Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

31 August 2013

Niqab/berpurdah mengundang masalah?

Bismillahirrahmanirrahim.
Bagaimana ana ingin mulakan bicara penulisan ya? InsyaaAllah, sedikit demi sedikit ilham dan idea akan datang.

Ana bukanlah seorang yang berniqab, tetapi dikalangan sahabat-sahabat yang ana kenali, kebanyakan mereka adalah yang berniqab. Cuba-cuba itu, adalah. tetapi tidak sampai sehingga keluar memakainya. Ana tak sekuat mereka yang berpurdah. Situasi ana yang banyak melakukan aktiviti dan masih belajar di Universiti, tidak sesuai untuk ana memakainya. Tambahan pula, ana tidak kuat untuk memakainya. Jujur ana katakan.

Antara faktor mendorong ana tidak memakai purdah.
1) Suasana persekitaran tidak mengizinkan. Di Universiti terutamanya.
2) Khuatiri mengundang perhatian ramai
3) Penyakit hati yang melanda apabila di puji.

semuanya itu, ada langkahnya untuk di atasi. Tetapi untuk masa sekarang, 3 faktor ini ana rasakan paling sukar untuk dibendung. Makanya ana mengambil keputusan untuk tidak berpurdah.

seharusnya, yang berniqab itu berlindung di sebalik gambar. tetapi sebaliknya pula , ana kesal dengan segelintir daripada mereka yang berniqab, mengupload gambar dan memaparkannya di facebook. Tidak mengapa beramai-ramai, tetapi ini seorang. Walaupun ana turut akui, gambar itu sudah cukup solehah, tetapi kaum arrijal yang soleh perwatakannya pasti tertarik untuk mengetahui siapa empunya gambar tersebut. Sangat solehah dipandangannya. Jika anda berniqab, simpan dan biarkanlah ia menjadi rahsia anda. cukuplah hanya Allah yang mengetahui niatmu. Jika diupload, samalah juga kalian dengan mereka yang tidak berniqab :-)

uruf di Malaysia, jarang melihat muslimah yang berpurdah. Bahkan disangkanya extreme jika berpurdah dan berpakaian serba hitam. Lihatlah, rakyat Malaysia sendiri masih ramai yang tidak memiliki keterbukaan dalam menerima cara berpakaian sunnah dalam Islam. Bahkan ahli keluarga ana sendiri berasa takut melihat muslimah yang serba hitam pakaiannya. Uruf di Malaysia berbeza. Tidak salah jika hendak berpurdah, ikut keadaan tempat. Bimbang mengundang perhatian dan kata-kata orang, maka pilihlah untuk berpakaian purdah dan baju yang berwarna biasa, selain serba hitam. jangan berhias lebih. :-)

Ana biasa bersama dengan mereka yang berpurdah, bahkan turut terinspirasi untuk berpurdah. Tetapi, ada sesuatu perkara yang datang dahulu kewajipannya berbanding keharusan untuk berpurdah.

Tidak salah untuk berpurdah, bahkan ana menggalakkan sahabatku semua untuk berpurdah. sebelum berpurdah, selidiki dan fahami maksud berpurdah sebenar-benarnya. Jika faham, lalu amalkannya. dan pasti tidak berlaku fenomena muslimah berniqab mengundang perhatian arrijal soleh terutamanya di Facebook. Berpurdah sangat solehah, maka solehahkan dirimu, jangan menjadi fitnah buat agama. Sekali lagi ana bertegas, jangan menadi fitnah buat agama.

Ukhti ana pernah berpurdah suatu ketika dahulu, atas kewajipan ibadah kerja sebagai doktor yang sentiasa on time dengan pesakit, maka diputuskan supaya tidak berpurdah. Benar, apabila berpurdah, hati akan tenang dan sentiasa rasa dilindungi. Tetapi, seperti yang ana katakan, kewajipan datang dahulu sebelum keharusan untuk berpurdah.

p/s: Tiada masalah jika berpurdah, tetapi ia mendatangkan masalah apabila yang berpurdah tidak memahami tuntutan berpurdah yang sebenar-benarnya.

No comments: