran, ayat 190-192)

Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan ilmu pengetahuan, termasuklah ilmu Sains dan Teknologi. Daripada ayat Al-Qur'an di atas, kita dapat melihat betapa pentingnya mendalami ilmu Sains untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam tidak boleh mengenepikan ilmu Sains dalam kehidupan kita.



Berbekalkan kesedaran inilah, pihak Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan program Kem i-FIKR Sains dan Teknologi USIM 2012 (i-FIKR'12) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Akademis Sains Islam Malaysia (ASASI) dan Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS). Sesuai dengan akronim 'FIKR' yang berasal daripada perkataan 'Fun', 'Inspiring', 'Know How', dan 'Righteous', program iFIKR'12 ini bertujuan menjadi satu platform atau medan untuk memperkasakan perkembangan potensi intelektual (IQ), emosi (EQ), spiritual (SQ) dan jati diri (AQ) mahasiswa secara seimbang antara keperluan rohani dan jasmani dengan penghayatan Islam melalui Sains dan Teknologi.

Program yang bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, ini bertemakan 'Sains Islam Pemacu Kegemilangan Tamadun Dunia' dan akan dijalankan selama seminggu bermula Sabtu, 7 Julai 2012 sehingga hari Jumaat, 13 Julai 2012. Kem i-FIKR'12 ini menyajikan pelbagai slot menarik sepanjang seminggu ia berlangsung.

Antaranya ialah program 'Seminar Sinar Sains Mata Hati' bersama Prof Dr Muhaya Mohamad dan Imam Muda Hassan pada 8 Julai 2012 dan 'Lov The Nature' bersama Aiman Azlan pada 11 Julai 2012. Program ini terbuka kepada semua pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Norita Md Norwawi (019-5757727), Nazmin (013-4756872) atau Aminah Hanani (012-3843412) atau layari http://i-fikr.blogspot.com/

28 April 2012

dakwatuna


Allah sebagai ilah, Allah juga sebagai tujuan hidup dan keluarga menjadi kekuatan untuk ana berdiri lebih teguh dalam menghadapi mehnah kehidupan.
Apakah kehadiranku ini mampu menyentuh hati2 mereka ke jalan yang diredhai? Sungguh, hati mana yang tidak sakit jika seruan tidak diterima? Sungguh, hati mana yang tidak kecewa jika kesungguhan kita dibalas dengan kata-kata yang sinis. Kita manusia, fitrah akan merasai perasaan sedemikian.hanya  Iman yang akan beraksi menghalang kita daripada menjadi liar. Bukan dinilai pada cara tindakan, tetapi hati! Ya , Allah ada menilai hati kita.Hanya mampu diam dan tersenyum, terus mendoakan semoga terbuka pintu hatinya menerima kebenaran. Detik di dalam hati, “Sungguh, mereka tidak tahu, bersabarlah duhai hati, inilah sahaja cara untukku menegur dan menyentuh hatinya dengan doa daripadaku, ya Allah berikanlah mereka hikmah dan ilmu mengenaliMu.”

(ikan ini pun berebut mencari makanan untuk hayatnya, kita? x nak berebut dalam kebaikan? untuk bekalan akhirat? ^^)

Tersentuh dengan kata-kata yang telah di sampaikan oleh seseorang, mana ada jalan dakwah itu senang. Kalau senang pun itu hanya kebetulan. Allah menguji hambanya mengikut tahap kemampuannya.
Terlintas dalam fikiran. Apakah orang akan menilai dengan perwatakan luaran kita atau sebaliknya. Ana ada seorang sahabat yang tinggi kefaqihannya dalam ilmu. Katanya, siapa kata yang pakai tudung labuh itu baik? Dayah, cuba tengok kawan-kawan yang lain, diorang pakai tudung labuh, tetapi ketawa kuat-kuat, megumpat orang sana-sini, judge orang sesuka hati, cerita tentang lelaki, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ana tarik nafas dalam-dalam, ya Allah berikanlah ilham kepadaku untuk menjawab kata-kata ini.

Sahabatku, jangan sesekali bicarakan seperti itu. Sebagai manusia biasa, tanggungjawab kita menutup aibnya dan menegur atas kesilapannya. Orang beriman tidak akan sesekali berasa berdendam dan rasa tercabar jika mendengar teguran daripada seseorang. Malah dia akan muhasabah diri dan akan jatuh cinta kepada seseorang yang menegurnya.
 Benar,kita  perlu ada rasa seperti itu  dalam diri. Kebenaran itu pahit untuk ditelan, tetapi kemanisan itu akan dirasai setelah berjaya menelannya. kata ana kepadanya lagi. Apakah kita mengatakan orang seperti itu sedemikian rupa? Hakikatnya, kita sendiri sekarang ni pun mengata mereka. Benarkan? Ana pegang bahu sahabat ana. Senyumlah. Apakah tidak ada di dalam hatimu satu pun prasangka yang baik kepadanya? Jom kita fikirkan apa kebaikan mereka. Tanggungjawab kita, jom sentuh hati mereka. Doakan buat mereka. Allah akan sentuh hati mereka untuk berubah dan Allah juga yang akan memberi rasa kekuatan untuk sedar dan berani berubah. Sekarang kalau ditegur, mereka akan menjauh diri, jika berkata belakang mereka akan mengata balik. Kita tiada ada kuasa untuk berbuat sedemikian. Selemah-lemah kita, hanya mampu mendoakan buat mereka. Jom kita selamatkan hati kita… prasangka baik, jika benar mereka salah doakan buat mereka. Jangan lupa untuk doakan hati kita sejahtera. Semoga tsabat dan tidak berpaling kepada agama Allah.

Inilah jalan yang dipilih. Bukan kita yang perlu berubah mengikut arus mereka, tetapi ayuh kita seru mereka berubah mengikut arus agama sedikit demi sedikit. Bukan tidak mahu berbicara berlebihan, tetapi takut akan berlaku dosa. Takut berlaku maksiat. Berhati-hati itu perlu. Tidak boleh mencampuri sesuatu kebaikan dengan sesuatu yang membawa kepada keburukan. Kita ada 2 jalan sahaja. Ketakwaan dan kefasikan.

Sepanjang pemerhatian yang dilakukan semenjak di sekolah rendah lagi. ^^ (dalam diam, mengkaji)
Ada banyak situasi. Ana ambil beberapa situasi.

Ada seorang hamba Allah , pandai berbicara tentang agama. Tetapi tidak pula ikut. Apa kata orang lain? Pandai cakap, tetapi tak buat. Ehem… Ana nak bagi satu tips untuk kalian tanamkan dan amalkan dalam hati. Jika berhadapan dengan situasi ini, bicaralah dalam hati kalian. Walaupun yang menyampaikan ilmu itu tidak dia amalkan, ambillah segala kebenaran yang disampaikan. Kerana menurut kata-kata imam  jangan dilihat pada yang menyampaikan, tetapi lihatlah pada apa yang disampaikan. ^^
Ada seorang hamba Allah ini, berpakaian menepati syariat dan sempurna. Ada kala menepati syariat  tetapi tidak sempurna. Apa kata orang lain? Tak istiqamah, hati berbolak balik. Ehem… ayuh sahabat2ku sekalian. Jom didik hati, sentuh hatimu dengan mengatakan “ya Allah, hamba-Mu ini sedang berusaha untuk istiqamah. Kau bantulah hatinya untuk mencapai tahap istiqamah. Aku pasti dia mampu melakukannya.” ^^ Jangan kata belakang, biar hati kita direct kepada Allah…

Ada seorang hamba Allah, ana terjumpa di dalam surau. Sebaik masuk sahaja ke dalam surau, sudah memulakan sesuatu cerita yang tidak baik tentang sahabatnya kepada sahabatnya yang lain. Bukankah hanya kebaikan sahaja yang perlu dibicarakan dalam surau? Bahkan kat mana-mana pun sentaiasa kena berjaga dengan kata-kata.  Detik hatiku pula. Adakah sahabat-sahabatku seperti ni peribadinya? Di hadapan ku berkata baik, di belakang berkata lain pula? Sahabat-sahabatku sekalian, jom islah hati kita. Bersahabat kerana Allah, doakan jika dia salah, perbaiki jika dia salah, minta tegur jika kita salah. Jangan buka aib sesama kita. Ada satu tips yang ana belajar daripada seseorang, asingkan diri jika tidak mampu untuk menjauhi diri daripada berkata sesuatu yang tidak baik. Jika bersama, banyak katanya, banyak dosanya, sehingga tidak mampu untuk meminta maaf sesama manusia. Ada kala kita perlu bersama kerana satu tuntutan dan keperluan. Ana mohon kepada semua untuk memahami diri ini. Terpulang kepada semua untuk mengatakan bahawa ana seorang yang penting diri atau lain2 lagi. Jom didik hati… ^^ Ana letakkan kepercayaan yang tinggi kepada Allah untuk sahabat-sahabat memahami ana. Ana memilih jalan untuk mengasingkan diri, kerana ana tahu, ana juga seorang manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Nak kurangkan dosa yang bertimbun. ^^ Allah menilai segala-galanya.

Ada seorang hamba Allah ini, takut nak buat kebaikan. Takut orang mengatakan sesuatu yang tidak baik kepadanya. Mereka yang tertangguh melakukan kebaikan selalu berasa tidak layak dan tidak bersedia. Ana suka berdampingan dengan orang seperti ini. Mereka perlukan motivasi dan sahabat-sahabat yang mengajak kepada kebaikan. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, jangan sesekali merendahkan orang. Berilah peluang mereka melakukan kebaikan. Jangan takut. Kerana Allah kan ilah (tuhan) kita. Yang mengata kita tu, tuhan kita ke? Kita nak nilaian Allah. Biarlah, kebaikan yg kita lakukan itu besar nilaiannya di sisi Allah. Di sisi manusia sikit pun xde, x mengapa. Sakit kat dunia bertahanlah, jangan biarkan kita sakit di akhirat nanti.
Situasi yang terakhir. Ada seorang hamba Allah, baik dan menjadi contoh kepada sahabat-sahabat yang lain. Tetapi dia juga ada kelemahan. Tidak seimbang dengan pelajaran. Sekadar lulus dan tidak cemerlang. Apa kata orang lain? Peribadi tip top, tapi exam biasa-biasa sahaja. Macam mana nak jadi contoh? Ehem… mana hati kita? Jom didik hati, doakan sahabat kita “ya Allah, kau bantulah sahabatku ini untuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya.” Dan kita perlu ingat, Allah bagi kelebihan kepada semua hambanya sama rata. Tetapi letaknya sahaja di tempat yang berlainan. Cari kebaikan… dan terus mencari….

Akhir kalam…
Bukan tidak mahu untuk meneruskan kewajipan ini, tetapi ana hanyalah seorang perempuan, tak terdaya memikulnya berseorangan. Sahabat yang ada pun tidak berani lagi untuk masuk ke dalam kewajipan ini. Muktamad, akan kuteruskan kewajipan ini jika sahabatku bersedia membantu dalam meneruskan misi ini. Ana tidak akan bawa kewajipan ini jika berseorangan lagi. ^^

23 April 2012

riba

Assalamualaikum. Berbekalkan ketabahan dan kesungguhan yang berpanjang, alhamdulillah tetap juga digagahkan juga jari jemari ini untuk menulis. memandangkan pagi esok ada satu lagi exam, izinkan ana coretkan sedikit sahaja ilmu buat kalian semua.

Apakah pandangan anda mengenai interest?
jika kita translate perkataan interest, ia membawa makna riba'.
adakah benar ia riba? penambahan? bunga?
fiqh muamalat membicarakan riba bagaimana?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud


teori interest pula bagaimana?
interest is the compensation that a borrower of capital pays to a lender of capital for its use.



setelah ana benar2 kuat dengan 2 bidang ini, ana akan kupaskan nanti. 3buah buku riba, x di sentuh lagi. Kita belajar interest dahulu, kemudian riba.

Prof kata, kalau kita nak perbetulkan sesuatu, kita fahami situasi dahulu. contohnya, nak islamic kan insurance. kita kena belajar insurance dahulu. dah pakar dalam bidang tersebut, baru bertindak untuk menyedarkan umat islam tentang takaful. it's important to conquer this fields. because, I'am muslim! How to make people realize about riba? please.... learn interest, then.... introduce islamic interest. eh... ada ke? nanti, ana rujuk kepada yang lebih pakar dalam bidang ini.

salam perkenalan tentang riba.... mood in theory hibbah and interest exam...
wa ahhallaAllahul bai' waharramarriba.....
 continue.....

13 April 2012

Nenekku...

lama ana menyepi tanpa meninggalkan sebarang coretan. ana tidak pasti samada sahabat-sahabat dan pengunjung yang bertandang di blog ini masih sudi untuk membaca coretan ini. setelah seminggu berprogram, akhirnya ana pulang ke pangkuan keluarga. hakikatnya ana sangat malu untuk menitiskan air mata perpisahan. biarlah hanya Allah yang menilai sejauh mana kasih sayang sesama manusia.

permulaan bicara...
izinkan ana berkongsi sebuah nukilan buat nenek yang sudah kembali kerahmatullah pada mggu lepas. agak keberatan juga ana ingin meninggalkan kampung pada waktu itu, kerana tanggungjawab yang telah diamanahkan. ana berusaha untuk mengatasi kesedihan ini.

nendaku, fatimah
izinkan cucumu ini mencoretkan sesuatu buat dirimu
hari jumaat penuh barakah
kau pergi meninggalkan dunia
dunia ini bukan milikku
bukan juga dibawah kekuasaanku
ku redha dengan pemergianmu

benarlah
sebelum menerima berita kematianmu
aku telah bermimpi bersama denganmu
engkau memelukku dan meminta diriku untuk mendoakanmu
aku hanya mampu untuk mendoakan
lalu aku memberitahu kepadamu
"nek, hakikat kehidupan adalah satu, iaitu mencapai keredhaanNya"
setelah itu nenek tersenyum puas
dan menghembuskan nafas buat kali terakhir

aku tersedar
mimpi rupanya
aku berasa gelisah
makanan tidak lagi kujamah
sebarang pelajaran tidak lagi ku murajaah
hanya termenung memikirkan nenek.

esoknya
aku terus pergi kuliyah seperti biasa
masih tidak berasa selesa dan bimbang
tidak pula ku menelefon emak
insyaAllah nenek tidak apa-apa.

selesai menjawab quiz
aku mendapat mesej daripada emak
"hidayah, nenek sudah meninggal"
ringkas, pendek, tetapi aku berasa keliru.
lalu aku terus keluar daripada dewan kuliyah
menelefon emak kembali
mendapatkan kepastian
ternyata ia benar
air mata tiba-tiba mengalir laju
aku rindu nenek
dengan kesibukan belajar
aku lewat menerima berita kematiannya
segera aku keluar daripada dewan kuliyah
satu sahaja dalam fikiranku
mesti jumpa nenek
mesti sembahyangkan nenek.

setelah bermati-matian meredah kesesakan jalan raya
akhirnya sampai juga ke kampung tercinta
walaupun tidak dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir
ana dapat menyembahyangkan nenek
biarlah ketika itu
ana seorang sahaja perempuan yang hadir
ana sahaja seorang yang lambat datang
ana tetap nak sembahyangkan nenek!
alhamdulillah...

aku sedih kerana tidak dapat menjadi seorang cucu yang memberi banyak bakti
terima kasih nenek
nenek dah banyak memberi semangat kepada diri ini
masih ada lagi tersisa tanggungjawab yang perlu dilakukan
jangan terlalu memikirkan yang sudah berlalu
kita yang hidup
teruskan dengan tanggungjawab yang tersedia
doa anak-anak soleh insyaAllah nek.
nenek is the best among the best... Amin.
Alfatihah...

p/s: mood baru pulang daripada kenduri arwah nenek. atuk menitiskan air mata lagi, berkongsi pengalaman bersama nenek semasa hidupnya. hebatnya nenekku. ana terkesima, cuba menahan air mata. tidak terbendung lagi. selamatkan nenek daripada api neraka. tempatkanlah nenek bersama orang-orang yang soleh dan solehah. amin ya Allah.

29 February 2012

menulis itu indah

jangan hairan melihat ana laju menulis
hatta satu perkataan pun ana sayang nak tinggal
dahulu
bila melihat orang menulis
ana hanya mendengar
takut x faham
tapi sekarang
bila dah tersentuh dengan kata-kata p.cik
"mendengar boleh mengetahui, tapi tak kekal.
kalau antunna menulis,
bukan sahaja dapat tahu
bahkan ilmu itu kekal
dan dapat juga dikongsikan kepada sahabat-sahabat."
jadi, apa jua ilmu
tulislah di atas satu lembaran
hatta, kita sudah tahu
tetaplah dengan menulis
terkadang
kita pasti merasai
indahnya menulis ilmu...
^^

19 February 2012

Jauh...


Allah itu amat hampir
Tapi, kenapa aku masih meminggir?
akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir...

:: petikan dari buku, dimana DIA di hatiku? ::

jauh... jauh... sungguh aku jauh denganNya...
P/S : menelerusi ilmu Allah dengan hati yang merendah diri kerana aliran ilmu itu umpama air yang mengalir, hanya bertakung di tempat yang rendah....

sahabat, semoga dipermudahkan menuntut ilmu.
:: hati tawadhu' kerana merasai diri tidak berilmu adalah rasa setiap orang yang berilmu ::


10 February 2012

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

tak kala melihat pengorbanan si ibu
terdetik di hati ana
ingin mencoretkan sedikit perkongsian...

alhamdulillah
sepanjang cuti ini
ana berkesempatan mempelajari banyak ilmu
menjaga orang dalam pantang
menjaga makan minum anak-anaknya
menjaga pakaiannya
sekolahnya
dan lain-lain...

siapa sangka
anak seusia 3 tahun yang banyak ragam
meminta itu ini
menangis memukul dan kadang kala menjerit sekuat hati
ana hanya mampu tersenyum
"kanak-kanak, tidak mampu berfikir. sabar dan terus menasihatinya"

bersediakah anda untuk menjadi seorang ibu?

setiap hari
anda perlu bangun seawal 5.30 pagi
menggosok pakaian sekolah
mengejutkan mereka
menyediakan sarapan pagi
membasuh mengemas dan sebagainya
dilakukan setiap hari dengan penuh ketelitian

bersediakah anda menjadi seorang ibu?



tak kala melihat ragam seorang anak berusia 6 tahun tidak mahu ke sekolah
bukan mudah menjadi seorang ibu yang dapat memujuk anaknya supaya ke sekolah
berputar minda mencari idea dan alasan untuk menyuntik semangat anak kecil itu ke sekolah
akhirnya
anak kecil itu pergi jua
walaupun terlambat

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

tak kala mendengar pertanyaan si abang yang berusia 8 dan 10 thun tentang pelajarannya
bersediakah anda mengorbankan masa menonton tv dan melayari internet
hanya semata-mata untuk mengajarnya
dan menemaninya menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam?
ana hanya mampu tersenyum
dan melaksanakan tanggungjawab dengan seadanya

siapa sangka si abang yang berusia 10 tahun
bertanyakan soalan-soalan yang tragis untuk di jawab.
kenapa nabi isa xde Ayah?
Allah maha melihat, Allah ada mata macam kita ke?
kenapa lelaki x datang haid?
syurga dan neraka mana paling besar?
adakah kita bersedia untuk menjawabnya dengan fakta dan kebenaran yang telah dipelajari
atau hanya sekadar mendiamkannya?
alhamdulillah, semua soalan itu ana mampu jawab dengan ilmu yang tidak seberapa ini.
mujurlah sempat mempelajarinya.

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

berfikir dan belajarlah untuk menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anak. persiapkan diri dan ilmu yang secukupnya, kerana bila-bila masa sahaja si anak akan bertanya dan terus bertanya tentang apa yang mereka ingin tahu.

jangan sangka hidup ini tidak ada cabarannya, teruskan berdoa dan letakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan kita di sepanjang hidup ini.

jangan sekali kau berputus asa dalam mendidik anak-anakmu duhai ibu, anak adalah amanah dan anugerah daripada Allah.

^^



26 January 2012

contengan puisi ^^

alhamdulillah ya Allah...
Kau beri jua kelapangan bagi diriku untuk mencoret sedikit kata-kata.
dalam memujiMu, aku gembira Ya Allah. dalam mengingatiMu, aku gembira Ya Allah. dalam aku gembira, aku meminta perlindungan dariadaMu. biarlah... itu satu nikmat yang aku dambakan.

dalam tenang riak muka, jangan disangka tiada duka.
jalan ini yang kupilih
bergelar seorang pelajar bukan mudah
menjadi seorang daie jangan diambil mudah
aku akan tetap tabah

tika duka dalam berteman, pasti ada penyelesaian
tika susah dalam berjuang, pasti ada ganjaran yang tiba
tapi, tak pasti
adakah Kau menerima aku sebagai HambaMu ya Allah?
duka ini adalah penghapus dosaku kepadamu ya Allah.
dosa yang lama tidak sesekali ku ulangi.
taubat nasuha.

mengertilah,
jalan ini yang telah aku mulai
pasti akan aku sudahi.

aku nak contohi ubaidah alJarrah
takkan ku tinggalkan sunnah Rasulullah.

21 January 2012

berhiburlah


lagu penghibur hati ...
siapa kata berhibur itu salah? menepati kehendakNya dan tidak melanggar syariatnya.
xsalah kita berhibur
pandai jaga hati dan tingkah laku
Allah redha

kita muslimah
tetapi dengar lagu yang dibawa oleh seorang lelaki
bagaimana?
berbalik pada pangkal hati
pandai jaga hati
Allah redha

kita muslimah
tetapi tengok konsert nasyid
lelaki yang mendendangkannya
bagaimana?
berbailik pada niat kita
pandai jaga mata
Allah redha

ana suka kongsikan satu pengalaman. masa tu ana ada hadiri konsert nasyid. biasalah, duduk belakang sekali. xnampak muka penyanyi pun xpe, dapat dengar pun ok. dah habis lagu terus keluar. ada satu kakak ni, duduk di luar sahaja. ana tegurlah, x masuk tengok ke kak? katanya, artis nasyid itu semuanya muda-muda. akak tak sanggup tengok. jaga hati yang x kuat ni. kalau duduk pandang muka, liriknya x dapat kita hayati, sebab sibuk fokuskan pada artis itu. tujuan datang lain, balik dapat lain pula. Ya Allah, benar kata kakak ini. "Allah pasti redha kita kan kak?" kataku padanya.... ^^

percayalah kepada ALLAH yang esa,
percayalah kepada pahala dosa
percayalah kepada syurga dan neraka
percayalah kepada qada' qadarnya
percayalah pada hari pembalasannya
-petikan daripada lagu percayalah~Dian-

p/s: kadang-kadang berhibur dengan sesebuah lagu itu boleh membuatkan manusia lalai dengan hati. muhasabah diri, mendengar lagu untuk mencapai redhaNya semata.

14 January 2012

jom bertafakur...

assalamualaikum w.b.r.t.h...
dah lama tidak menaip sesuatau yang bermanfaat. ud u' ila sabilirabbika bilhikmah, wa mau'izatil hasanah. i'am try to focus on mau'izatil hasanah. pengajaran yang baik....

exam... hm... terkadang diri ini merasakan exam ini kurang kesannya.
itu sekadar pendapat. terkejar2 baca ni, baca itu. bila exam, penuh satu kertas nak dicurahkannya, dah keluar exam, yang kekal di dalam kepala hanya sedikit. tidak pernah ana salahkan sistem penilaian universiti yang berasaskan oriented exam semata-mata. mungkin diri ini yang leka, kurang fokus, kurang minat, dan sebagainya...^^

sem ni, probability... terkejar2 buat latihan itu, buat latihan ini. hafal bulat2 solutionnya. apabila exam, yang masuk soalannya seolah-olah praktikal kepada soalan2 yang telah dibuat. blur... 20 markah satu soalan. kalau dah 4 soalan? habis macam itu shj... permudahkan ya Allah...

apabila belajar subjek ini, x tahu nak apply. generating moment, hypothesis test, etc... kenapa perlu? nak apply kat mana? kadang2 x terjawab soalan ini. belajar dan terus belajar... fikir dan jawab. walaupun yakin jawapan itu salah. nak buat macam mana, itu yang ana tahu.

ana teringat pertanyaan seorang sahabat yang bertanyakan satu soalan kepada prof yg mengajar aljabar linear. kenapa perlu belajar linear ni? nak apply kat mana? jawab prof, belajar dahulu, esok dah kerja, kita tahu nak apply kat mana. sebenarnya, jawapan yang diberikan x berapa memuaskan. tetapi ana yang kerdil ini, mampu meredhainya sahaja ^^ setiap apa yang keluar daripada mulut seorang guru ada hikmahnya... tunggu, dan lihat natijahnya.

secara kesimpulannya, really confuse what i have been done for this sem. ^^ Allahumma la sahla, illa maja'altahu sahla... belajar, mana ada senang. kecuali Allah yang permudahkannya. you get what i'm try to say?

menjadi seorang yang pandai memang cita-citaku, tetapi apabila dah pandai kita akan sering lupa dengan pencipta. biarlah tidak berapa pandai. kerana, kita akan lebih merendah diri, kita akan sedar dan selalu meminta dengan Allah. (setiap orang ada pendapat, tidak bermakna yang menulis ini benar, dan yang membaca itu salah. berfikir dan terus berfikir untuk kebaikan bersama.)

"Intansurullaha yan surukum"


12 January 2012

mendamba keinsafan

ya Allah, sekian lama tak buka ikim. dahulu, setiap malam menjadi pendengar setia, tetapi sekarang terlibat dengan akademik, mengejar ilmu Allah, tidak sempat membuka radio. hari ini, benar2 terkesan dengan lagu ini. lagu ini sering di mainkan di radio ikim. semoga kita benar2 mendapat ibrah daripada lagu ini. jom jadi Hamba Allah yang terbaik di mataNya, bukan di mata manusia.