Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

21 September 2013

Hati tenang

Salam alaik!
Menulis, dan menulis lagi. :-)

Sehingga dalam penulisan thesis juga, ana tertulis “InsyaaAllah” dalam perenggan akhir. Sehingga ditegur oleh lecturer semasa defend. Maaf ana sudah terbiasa.

Hari demi hari di uji. Selagi tidak di uji, selagi itu tidak dinamakan kita beriman. Terinspirasi dengan kata-kata pengisian pagi tadi. Alhamdulillah, diberi kepercayaan buat kali yg ke3 dalam mengendalikan majlis sebagai pengerusi. Jazakumullahukheir di atas kepercayaan ini.

Allah berfirman dalam surah Al-Fajr 26-30. Wahi pemilik jiwa yang tenang, kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang diredhai dan diredhaiNya, maka masuklah ke dalam golongan-golongan hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu. Mudahan husnul khatimah buat diri ini dan sahabat-sahabat sekalian.

Bergelar pelajar tahun 4 di sebuah Universiti Sains Islam (yang tidak ternama pun) hu3, ana mendapat perhatian dan rujukan buat adik-adik yang baru mengenali dunia kampus. Tambahan pula, wajah ana yang seperti keanak-anakan (maybe)… mengundang adik-adik ini untuk bertegur sapa. Mereka sering bertanya itu ini, bagaimana bagai-bagai. Hu3. Setiap hari ada sahaja kenalan baru yang muncul tanpa di duga.

"Kak, nak nombor boleh? Ada masalah kami nak rujuk". Adik-adik diraikan, hakikatnya kakakmu ini tengah bergelumang dengan masalah kajian dan juga masalah jiwa. ^_^ Wahai pemilik hati yang tenang! Ana nak sangat jadi orang yang tenang. Mohon doa memiliki hati yang tenang. Tenang di surau. Dengan surau, ana memiliki ramai teman, ana dikenali, dan ana disantuni. Wallahu a’lam. Mendamba sahabat dan kenalan yang baik, berjumpalah di surau. InsyaaAllah, kehadiran kita di dalam salah satu rumah Allah, pasti dinaungi malaikat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kita. InsyaaAllah.

gambar :-)


Bantahan terhadap surat perintah penangkapan Syekhuna Dr Yusof Al-Qardhawi


Bismillahirrahmanirrahim. Nun wal Qalami wama yasthuroon.

Mudahan tinta ini menjadi saksi sokonganku terhadap syekhuna, Dr Yusof Al-Qardhawi. Bahkan dalam penulisan ini ana turut menyatakan bantahan terhadap kezaliman dan kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam khusunya di negara Mesir. Sengaja ana menggunakan istilah Syekhuna kerana ana ingin membangkitkan rasa izzah dalam diri pembaca terhadap Ulama' ini. Syekhuna Dr Yusof AlQardhawi merupakan ulama' dunia. Beliau seorang ulama' dan rujukan bagi semua umat Islam di dunia. Beliau murabbi kita, syeikh kita, ayuh beramai-ramai menyatakan bantahan terhadap surat perintah penangkapan Syekhuna Dr Yusof Al-Qardhawi oleh Pemerintahan rejim tentera mesir.

Sebelum ana menyatakan hujah atas bantahan ini. Izinkan ana untuk memperbetulkan kefahaman terhadap konflik yang berlaku di mesir. Ilmu-ilmu yang bakal dikongsikan ini adalah catatan yang diperolehi daripada program dan seminar yang di hadiri. Mudahan bermanfaat.

Konflik yang berlaku di mesir sehingga menumpahkan darah rakyat merupakan satu sejarah yang bakal terpahat dan tertulis dilembaran sejarah Islam. Allahu... Status syahid dan syahidah menjadi pertikaian. Bukan kepakaran ana untuk menjelaskannya di sini. Isu demokrasi hangat juga diperbincangkan. Di sini ana berhajat untuk berkongsikan tentang isu demokrasi.

Jika berhujah mengenai bantahan terhadap rejim kerajaan mesir atas dasar demokrasi semata-mata, maka bertaubatlah wahai pejuang Islamku sekalian. Sedarilah bahawa demokrasi adalah wasilah Umat Islam untuk mencapai pemerintahan Islam yang sebenar. Bagi mereka yang berjuang atas nama demokrasi, tajdid niat anda. Berjuanglah atas dasar menegakkan Islam kerana Allah. Bukan berjuang atas mempertahankan hak demokrasi semata-mata. Dikhuatiri mati sia-sia. Allahu... Perumpamaan kita berjuang dalam membantah harga nasi lemak naik contohnya. ^_^ sehingga berlaku pertumpahan darah, adakah di kira syahid?  Wallahua'lam. Allah sebaik-baik penilai. tajdid niat anda.

Ana bimbang perkara demokrasi menjadi perkara utama dalam perjuangan mereka. Begitulah yang berlaku di Malaysia. Mereka yang bukan Islam juga mempertahankan hak demokrasi, berhimpun dijalanan. Adakah kita juga seperti mereka. hanya berdemonstrasi semata-mata mempertahankan hak demokrasi? Wallahu a'lam.

Tanpa demokrasi, Islam akan terbela juga. Ketahuilah, Allah itu sebaik-baik penolong.

Syekhuna Dr Yusof Al-Qardhawi menasihati umat Islam supaya bertindak menghalang tindakan rejim kerajaan mesir bukan dengan cara bersenjata dan saling membunuh. Malahan larangan memperlakukan tindakan yang extreme terhadap rejim kerajaan Mesir dipatuhi oleh rakyat mesir. Mengapa seolah-olah pejuang islam khususnya daripada pihak ikhwanul muslimin berdiam diri? Sahabatku sekalian, nafas Ikhwanul muslimin itu panjang, ditangkap dibunuh diseksa merupakan perkara yang biasa bagi mereka yang beriman. Bermula sejarah pembunuhan IHAB (Imam Hasan Al-Banna), penangkapan syed Al-Qutb dan ramai lagi. Semua itu telah terbukti dari kesan kekuatan imannya sebagai seorang muslim. Jika tidak diuji, tidak dianggap mereka itu pernah beriman. Itulah namanya kekuatan. Mereka berpegang dengan kekuatan Iman. Mereka juga berpegang dengan hadis Rasulullah S.A.W. Mafhumnya," tolonglah saudara kamu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi".

Maksud hadis yang dinyatakan di atas bukanlah memberi pengertian kepada suruhan membantu mereka melakukan kezaliman, tetapi adalah suruhan untuk membantu dalam menghentikn kezaliman yang di lakukannya. Dengan cara apa? Doa dan dakwah. Jika mempunyai kuasa, gunakanlah saluran-saluran diplomatik, demokratik, politik, dan jalinkan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa yang turut bertindak dalam menghentikan kezaliman. InsyaaAllah, Allah itu sabaik-baik penolong.

Adakah Rasulullah S.A.W pernah menyuruh untuk membunuh sesama Islam? Rasulullah S.A.W tidak pernah menyuruh mahupun melarangnya. Terimbau satu hadis. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka? Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.

Niat menjadi ukuran amalan atau perbuatan manusia sehingga orang yang membunuh (tanpa hak) dan terbunuh sekalipun dikira sebagai berdosa jika dia juga mempunyai niat untuk membunuh lawannya. Niat itu penting wahai sahabatku, wahai pejuang Islam khususnya. Niat....

Ana kesal dengan cara didikan yang dilakukan dalam latihan ketenteraan. Usahlah berbicara negara mana. negara kita kah? Wallahu a'lam. Menurut apa yang didengar, maaf jika salah. Mereka dididik secara keras untuk membuang rasa belas kasihan terhadap lawannya. Lebih kurang maksudnya, kalau nak bunuh lawan nanti tidaklah takut-takut. Naudzubillah. Tajdid niat, Asadullah itu adalah mereka yang mempertahankan Islam bukannya membunuh lawan tanpa rasa belas kasihan dan kejam. Sepertimana kita lihat tentera pada waktu ini. Apa yang telah dilakukan terhadap anak kecil? terhadap warga tua? terhadap mereka yang tidak mengerti apa-apa? Ya Allah jauhilah kami daripada tersasar daripada niat yang sebenar. Kembalilah kami kepada tarbiyah dan acuan Islam yang sebenar.

Panjangnya hujah. Hajatnya untuk menulis mengenai bantahan ana terhadap perintah penangkapan Syekhuna Dr Yusof Al-Qardhawi. Ana amat berharap dengan penulisan ini mampu menyedarkan hati-hati pembaca agar turut berusaha dalam rangka berdoa dan berdakwah kepada mereka yang melakukan kekejaman dan kezaliman.Ana turut bersama membantah penangkapan Syekhuna Dr Yusof Al-Qardharwi. Bukan sahaja bantahan terhadap penangkapan ini, bahkan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam di dunia ini. Islam itu harus dipertegakkan dan diselamatkan daripada tangan-tangan yang kotor. Allahu Ma'ie...

::Asadullah itu mereka yang mempertahankan Islam kerana Allah::

tinta daripada pena_hidayah, 16 zulkaedah 1434H.

16 September 2013

Ummati... ummmati... Bukan kata akhir dari nabi.

Bismillahirrahmanirrahim.
Berhajat untuk menulis sedikit. rindu untuk menulis :-) Mudahan Allah redha.

Terkesima, apabila mendengar sebuah talk berkenaan dengan syiah. Selama ini, ana percaya kalimah ummati-ummati adalah perkataan terakhir daripada Rasulullah sebelum wafatnya. Hakikatnya, lafaz terakhir daripada Rasulullah S.A.W  ialah "Allahumma Rafiqul A'laa'" bermaksud kembalilah aku kepada teman yang Maha tinggi.

Benar, lafaz ummati, ummati itu adalah kata-kata daripada Rasulullah S.A.W kepada Fatimah, tetapi bukan lafaz akhir. Ini adalah ciptaan Syiah yang ingin menghapuskan segala hadis yang ada kaitannya dengan Aisyah. Bukankah saat terakhir Rasulullah di pangku Aisyah?

wallahua'lam, ayuh kita usaha lagi mempelajari sanad hadis. purely and directly from Rasulullah S.A.W.

13 September 2013

الحب يسود Malay lirik~Untukmu Syria dan Mesir

Salam alaik! Ana ingin kongsikan satu lagu ini, sudah lama dikumandangkan di ladtop, baru berhajat untuk mencari maksud liriknya. Maaf jika ada kesilapan. Berkongsi lirik, supaya lebih mudah memahaminya. Ana bukan pencipta lirik ini. Jadi sukar untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik lagu ini. Terimalah dan hayatilah. :-)



الحب يسود ~ Cinta pasti akan menang
MAHER ZAIN

لا .. tidak
ما عاد يرعبني Tidak ada ketakutan dalam hati ini
 ظلم يهددني Kezaliman mengancamku
 لا شيء أخسره Tiada apa-apa yang akan hilang
لا .. مهما يطول الدرب Tidak kira berapa lama jalan untuk ditempuh
 فالحق معه الرب Hakikatnya ALLAH ada bersamanya
لاشك ينصره Tiada keraguan atas kemenangannya

 عزمي غدا Keazaman ku pada hari esok
كالخيل يمضي Seperti kuda yang berlari pergi
 و لئن عثرت قدماي Walaupun kaki ku terjatuh
ستزيد قواي akan bertambah lagi kekuatanku
 و سنمضي .. Dan akan pergi (tidak akan mengalah)
 من دون قيود Dengan tanpa halangan
 الحب يسود Cinta itu akan menang

 فالله الودود Allah itu sebaik peneman
حتما سنعود Kami pasti akan kembali
حتما سنعود و الحب يسود Kami pasti akan kembali dan Cinta akan menang

 طفل يسائلنا Kanak-kanak menyoal pada kami
من ذا يقتّلنا؟ Siapa yang membunuh kami?
ما ذنبنا اطفال؟ Apa dosa kami yang masih kecil?

يتم .. dialah
يتم أحاطنا Dialah yang mengepung kami
قهر يقيدنا Dialah menakluki kami
فكوا لنا الأغلال Dan kami keluar dari dibelenggu

الله أكرمني Allah muliakan kami
لما سمت حريتي Berikanlah kami kemerdekaan
سأصون كرامتي Akanku perolehi kemuliaan ini
ما بقت دنياي Tiada yg kekal di dunia ini
لا خوف يحدوني Jangan takut jika dihalang
فالله أسمى غايتي Allah itu tujuanku
سأعيش لجنتي Akanku berada di syurga nanti
ذاك أقصى مناي (x tahu) ^_^

 يا ربنا Wahai tuhan kami
ارحم ضعفنا Kasihanilah kami yang susah ini
يا ربي انصرنا Wahai tuhanku berilah kemenangan kepada kami
كي نمضي .. Supaya kami dapat pergi dari penderitaan ini

11 September 2013

5M jalan menuju TAQWA

Bismillahirrahmanirrahim.

Awan kelihatan mendung di luar raudhatul Mahabbah. Alhamdulillah, Allah izin untuk ana mencoretkan sesuatu di lapangan blog ini. Semalam sungguh indah bersama sahibah-sahibah Raudhatul Mahabbah. Kami ahli rumah semuanya berkumpul bersama. Berhajat untuk meeting rumah. Dalam meeting rumah, kami tidak banyak membincangkan tentang rumah, tetapi lebih kepada halaqah rumah. Pengisian yang sungguh banyak. Allah2, sungguh banyak. Meniti kata-kata indah daripada bicara kami semua, mudahan bermanfaat. Kami bidadari Raudhatul Mahabbah. :-) Sungguh banyak yang dikongsikan. Hidup di dalam perjuangan, mencapai satu matlamat. Allah kami dahulukan.

Daripada Dr Abdullah Naseh ulwan dalam penerangan Jalan menuju taqwa. 5M.
Muahadah, muraqabah, muhasabah, muaqabah, mujahadah.

MUAHADAH: Sebelum lahir ke dunia, dulu kita pernah berjanji dengan Allah untuk beribadah kepadaNya. Kita juga telah melafazkan ikrar "laila haillallah". Maka, tepatilah janjimu itu. Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung dan penolong. "Hasbiyallahu wanikmal wakil, nikmal mawla wanikmannasir".

MURAQABAH: Kita rasa dekat dengan Allah. Allah sebagai pengawas dalam kehidupan. Berasa ihsan dalam beribadat.
أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

MUHASABAH: Menilai diri dalam semua aspek perkara yang dilakukan. Muhasabah dalam setiap amalan yang dilakukan. Sebelum tidur, sentuh hati dengan satu persoalan. Sudah banyak amalan yang dilakukan, tetapi sebanyak mana yang diterima oleh Allah?

MUAQABAH: Menghukum/mendenda diri sendiri dengan kebaikan. Jika terdapat kesalahan dalam diri, hukum diri dengan melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat dan berunsur kebaikan. seperti contoh zikir 100 kali ke... Ana ingin kongsikan satu cerita mengenai seorang hamba Allah yang bernama Abu Talhah. Ketika dalam solatnya, Abu Talhah terlalai seketika melihat kecantikan dan keunikan burung Jambul sehingga terlupa rakaat dalam solatnya Sebagai hukuman denda terhadap dirinya, Abu Talhah menderma kebunnya untuk menebus kesalahannya yang terlalai seketika dalam solat menghadap Allah. Kita? Bagaimana? solat selalu tidak khusyu', nak bagi kebun? kebun pun tidak mampu dimiliki. mujurlah ada sujud sahawi... :-) Indahnya peribadai Abu Talhah :-)

Dan Akhir sekali, MUJAHADAH: Melawan hawa nafsu. Bertahan dan berusaha membentengi diri daripada maksiat dan nafsu. Jika kita kuat, Allah akan menganugerahkan lagi satu kekuatan. InsyaaAllah.

Begitulah 5 jalan menuju taqwa. 5 M. ^_^

......................................

Tiba-tiba, teringat kepada adik perempuan ana. Mak dah telefon semalam. riuh bunyinya menjawab panggilan. :-) Bagaimana keadaannya? Sihatkah dia? bersediakah dia dalam menempuhi PMR? ana dikejutkan dengan panggilan telefon daripadanya sebentar tadi. Adik bertanya, kak dayah balik atau tidak sabtu dan ahad ni? Kenapa? soal ana lagi. Adik menjawab, nak suruh kak dayah ajar sains dan maths. InsyaaAllah k.dayah balik. Ana merindui suasana rumah. hajatnya pulang pada minggu ini. Tidak terbendung lagi rindu untuk berasa nikmat di rumah. Tidak terbeban dengan memikirkan masalah ummat setiap hari. Ana mahu menjadi diri sendiri.

Dalam hari yang sama juga, ana berjaya menamatkan tanggungjawab sebagai exco rakan masjid di Universiti. Hari ini, organisasi dibubarkan. Ana sangat berhajat mereka mendapat manfaat dengan kehadiran ana di dalam persatuan itu. mudahan, setiap ingatan, teguran, nasihat, adalah ilmu buat mereka. Penganjuran program yang dikendalikan ana, mudahan membawa manfaat besar dalam diri mereka.

Dalam masa yang sama juga, ana mendapat hadiah yang sangat besar dalam hidup ini. Peluang untuk mendalami ilmu Alquran telah dipermudahkan oleh Allah. InsyaaAllah ana akan istiqamah dan tidak mensia-siakan masa yang ada. Bukan mudah ana dapat mencari guru yang memiliki sanad alquran. Alhamdulillah Allah mendengar jua. Walaupun semester ini, ana banyak sekali dibebani dengan thesis dan subjek-subjek mathematics yang merungsingkan, ia tidak sekali menjatuhkan semangat ana dalam melakukan dakwah dan mengejar ilmu Allah. Ana akui, ilmu mathematics juga ilmu Allah, tetapi pendekatan ilmu tersebut tidak mententeramkan hati dan sentiasa mengelirukan hati ini. Jika Allah memberi peluang untuk ana menyambung impian ana dilapangan ilmu Alquran dan hadis, ana akan buat dengan terbaik. InsyaaAllah.

tambahan pula, disepanjang minggu ini, universiti sungguh banyak dengan pengajian ilmu :-) mudahan dengan mengikuti pengajian-pengajian ini, hati ana semakin tenang. Aamiin ya Allah.

Air mata hati menitis
tiada siapa tahu
rasa tersusuk
dek sembilu yang menyakitkan
kerana aku rasa jauh dengan rabbku Allahu samad
kerana aku rindu bertemu kekasihku Nabi Muhammad

Rasa dekat dengan kematian
mudahan tersisa hidup yang bermanfaat
jauh dari kelalaian
dan
Naudzubillah
jatuh ke lembah maksiat.

Allahu ma'ie...

"Katakanlah; Apakah (kamu ingin) kami khabarkan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya". Al-Kahf 103-104

08 September 2013

Bakti perlu diteruskan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Nun Wal Qalami wama yasturoon.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi izin dan inayahNya kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, hambaMu ini berasa sangat sedih. Menghitung hari demi hari, masihkah tersisa hidup ini agar aku diberi peluang untuk memanfaatkan hidup yang berbaki ini dengan beribadat kepadaMu.

satu kesedihan apabila terpaksa meninggalkan rumah tercinta dan keluarga tercinta. Demi sebuah tuntutan mempelajari ilmu, ana gagahkan diri ini untuk melangkah pergi jua. Dalam masa yang sama, ana dahagakan ilmuMu. Permudahkan hambaMu ini.

Indah memang indah, bersama sahabat demi tuntutan berukhuwah dan dakwah, menjalani kehidupan dengan mahabbah. Tetapi, tidak sama.

Kerinduan dititipkan kepada mak, abah, adik, kakak, atuk, nenek, m.cik dan p.cik.

Walaupun setinggi mana kau pelajari ilmu, sejauh mana kau menadah ilmu, perlu ingat bakti kepada mereka perlu diteruskan.

Dunia itu dunia, akhirat yang di cari buat bekalan. Jangan dilupa orang tua. mereka tidak mahu kekayaan, tetapi mereka mahu kebahagiaan.

Hajat untuk melakukan sesuatu yang boleh membawa seluruh hli keluargaku ke syurga. Mudahan diperkenankan segala hajat. Mohon doa dari pembaca. :-)

p/s: beginilah coretan di kampus, kekurangan idea dan kata-kata. Tiada ketenangan surau dan kata-kata semangat dari keluarga. Mohon hati ini tabah dalam menghadapi segala ketentuan. Aamiin.

04 September 2013

SUDOKU

Assalamualaikum w.b.r.t.h.

Jalan-jalan membaca blog sahabat-sahabat. Ya Allah, tingginya penguasaan ilmunya. Terlintas di minda, samada dia copy and paste atau hasil nukilannya sendiri. Ternyata, itu tulisannya. Ana kagum. Menangisi kelemahan diri. Ilmu sedikit ini tidak tahu ingin menulis apa. Sumber dan hujahnya, seolah-oleh digarap daripada sebuah buku. kebanyakannya buku ilmiah dan dakwah. Rupanya, penulis itu sendiri memiliki kelulusan agama. sedangkan ana, hanya memiliki buku agama dan minda yang ketandusan guru untuk memahaminya.

Mujurlah, ada soduku pengubat hati. Selesai menyempurnakan kotak kosong dengan nombor, seolah-olah masalah yang terbuku di dada, hilang... Alhamdulillah ana berjaya menyelesaikan jawapannya. Dalam kesibukan orang lain menulis tentang cinta dan jodoh, ana ingin kongsikan kelebihan soduku. :-)

Soduku berasal dari negara jepun. Dahulunya dikenali Suji wa dukoshin Ni Kigaru. Di pendekkan menjadi SUDOKU.

Sudoku atau maksudnya angka tunggal menjadi kayu pengukur kecerdasan seseorang. Sudoku terdiri daripada 5 peringkat. Very easy, easy, medium, hard, and very hard. Semakin cepat seseorang itu menyelesaikan kotak nombor, semakin cerdas otak seseorang itu. InsyaaAllah.

Bahagian kotak yang perlu di isi hanyalah menggunakan nombor tunggal 1-9. Jika sudah menggunakan angka tersebut, pastikan tidak mengulanginya.

Sudoku merangsang sel-sel otak untuk bekerja. Terutamanya otak di sebelah kiri. Belajar nanti cepat dapat, cepat tangkap :-) Tambahan pula, soduku mengajar pemainnya untuk berfikir dengan logik dan kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Sudoku ini amat diminati oleh mereka yang berfikiran logik. Jika mempunyai ahli keluarga atau anak-anak yang lemah dalam matematik atau daya berfikir, maka berikanlah mereka soduku untuk bermain.

Ana sering mendengar bagi Ibu yang hamil yang inginkan anaknya cerdas dan pintar, digalakkan untuk melakukan game soduku. InsyaaAllah akan merangsang pertumbuhan sel otak anak-anak dalam kandungan. Jangan terlalu dimodenkan dengan barat sahaja, bacaan Alquran dan pembacaan ilmiah daripada kitab-kitab ulama' muktabar juga perlu diamalkan oleh ibu yang mengandung. Itu jangan dilupakan.

bercakap mengenai logik. Mengaji bidang agama, tidak semuanya kita akan bermain dengan logik. Pembuktian semuanya berdasarkan dalil daripada Alquran dan Hadis. Ada sesetengah perkara tidak boleh bermain dengan logik. seperti contoh alam ghaib dan hari Kiamat.

Jika berhujah mengenai ketuhanan, golongan atheis seringkali menggunakan logik untuk menolak agama Islam. Maka wujudlah pemikir-pemikir Islam yang berdakwah menggunakan logik akal untuk melawan hujah golongan itu. Dalil Aqal. Kreatifnya pendakwah Islam. Mudahan ana mencontohi mereka. :-)

Perlu berhati-hati, jangan meletakan logik adalah dalil nombor satu dalam hujah anda, kerana dalil yang utama itu adalah Alquran dan Assunnah. Islam membenarkan penggunaan logik untuk melawan hujah, bukan untuk dijadikan sumber hujah. Banyak perkara yang tidak dapat dirungkaikan dengan hanya bermain dengan logik. Jika Islam ini datang dengan Logik, tiada guna lagi sandaran kita terhadap Al-Quran dan Assunnah.

Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menekankan bahawa apabila ditemui seseorang yang lazim membahas tentang apa-apa isu agama berdasarkan logik, maka janganlah ikut berbahas dengannya. Para tokoh al-Salaf al-Shalih telah berpesan agar tidak duduk berbahas dengan orang yang bermain logik. Ini kerana kebenaran tidak akan tercapai melainkan oleh siapa yang paling bijak bermain logik. Padahal agama yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bukanlah berdasarkan logik, tetapi berdasarkan “Firman Allah” dan “Sabda Rasulullah.”

p/s: setinggi-tinggi ilmumu menggunakan logik akal, segeralah kembali kepada Allah.

" تركت فيكم شيئين لن تضلوا بعدهما ابدا كتاب الله وسنتي"

03 September 2013

Kajian Tahun Akhir

Salam alaik! Nun wal qalami wama Yasthuroon.

Hajat hati tidak mahu menulis. Mengenangkan ada masih berbaki 5 hari lagi untuk sesi kuliah ana berasa sangat lapang. Buat pembaca sekalian, ana rasa ingin kongsikan mengenai tajuk kajian ana. Tajuk kajian thesis tahun akhir di bumi Usim :-)

Petang tadi sempat bersembang mesra dengan seorang sahabat ex maahad di ruangan chat Line. Apabila ana menyebut supervisor dan thesis. Dia bertanya "Apa tu Dayah?". hu3. Ana pun menjawab "La, itu pun tak tahu, thesis itu kajian ilmiah dan supervisor itu adalah lecturer yang diamanahkan untuk menjadi penasihat dan penilaian thesis ini.". Sahabat ana pun menambah "ye la, kita kan tak masuk U, duk kat madrasah je."
ana ketawa. "hu3, tak masuk U pun dah mengajar anak orang pun. Ustazah arab lagi." :-)

Berbalik kepada tajuk kajian ana. InsyaaAllah, ana cuba simple kan tajuk, untuk lebih mudah kalian faham.

"The Islamic calendar effect and Analysis of Investor behaviour 'speculation' in FTSE Bursa Malaysia."
Begitulah bunyinya. Ana tak secemerlang mana untuk memilih tajuk-tajuk yang gah dan susah. Ana fokus kepada tajuk yang ana rasakan dapat memberikan sumbangan kepada Islam khususnya.

Ana nak lihat kesan pengaruh bulan-bulan Islam terhadap saham Islam di Malaysia. Untuk memudahkan pembaca faham, ana akan kaji samada dengan kehadiran bulan Islam seperti bulan Ramadhan memberi kesan positive atau negative dalam pelaburan Islam. Mana tahu, Ramadhan kan bulan mulia. Berkat bulan mulia, hasil kajian ana positive. Kalau sebaliknya, ana akan kemukan hujah untuk menyokong hasil keputusan. Di samping itu, ana akan menambah satu kajian tentang gelagat pelabur di bulan Ramadhan dan Syawal. Jika ia memberi kesan positive, adakah ia juga mendorong kepada pengurangan aktiviti spekulasi?
Spekulasi merupakan aktiviti mengaut keuntungan dengan cepat dan mudah sehingga mendorong kepada pelaburan yang berisiko tinggi. Spekulasi di larang dalam Islam kerana aktivitinya seakan sama dengan mencuba nasib. Dalam erti kata yang lain gambling, perjudian.

InsyaaAllah untuk membawa kepada hasil keputusan terhadap hipotesis yang ana telah lakukan, 3 kaedah methodologi kajian yang akan di gunakan. Jika menyebut mengenai methodologi kajian, kursus ana berbeza dengan kursus pure science. Ana Science Maths. Jadi methode tertumpu pada model mathematics. Jujur ana katakan, model lebih susah daripada formula. penerangan model simple, tetapi dalam model ada formula. Formula panjang berjela. Ana sering jatuh dengan  subjek yang bermodel2 ni. Mudahan sahabat yang membacanya dapat mendoakan ana.

Ana akan gunakan kaedah Dummy Regression, Ujian Jarque-bera, dan Ujian Arch. Ana tidak mampu menjelaskan ketiga-tiga methode kajian ini kerana ana sendiri malu untuk memberitahu. Khuatiri salah dan sesat :-) Bukan kepakaran untuk membincangkannya di sini.

Mungkin setakat ini sahaja ana dapat merumuskan tentang kajian yang ana bakal lakukan. Mohon doa daripada pembaca sekalian. Tidak mengapa jika tidak dapat A, tidak cemerlang, mudahan usaha ini Allah nilai. Sedikit pun tak mengapa ya Allah.

hatiku membisikkan yang pasti, nafsu membisikkan yang tidak pasti, tetapi iman membisikkan yang benar-benar pasti. Mudahan kita tergolong dalam mereka yang punyai iman, akhlak, dan peribadi muslim yang tinggi. InsyaaAllah. Aamiin.

01 September 2013

Jangan rosakkan hati.

Bismillahirrahmanirrahim.
Nun wal qalami wama yasthuroon.

Salam alaik! Ya Allah, terima kasih mengizinkan aku untuk bernafas lagi di muka bumi Allah ini. persoalan sering timbul dibenak fikiranku. bilakah Engkau ingin mengambil nyawaku ya Allah. seolah-olah aku sudah cukup bersiap untuk menghadapMu. Tetapi aku sendiri malu untuk meminta kepadaMu, supaya mengizinkan aku untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang berbaki  ini untuk beribadah kepadaMu dan berbakti kepada AgamaMu. Izinkan aku menebus segala dosa yang telah dilakukan. Sungguh aku takut hukuman dan ancamanMu kepada sesiapa yang telah melanggar suruhanMu.

Setiap kali memikirkan keampunanMu yang melangit luas, aku tidak jemu meminta taubat kepadaMu.

Ketika ini, tengah menyiapkan men'staple' set soalan PMR. beribu2 helai. Amanah ini disandarkan oleh p.cik kepada diri ini. Mudahan dapat di siapkan hari ini juga. Lelah menyiapkannya. 3 kali menerima tugas ini, ana berasa sangat lelah. Pernah 2 kali membuat set soalan PMR, cukup 2 kali, kini hanya mengambil tugas men'staple' set soalan sahaja.

Ini tulisan terakhir di kediaman tercinta. Esok ana bakal bertolak ke campus dan meneruskan sesi pembelajaran. Sungguh ana berasa sayu untuk meninggalkan rumah yang penuh dengan kegembiraan. Orang beriman itu diuji dengan nikmat berkeluarga. Ana sayu meninggalkan mak abah, ana sayu meninggalkan atuk, ana sayu meninggalkan surau. sepanjang 2 bulan berada di rumah, banyak sungguh cerita indah dan bahagia dinukilkan. 2 bulan yang mulia menjadi kenangan yang terindah dalam kamus hidup ini. Terima kasih Allah mengizinkan aku melalui dua bulan ini di rumahku syurgaku.

Sewajarnya 2 bulan ini ana perlu manfaatkannya untuk bekerja. Tetapi rezeki bukan di pihak ana. Guru tadika Pasti dan sekolah agama sudah pun terisi. Itu tandanya Allah memberi peluang kepada ana untuk fokus kepada ibadah di bulan yang mulia =)

Kebetulan pula kehadiran 2orang adik tahfiz menumpang di surau keluarga dan atuk yang berhajat untuk tinggal di rumah tuanya di bulan puasa, memerlukan tenaga ana untuk membantu mak yang keseorangan dalam melaksanakan tugas sebgai suri rumah. Surau mesti dibersihkan, atuk perlu ada teman. Makan sahur dan berbuka, juga perlu disediakan. Bak kata mak, di bulan puasa semakin kerap ke dapur. hu3. Air tangan mak tidak dapat ditandingi. :-)

Kalau ada majlis dan kenduri, lagilah sibuk. kelam kabut membersihkan surau, pinggan mangkuk dan sebagainya. Berbeza, kalau ada tetamu dengan tiada tetamu. Pergerakkan dan percakapan pun terbatas. walaupun mereka adik-adik belaka, jika yang tidak kenal itu lelaki, payah sikit untuk menunjukkan muka. Tambahan pula adik lelaki ana sering menegur ana. Yang datang tu lelaki, seganlah sikit kak dayah. ana iyakan sahaja. :-)

Sungguh sayu nak tinggalkan mak abah. Mak abah adalah sahabat yang terbaik di dunia. Adik-adik dan kakak-kakak yang banyak meraikan kehadiran ini, ana pasti akan merindui kalian. Saudara mara umpama adik-adik kandung yang menceriakan hati ini. Atuk pula, ana sayu dan berat nak tinggalkan atuk. sebab atuk dah hilang teman untuk berbicara tentang politik, tiada teman nak tengok astro tengah-tengah malam, tiada teman untuk mengulas tentang buku. dan ana bimbang jika atuk jatuh dan pengsan di rumahnya bagaimana? ketika itu tiada siapa yang ada. Allah. atuk berulangkali menyuruh ana untuk berjumpa dengannya sebelum nak balik, datang tengok atuk dulu. Rupanya, atuk nak bagi duit untuk belikan dia buku. Atuk kata tak cukup lagi ilmu, banyak nak kena baca. :-) Buku atuk, buku dayah juga :-)

Allah... dah macam karangan diari pula. Tujuan ana menulis bukanlah nak menceritakan semuanya yang telah ditulis di atas. Idea datang tanpa di duga. maka ana biarkan untuk terus mengalir.

..........................

Tajuk utama entry, jangan rosakkan hati. Ana ingin menegur kepada pembaca, jika ada masalah hati dengan pembacaan ini, ana nasihatkan berhenti untuk membacanya. Ana bimbang dengan penulisan ini, mampu melalaikan hati. Niat ana menulis untuk dijadikan bahan rujukan buat adik-adik muslimah khususnya. Mereka dahagakan ilmu, melalui karya ini ana berhajat untuk berkongsi dengan mereka.

mengapa tidak private? jika di private, bukanlah namanya ilmu. Ilmu itu terbuka buat mereka yang ingin mengambilnya dan mengamalkannya. situasi di zaman ini, anak-anak muda lebih terbuka dengan penyampaian yang bercorak pegalaman. Mereka suka meniru dan mencuba apa yang difikirkan baik untuk dilakukan. Berbanding daripada corakan ibu bapa itu sendiri. Satu kelemahan, mereka suka meniru dan mencuba kebaikan orang lain, tetapi tidak suka kepada siapa yang ditirunya itu mengetahui. Tidak mengapa, ana cuba untuk meraikan kelemahan itu, dan berfikiran positive. InsyaaAllah.

Jadi, ana tegaskan. Berhenti jika penulisan ini melalaikan. Dan teruskan jika ia memberi manfaat. Orang yang berilmu dan mempelajari hakikat penyakit hati itu sendiri yang tahu. Maka, berfikirlah dengan mata ilmu dan mata hati.

suasana di rumah banyak memberi ilham untuk menulis. Apabila pulang ke campus, desakan aktiviti dan akademik mengehadkan idea untuk menulis. Mohon maaf jika kualiti penulisan selepas ini merosot.

ana masih berbaki 1 semester di bumi Usim. Kecemerlangan tidaklah diimpikan setinggi langit, jika ia bakal dianugerahkan oleh Allah, ana bersyukur sangat. Cukuplah Allah mengizinkan ana untuk menghabiskannya. Mohon doa untuk menghabiskannya.

Ana berasa letih untuk menunggu saat yang dinantikan iaitu mengaji ilmu diniyah. 5 tahun, sudah cukup ternanti-nanti. Teringat, satu saat pernah ana bertanya kepada mak. Kalau dayah nak berhenti belajar, sambung ambil agama boleh? mak tidak mengizinkan.kerana mak tidak mempunyai duit. mak menasihati, peluang untuk ambil akademik hanya sekali. Asas agama sudah ditanamkan sejak kecil lagi, selepas memiliki ijazah dan dayah punyai duit sendiri, dayah berhak untuk mengaji berapa banyak ilmu sekalipun, mak tidak melarang.

Ya Allah, betapa kerdilnya diri ini. mak sungguh hebat rancangannya. mengatur kehidupan anak-anaknya begitu cemerlang sekali. InsyaaAllah, selepas berjaya menghabiskan degree, dayah akan bantu adik untuk mengaji ilmu Allah. Alhamdulillah, semua ahli keluarga memberi sokongan. Ana akan berusaha membantu diri sendiri dan adik-adik ana. Mohon doanya buat semua ahli keluarga ana :-)