Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

14 August 2012

Dunia Perlu Bantu Rohingya

DUNIA PERLU BANTU ROHINGYA



Sebarang derma dan sumbangan untuk membantu masyarakat Rohingya ini bolehlah disalurkan melalui: "Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN" di Maybank bernombor 562263502611
 ----------------------------------------
 [ Laporan HALUAN ]

 1. Di Ambang Ramadhan, Muslim Rohingya Berhadapan Dengan Maut http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1636-di-ambang-ramadhan-muslim-rohingya-berhadapan-dengan-maut

 2. Masyarakat Dunia Perlu Bantu Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1638-masyarakat-dunia-perlu-bantu-rohingya

 3. Kenyataan Media : Semua Pihak Diseru Membantu Masyarakat Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/extensions/kenyataan-media/1656-kenyataan-media-semua-pihak-diseru-membantu-masyarakat-rohingya

 4. OIC Cadang Jawatankuasa Khas Tangani Krisis Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1664-oic-cadang-jawatankuasa-khas-tangani-krisis-rohingya

 5. HALUAN Gandingi NGO ASEAN Bantu Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1667-haluan-gandingi-ngo-asean-bantu-rohingya
 ----------------------------------------

 [ Status Hak Asasi Semasa - Sumber IHH]

 1. Muslim Rohingya di Arakan dibunuh setiap hari sehingga saat ini.

2. Sejumlah besar Muslim dipenjara dan diseksa, namun identiti dan angka sebenar mereka tidak dapat dikenal pasti.

3. Wanita-wanita Muslim diperkosa.

4. Larangan perjalanan dan perintah berkurung telah melumpuhkan aktiviti harian masyarakat Rohingya.

5. Masjid-masjid, rumah-rumah dan perkampungan dibakar dan dimusnahkan.

6. Masjid dan madrasah tidak dibenarkan untuk dibaik pulih tanpa permit kerajaan. Pihak berkuasa mengambil gambar masjid dan madrasah tiga kali setahun secara rutin, untuk memantau agar Muslim mematuhi peraturan ini. Jika terdapat proses membaik pulih secara tidak sah, mereka yang terlibat akan dipenjarakan antara 6 bulan ke 6 tahun disamping dikenakan bayaran denda. Tiada masjid dan madrasah baru pernah dibina sejak 20 tahun lalu.

7. Setiap tahun, Muslim Rohingya harus memberikan gambar penuh ahli keluarga masing-masing kepada pihak berkuasa. Setiap ahli keluarga dikenakan cukai untuk setiap bayi yang lahir, dan setiap ahli yang meninggal dunia.

8. Muslim tidak bebas melakukan perjalanan. Mereka harus mendapatkan permit dan membayar cukai perjalanan untuk bergerak dari kampung ke kampung yang lain.

9. Muslim dilarang membina rumah daripada konkrit. Hanya rumah papan dibenarkan, dan rumah mereka dikira sebagai harta kerajaan. Jika rumah tersebut terbakar secara tidak sengaja, tuan rumah akan dipenjarakan sehingga 6 tahun.

10. Untuk memulakan satu perniagaan, mereka harus mengadakan usahasama dengan pengusaha Buddha. Dalam usahasama ini, pengusaha Buddha memegang separuh daripada perniagaan tersebut tanpa harus mengeluarkan apa-apa modal.

11. Muslim harus membayar cukai tahunan untuk binatang ternakan mereka.

12. Muslim tidak dibenarkan berkahwin tanpa membayaran cukai dan tanpa permit perkahwinan. Ada yang tidak diberikan permit, walaupun cukai telah dibayar.

13. Muslim tidak dibenarkan menggunakan kemudahan umum. Contohnya, mereka tidak dibenarkan pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

14. Muslim tidak dibenarkan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.

15. Muslim tidak dibenarkan menjadi penjawat awam. Sehingga kini tiada penjawat awam muslim di Arakan.

16. Muslim tidak diberikan khidmat telefon berkabel, dan telefon bimbit juga tidak dibenarkan.

17. Muslim tidak dibenarkan mempunyai kenderaan bermotor.

18. Jika Muslim dituduh melakukan jenayah, mereka tidak diberi peluang mempertahankan diri dan dipenjarakan serta merta. Polis dan tentera mempunyai kuasa memecah masuk rumah Muslim tanpa waran, dan diberi kuasa mendakwa penghuni rumah atas apa-apa kesalahan jenayah. Mereka diberi pilihan sama ada dilepaskan dengan membayar rasuah ataupun dipenjarakan.

19. Muslim dikenakan perintah berkurung selepas jam 9 malam dan tidak dibenarkan melawat sanak saudara tanpa kebenaran polis.

20. Muslim dijadikan buruh paksa kepada negara dan penduduk Buddha tanpa diberi upah.

21. Muslim tidak mempunyai hak warganegara. Jenis kad pengenalan mereka ialah kad 'warga asing'. Kad tersebut hanyalah untuk tujuan pengenalan identiti, dan tidak mempunyai nilai apa-apa selain itu.

22. Pasport tidak diberi kepada Muslim. Mereka diberi satu dokumen untuk masuk ke Bangladesh. Kadang-kadang mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana dokumen tersebut dianggap tidak sah. Muslim Arakan mencari perlindungan di negara-negara jiran untuk terus hidup, melarikan diri daripada kekejaman dan penindasan yang sistematik di tanah air mereka. Sukar untuk memberi anggaran jumlah sebenar pelarian di Bangladesh, namun situasi yang sangat buruk di kem-kem pelarian ini telah diketahui pihak PBB dan pihak yang bertanggungjawab.

::Sekadar melakukan kewajipan sesama insan::

01 August 2012

fiqh kontemporari dalam bermusafir

Apakah hukum wanita melakukan musafir tanpa mahram, jika dia tiada mahram yang dapat menemaninya?

Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, asal hukum ialah janganlah wanita melakukan musafir tanpa mahram. Tapi jika sukar mendapatkan mahram yang mampu menemani, para fuqaha' terbahagi kepada 4 kelompok:

1. Berpegang pada zahir hadis. Haram, samada untuk perjalanan haji atau perjalanan apa seka lipun.

2. Mengkhususkan nas (dalil) yang brsifat umum. Kelompok ini mengecualikan perempuan tua yang tiada syahwat lagi.

3. Kelompok yang mengecualikan wanita yang bermusafir bersama wanita-wanita yang dapat dipercayai. Bahkan ada yang kata, jika ada teman seorang wanitapun sudah memadai.

4.Kelompok yang berkata wanita boleh musafir jika jalan yang ditempuhi aman dan tidak bahaya. Ini pendapat Ibnu Taimiyah. Dalam Fiqh Maqasid Syariah al-Qaradhawi, beliau melihat pendapat keempat menjadi KUAT dalam realti hari ini.

Dalilnya:

1. Hadis riwayat Imam Bukhari menceritakan Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. keputusan ini disokong menjadi Ijma' sahabat.

2.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari A'di bin Hatim, rasul berkata tentang kegemilangan masa depan Islam, "Telah dekat waktunya di mana seorang wanita dari Harah di Irak akan menuju Kaabah dengan tidak disertai suaminya. Dia tidak takut kepada sesiapun kecuali kepada Allah..."

Hadis ini diucapkan dalam bentuk pujian terhadap penyebaran Islam dan wujudnya rasa aman dalam dunia ini.



Perjalanan pada zaman moden ini adalah dengan kenderaan yang menghimpun sekian banyak orang dalam kenderaan itu, seperti kapal laut, kapal terbang dan bas. Maka, muncullah rasa aman.

Sebaik-baiknya, wanita hendaklah bermusafir bersama mahram. Jika susah nak dapatkan mahram, maka bolehlah mengambil kelonggaran dalam pandangan ini.

 jika bahaya yang dikhuatiri, Mintalah fatwa dari hatimu.

credit to: sebarkan bahagia blogspot. (k.fatimah syarha)