Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

27 July 2013

pecut...

Bismillahirrahmanirrahim.
Tiba-tiba hari ini ingin mencoretkan sesuatu. mudahan manfaatnya ada.

10 malam terakhir. yuk pecut ibadah. dahulu berjalan kaki, sekarang kita berlari pecut. :-)
ana sering kali menerima persoalan daripada teman-teman dan saudara mara, tidak berkerja ke? cuti kan lama. hanya mampu menjawab, kerja. "kerja mengabdikan diri full time di bulan yang mulia :-)"

tetapi, betapa malunya diri ini. full time ke? biarlah hanya Allah yang menilai dan menghitungnya.

setiap hari ana berusaha untuk memperbaiki diri. sungguh, iri hati dengan mereka yang melakukan ibadah sangat banyak. qiyam di masjid bersama teman-teman, bertarawih di masjid 20 rakaat, bertadarus sehingga lewat pagi di masjid. apa kan daya, perempuan di masjid fitnahnya besar.

kadang-kadang ada juga berniat untuk ke masjid, alhamdulillah sampai juga mengikut mak dan abah. sebagai seorang muslimah, pasti hati dan pandangan kita ada sahaja yang tidak kena. sehinggakan imam mengimami solat isya' dan tarawih pun mampu membolak balikkan hati. Daripada niat yang baik, terus tidak jadi baik. ada hikmah, ana melaksanakan 8 rakaat tarawih bersama atuk, membaca Al-Quran sendirian, qiyam sendiri, buat kerja amal tiada yang melihat. itu lebih mendekatkan diri kepadaNya. ibadah tidak tergugat, amalan tidak tersesat. Allah, terimalah ibadahku ini.

Dua hari ini, Ya Allah besarnya nikmat bersaudara. besarnya nikmat beriman kepadaMu. besarnya nikmat beribadah hanya keranaMu. Dapat memasak bersama, dapat menyediakan bubur lambuk bersama, dapat mengagihkan makanan kpd orang kampung bersama, dapat berbuka bersama-sama, dapat tarawih bersama-sama, dan dapat dengar ceramah dan moreh bersama-sama. semua ini, hasil dari persaudaraan keluarga. Berkat Ramadhan dan malam nuzul Quran. Hati sangat tersentuh.

mudahan Allah menerima amalan ini, mudahan tidak disia-siakan usaha ini. Aamiin ya Allah.

:: 10 ramadhan terakhir ini, jom pecut ibadah ::

16 July 2013

Lama...

Bismillahirrahmanirrahim.

post terakhir, 19 jun. Ya Allah, sudah hampir sebulan tidak menulis. hilang fokus untuk menulis dan mencoretkan sesuatu di laman blog ini. Ramadhan Kareem. sudah memasuki malam yang ke-8 Ramadhan. Alhamdulillah.

Kali ini dapat menjalani ibadah puasa di rumah. ramadhan kali ini, lain dari kebiasaan. kelainan di rasai apabila ada atuk dan ada 2 orang adik dari tahfiz menumpang di rumah. mujurlah mak letakkan adik2 itu di surau keluarga. keluarga pun memahami situasi seorang anak perempuan. :-)

Kemeriahan di rasai apabila berbuka puasa beramai-ramai dan melaksanakan ibadah tarawih di surau keluarga. Abah, mak, dan adik2 dari tahfiz solat di masjid. Mereka ada tugas di masjid. Ajk masjid :-) adik2 dari tahfiz pula ditugaskan untuk mengimami solat tarawih di masjid. kagum dengan mereka. terkadang tersenyum melihat keletah mereka. dengan kejut sahurnya bagai nak runtuh pintu, tidur lepas subuhnya hingga ke tengahari tak bangun-bangun, balik tarawih sambil hon2 motor (tanda buat 8 rakaat sahaja la tu, kalau 21, perlahan sahaja bawa motor tu) :-) adik-adik, perangai pun macam adik lah.

tiada aktiviti yang menarik ingin dikongsikan. rutin harian, memasak, mengaji Al-Quran, puasa, solat, hantar lauk, internet, soduku, dan tidur. berhajat untuk bekerja, tetapi tiada panggilan lagi. Guru PASTI dan sekolah tiada lagi kekosongan. menunggu dan terus menunggu. Ada rezeki tak ke mana, InsyaaAllah.

sabtu yang lepas ada iftar jamaie keluarga, insyaaAllah hari nuzul Quran nanti ada program dengan keluarga. kalau tidak ada aral, akan ada imam mekah dan juga ustaz yang datang menyempurnakan lagi majlis ini. mohon doa buat kami.

rasa lapang, tatapi takut untuk melakukan sesuatu. mudahan, dengan waktu lapang ini, ana dapat melakukan sesuatu yang berfaedah. mohon doa.

usahlah memikirkan samada orang peduli sama kita atau tidak, tetapi fikirkanlah samada kita peduli pada orang lain atau tidak. ^_^

ana akhiri dengan 3 baris puisi

akalku alpa membisikkan keikhlasan
hatiku lupa menitipkan kesungguhan
sungguh Allah tidak lupa, mengingatkan tentang taubat buat hambaNya yang dalam kelalaian.

berpaksikan cinta Allah, teruskanlah dengan juang Islam, InsyaaAllah tiada yang sia-sia.