Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

02 January 2013

Ikhtilat di alam maya (Facebook)

Bismillahirrahmanirrahim. Mudah-mudahan penulisan artikel ini mampu menjawab persoalan-persoalan anak muda pada zaman kini berkenaan ikhtilat di alam Maya (Facebook).
Izinkan ana membahasakan diri saya. Sebelum ini ana menggunakan ‘ana’ dan kini akan menggunakan saya. Ok? :-)
.............................

Melihat kepada masalah diri sendiri dan juga teman-teman, saya mencari ikhtiar untut mencoretkan sebuah penulisan untuk renungan dan saya berharap mudah-mudahan kajian saya ini mampu untuk menyediakan jawapan yang terbaik kepada persoalan di atas. “Ikhtilat di alam Maya (Facebook).”

Berpegang kepada kata-kata Allah S.W.T, “Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh pengajaran yang baik dan berdialoglah mereka dengan cara yang lebih baik” An-Nahl 125.

Saya tidak malu untuk menceritakan pengalaman saya kepada semua pembaca. Saya merasakan dengan pengalaman saya mampu untuk menyampaikan sesuatu. Izinkan.

Fenomena memiliki akaun Facebook telah menjadi kebiasaan di kalangan anak muda, khususnya para remaja dan mahasiswa. Saya tidak menafikan bahawa golongan dewasa dan juga mak cik pak cik turut mempunyai akaun Facebook. Berbalik kepada pengalaman. Saya mengakui, saya mempunyai 2 akaun Facebook. Saya mula berjinak dengan Facebook ini pada usia 17 tahun, iaitu tingkatan 5. Berhajat untuk menyebarkan dakwah dan juga merapatkan ukhuwah dengan kenalan sekolah lama.

Malangnya, niat tinggal niat, dengan Facebook saya leka. Leka menunggu notification rakan-rakan, leka menunggu update status rakan-rakan, leka dan terhibur dengan gambar-gambar yang diupload. Ikhtilat antara rakan-rakan Facebook masih terjaga kerana sewaktu itu, rakan-rakan di Facebook hanyalah rakan di maahad. Kami semua perempuan.

Bermula menjejakkan kaki di Universiti, kenalan di facebook semakin bertambah. Saya tidaklah syadid sehingga tidak approve rakan sekuliah dan rakan sepersatuan yang berjantina lelaki. Mereka pun rakan-rakan saya. Pertukaran info mengenai pelajaran dan info mengenai aktiviti persatuan pun perlu di ambil tahu. Saya merasakan ini keperluan dalam menuntut ilmu.

 Telah berkata juga Iman Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Fatawa Al-Mu'Asarah (jilid 2 m/s:284): "Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya bukanlah ditegah, bahkan ianya HARUS & DITUNTUT sekiranya percampuran itu mempunyai niat yang baik seperti menuntut ilmu, beribadah, perbuatan yang dianggap baik di sisi syarak & sebarang aktiviti yang baik yang memerlukan kerjasama di antara dua pihak. Tetapi pertemuan ini MESTILAH MENJAGA ADAB-ADAB ISLAM antara kedua pihak seperti pakaian yang dibolehkan syarak, aurat, suara, dan pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan penting sahaja.

 "Imam Al-Qurtubi mengharuskan bercakap dengan perempuan dan berbual dengan mereka sekiranya ada keperluan.”

 “Wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat.” *saya akan kemukakan rujukannya.

 Pastikan juga perbincangan antara mereka yang berlainan jantina hendaklah diadakan dikhalayak ramai. Seperti contoh, saya memberi comment yang membina bertujuan untuk ilmu dan memperbetulkan kesalahan. Comment saya juga boleh dilihat rakan-rakan yang lain.

Jika kita chat pula, harus menghadirkan orang ketiga dalam perbincangan atau perbualan. Cara ini boleh menjaga kita daripada tersasar tujuan bukan? Khalwat bukan sahaja berada berdua-duaan sesama lelaki dan perempuan, dalam alam maya pun ada. Bukankan syaitan pun wujud di mana-mana? Tetapi tidak perlu beriya sangat sehingga mewajibkan orang ketiga. Jika yakin mampu untuk menjaga ikhtilat, kalian boleh untuk bersendirian. Tetapi perlu hadirkan Allah di dalam hati. Takut dengan Allah.

Terpulang kepada kalian untuk menggunakan qaedah yg dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing-masing. Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan. Berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yang juga merupakan salah satu daripada qaedah untuk beramal dgn agama Islam: al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita). *Perlu penjelasan yang lebih dalam. Sila rujuk tafsir hadis.

Berkata Syeikh 'Atiah Saqar dalam kitabnya "Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal-Ahkam ."
Percampuran antara lelaki dan perempuan yang ditegah adalah di dalam keadaan berkhalwat di antara lelaki dan wanita di tempat yang tertutup dan boleh menimbulkan fitnah.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak aku tinggalkan suatu fitnah sesudahku yang lebih merbahaya kepada kaum lelaki melainkan godaan wanita" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Benarkan? Kadang-kadang, rakan yang berada di sebelah yang melihat kita tersenyum sendirian tika ber ‘chat ’ pun sudah menduga bermacam-macam persoalan. Seperti contoh, “eh dia chat dengan lelaki la, entah-entah janji nak keluar esok kot.” :-)

 Saya tidak menafikan hati manusia tidak selamanya lurus. Kadangkala terpesong dari landasan. Seorang perempuan pasti mempunyai penyakit hati. Kalian pasti lebih arif daripada saya mengenai hati. Penyakit hati ingin dikagumi dan diambil perhatian. Tambahan pula rakan-rakan yang berlainan jantina di Facebook membuatkan saya serba salah untuk menunjukkan perangai saya yang sebenar.

Orang kata saya hipokrit dan sebagainya. Tidak menunjukkan watak yang sebenar. Saya abaikan kata-kata mereka. Saya dengan hujah saya, insyaa Allah.

Mana mungkin saya menulis kata-kata sayang, rindu, nasihat, gelak ketawa di hadapan mereka yang saya tidak kenali? saya ada uslub dakwah yang berlainan dengan mereka. Saya biasa mengungkapkan kepada keluarga, adik2, kakak2, rakan-rakan dan saudara mara saya.

Saya risau dengan kata-kata dan juga perwatakan ini akan membuatkan mereka yang berlainan jantina kagum dan terkejut dengan saya. Saya lebih selesa mereka mengenali saya dengan sikap saya di luar, bukannya di alam maya. Setelah merasakan seperti demikian, saya mengambil keputusan untuk membuat satu akaun Facebook yang baru. Dengan alternatif ini, saya lebih mudah membina ukhuwah dengan mereka yang mendamba ukhuwah dengan saya, berkongsi ilmu dengan mereka tanpa ada rasa ria’ dalam hati, dan menjaga diri daripada ikhtilat di alam maya. Dakwah dengan mereka yang dekat dengan saya lebih mudah.

Saya tertarik dengan perkongsian yang dipetik daripada penulisan (bumi akhir usia).

Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”

“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”


Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya perjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.

Sama-samalah kita koreksi diri, adakah kita mnjaga setiap perlakuan kita? Beruntunglah Yahudi melihat lambakan dari penggerak dakwah sendri menggunakan ciptaan mereka mengikut acuan yang mereka tetapkan, mncapai objektif untuk melalaikan. Ini baru sentuh bab ikhtilat di alam maya, blum lagi bagaimana kita melalaikan dri dengan nikmat kemajuan ini..

Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan bergurau dan mengusik.

Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.

“Isk, seronoknya kacau ‘dia’ ni.”

“Hari ni apa update dia di facebook ye?”

Sejurus sahaja orang yang diminati update status di facebook, terus sahaja ditinggalkan komen di facebook mereka.

Jadi, sama-samalah kita cuba sedaya upaya utk tidak mnjadi seorang ‘penagih’ kepada laman social yang menyebabkan kita lalai tetapi jadilah kita ‘ketagih’ utk mendapat mardhatillah.

p/s: Bersama-sama menjaga ikhtilat di alam maya. Ini pandangan dan rujukan saya berkenaan ikhtlat. Mohon pandangan darpada pembaca juga.

No comments: