Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

19 June 2013

Iktibar

Istilah tanggungjawab itu meluas maksudnya.

Manusia apabila bersedia memikulnya, maka secara rasminya wajib untuk melaksanakannya. Benar, bukan mudah bekerja di bawah orang, mendengar arahan hari demi hari. Pulihkan hatimu wahai teman, jadikanlah hatimu bersedia menghadapi apa jua ombak rintangan. Redha dan ikhlas resepi hati bahagia. Terkadang hati hiba, duka, mencari kekuatan untuk meneruskannya. Tersentuh, dahulu ana juga pernah memberi arahan kepada anak buah, ya Allah ampunilah dosaku andai diri ini melakukan kesalahan sehingga membuatkan dirinya terbeban. Bukan mudah memahami 2 situasi yang berbeza. Memahami tanggungjawab, ikhlas melakukannya kerana ibadah. khalas! :-)

Bersabarlah teman, di saat mereka yang dibelakang tidak memahami kedudukanmu, hadirkanlah rasa wujudnya Allah ada sentiasa melihatmu.

-keringnya ranting kayu ini menahan sejuk. ^_^
 
.............................

Dilema seorang penerbit dan Pelakon itu susah untuk dirungkaikan.

Ana memandang sisi televisyen, pelakon tidak menutup aurat. Datang menyapa atuk mengajukan persoalan.

"Dayah, penerbitan Malaysia ada tak mengeluarkan akta menutup aurat bagi mereka yang ingin terlibat dengan televisyen ni?"

jawabku, "Tiada atuk, tapi kalau ada yang tidak senonoh dia akan tapis."

"Negara Islam kan seharusnya menitik beratkan aurat terutamanya mereka yang beragama Islam. TV telah mencorakkan pemakaian anak muda zaman sekarang ni. lihatlah, apabila ditanya mengapa tidak bertudung? katanya tidak apa."

jawabku, "wallahua'lam tuk."

terdetik dalam hati, "mana tahu esok ana terlibat dengan media televisyen, bagaimanalah situasi yang akan ana tempuhi. nak ke tidak mereka menerima dakwah dan menghormati ana membawa imej muslimah? wallahua'lam."

cita-cita ana, memang ingin dekati mereka yang ada populariti ni. mereka jauh dengan kefahaman kerana jauh dengan ilmu untuk mereka fahami. Mana tahu suatu hari Allah akan memberi tanggungjawab ini tergalas di bahu ana. ana cuba. :-) sejak kecil, ana sanggup menerima risiko berkawan dan dekat dengan mereka yang kurang faham dengan agama. tetapi Allah tidak izinkan ana untuk lama dengan mereka, kerana Allah juga tahu tahap kemampuan ana. Wallahua'lam.

.....................................

p/s: dalam duka, kecewa, gembira, riang, ingat Allah ada menemani setiap sisa hidupMu. Jadilah mereka yang mencintai akhirat. kerana akhirat itu lebih bermakna dalam hidupmu. menuju ke akhirat, perlu ada jambatan dunia untuk dilalui. Ingatlah, sehebat mana agamamu, kau perlu belajar ilmu dunia untuk memimpinmu. Sehebat mana ilmu duniamu, kau juga perlu ada agama untuk memimpinmu.

10 June 2013

Mencari hati yang hilang.

Salam dihulur, mudahan ia disambut dengan kasih sayang dari tuhan. Yuk kita menjadi baik. Baik di mata Allah. Jangan mengenepikan hak fitrah yang inginkan kepada kebaikan.

Pernahkah anda merasai kehilangan? kehilangan yang dimaksudkan adalah kasih sayang daripada Allah. Setiap kali di uji, anda berasa 'down'. seolah-olah tiada yang memahami. Anda sudah banyak melakukan amal kebaikan, sedangkan hati hilang entah ke mana. Your heart is missing!

Hati hilang, perlu dicari. Seperti anda dahagakan air, anda cari air untuk menghilangkan dahaga. Ingat pilih air! Jangan pula memilih air laut yang masin, hanya menambah haus. Begitulah perumpamaan hati yang hilang, cari dengan wasilah yang sohih dan jangan mencari ke arah jalan yang fasiq. Berbalik kepada hati yang hilang. Carilah dengan hati yang merendah diri di dalam solat, carilah dengan cara berbicara dengan tuhanmu di dalam doa.

Carilah dengan mata hati, jangan sesekali berhenti. Jika kau berhenti mencarinya, kau sendiri yang akan menyesal dan kebarangkalian untuk mendapat hati yang hilang itu adalah sangat tipis.

Percayalah, bahawa Allah itu maha pemurah. Melimpahi rahmatNya kepada semua makhlukNya.

Ana berpesan. Solatlah di awal waktu, AlQuran jangan sekali ditinggalkan, berdoalah dengan sebenar-benar pengharapan. Allah itu sangat baik. Percayalah.

Bagi yang sudah jauh dengan TuhanNya, bersegeralah bertaubat. Beranilah untuk berubah, kelak ana bimbang esok adakah masa yang tersisa untuk berubah? Ayuh kita renungkan hadis qudsi di bawah:

Dari Anas r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Telah berfirman Allah Ta’ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

#Sesungguhnya Raihan
 

09 June 2013

Seminggu berlalu.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.r..h.

kef halukum? tahniah buat adik-adik kak dayah semua. Kerana apa? kerana kalian semua telah berjaya menempuhi minggu cuti sekolah. Semalam mereka sudah pun kembali ke sekolah masing-masing. Dengan berlatar belakangkan sekolah yang berbeza, ada yang MRSM, Maahad Tahfiz, Sekolah menengah Arab, dan ada juga yang lainnya. Mudahan ilmu yang dikutip membuahkan manfaat buat yang memerlukan. Semoga menjadi panduan dan bekalan hidup di dunia dan akhirat.

Bagaimana pelajar IPT dengan study week? Allah memberi kelewatan sedikit dalam menempuhi final. 24,25,27,28 Jun. Semuanya berturut-turut. Ana akan fokus. Insyaallah, ana akan berlari, dan tidak akan berhenti. :-)

Allah memberi kerehatan di musim study week dan cuti sekolah ini. Apakah kita membalasnya dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat/tidak? Jujur, ana turut mengakui kedua-duanya. Adik-adik yang bercuti turut menghabiskan masa yang terluang dengan menelaah pelajaran, membaca buku, mengulangkaji pelajaran, dan beraktiviti. Alhamdulillah, Allah atur cuti ini di bulan yang berkat. bulan rejab. Malam jumaat pasti tidak terlepas dengan solat jemaah dan bacaan tahlil di surau tercinta. :-) Alhamdulillah, kami juga memanfaatkan masa cuti ini dengan bergotong royong dalam walimah abg ab. aktiviti yang dinantikan. semua ada, meriah sungguh kehadiran, turut menceriakan keadaan. Di cuti ini, tidak terlepas juga ada yang bermain game, PES? ber'fb' ber'twit' ber'instagrm' dan juga menonton movie. Ana juga mengakui, ada karat-karat jahiliah yang masih tersisa dalam diri. Tetapi, ana cuba sebatikan dalam diri, melakukan sesuatu mudahan manfaatnya ada. Nafiun linafsih wa lighoirih. ^_^

...apakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia amat sedikit berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At-Taubah 9:38)
Petikan ayat ini, menyentuh peribadi ana. Jujur, persiapkan bekalan yang secukupnya. Di akhirat itu selamanya. *Jangan berhenti berlari. "Penat duduk sekejap" ^^ karya Dr Zaharuddin Abdul Rahman.



Terkenang sebentar bait-bait kata yang ana quot di laman Fb. Selesai menghabiskan drama Nur kasih, Stanza Cinta dan Mencari bidadari. Ana pun ikut perkembangan drama Malaysia tau. :-) dan juga masih mengikuti Cinta dan wahyu yang tidak habis lagi.
"seringkali terkesima dengan watak di dalam sebuah cerita yang soleh suasananya, saya akan mengucapkan syukur kerana masih ada yang soleh dan solehah di zaman ini. Tetapi, apabila menyedari watak mereka yang sebenar diluar. Hanya mampu mendoakan."

Ana mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang dirasai. Mudahan, kalian juga mengakuinya. Kita suka menonton movie, cerita. tetapi cubalah anda menonton dengan kaca mata hati. yang tersirat itu lebih indah.




Mudah dan susah berdakwah di laman media, tidak boleh diukur dengan kata-kata. mereka yang berada di situasi itu sahaja yang memahaminya. semoga di bukakan hati untuk berubah tika melakonkan watak-watak yang membawa nama Islam. InsyaaAllah kita akan berasa lebih izzah dengan Islam.

Ana mengharapkan yang terbaik buat mereka yang mendukung dakwah Islam. Peganglah dengan tali Allah, kelak pasti kau tidak akan jauh menyimpang. Berpeganglah dengan janji Allah, kerana... Intansurullahayansurukum.

sepanjang study week... ana tidak lekang dengan 2 buku ini. "Ayyuhal walad" karangan hujjatul Islam, dan "Jangan berhenti berlari" karangan Dr Zaharuddin.

p/s: Sayu meninggalkan keluarga demi sebuah ilmu. Akan ana buktikan, bahawa diri ini juga mampu berjaya.

Inna Akramakum Indallahiatqakum... 
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah taala itu ialah orang yang paling tinggi taqwanya" Al-Hujurat 13