Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

28 December 2014

Tidak mampu, buat tidak mampu. :-)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Allah izin untuk mencoretkan sesuatu pada hari ini.

Menjadi pelajar di usia tua dan bekerjaya ini adalah sangat berbeza.
Dahulu komitmen belajar sepenuh masa, persatuan dan jemaah dikatakan hanya kerjaya sambilan.
Sekarang, berkejar ke sana ke sini, menyempurnakan tugasan belajar, kelas yang jauh, kerjaya tetap, menguruskan aktiviti bersama masyarakat. Allahu, disebabkan itu usiaku ini dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak dibaziri dengan cinta monyet semata. Kasihan ku memikirkan masalah anak-anak remaja yang di baziri dengan cinta monyet dan cinta dalam kepura-puraan. Diri ini sudah tidak tahu, kata-kata apa yang boleh menegur perbuatan mereka itu, agar teguran itu dapat diambil dan tidak ada yang berasa hati.

Puncanya adalah kebebasan dalam perhubungan di media massa. Dahulu, usiaku terdedah juga dengan internet, handphone, ym, friendster, myspace, semua ada. Tetapi semua itu dibatasi dengan iman. Alhamdulillah, Allah beri kesedaran untuk tidak terjebak dengan budaya couple ini sejak usiaku di bangku sekolah rendah lagi. Walaupun ada niat lain yang cuba untuk mengajak ke arah bercouple, hati ini takut. kenapa? takut diketahui mak abah. Syukur alhamdulillah, sejak usia dari tadika, sekolah rendah, menengah, mahupun di universiti, aku sekalipun tidak membenarkan ruang couple itu bersemak di hati dan di fikiran. Tambahan pula bermesej dan chat tanpa tujuan, tidak pernah sekali. Jujur istilah takutkan Allah ketika itu tiada lagi, yang ada hanyalah takut mak abah tahu. Kesedaran takutkan Allah bermula usiaku di bangku maahad. Buku-buku yang ku baca amat menarik perhatianku untuk tidak bermaksiat kepadaNya. Sejak itulah kebencian kepada couple kerana takut kepada Allah mula bertakhta di hati dan di fikiran.

Ada sesetengah perkara perlu berbicara direct kepada lelaki. Niat kerana Allah, agar tidak mempengaruhi hati dan suka kepadanya. Seperti contoh menjelaskan keadaan sebenar dan meleraikan permusuhan. Perkara seperti ini pernah terjadi kepada diri ini, sehinggakan aku sendiri menjadi bahan bual dan benci mereka. Ketika itu yang kupegang hanyalah kebergantungan kepada Allah. Tidak mengapa dibenci, asalkan aku telah laksanakan apa yang menjadi kewajipan.

Sehingga kini alhamdulillah Allah jaga, mungkin perwatakan mati segan (tegas dan tiada segan) dan wajah keanakan punca tiada yang berani dan tiada yang sudi. Sungguh aku bersyukur kepadaNya kerana melindungi diri ini. Ke mana pun aku pergi tiada siapa yang akan mempersoalkan, kerana yakin ataupun tidak ambil peduli? wallahu a'lam.

Amat sukar untuk berjumpa dengan mereka yang tidak pernah bercouple. Hanya mampu tersenyum kelat apabila ku juga mempunyai kawan yang bercouple. Mungkin mereka tidak tahu atau susah melepaskan. wallahua'lam.

Kudoakan kepada siapa yang tersentuh dengan tulisan ini, janganlah cuba untuk mempermainkan perasaan perempuan, kerana ku sedih dengan sahabatku dan adik-adikku. Perempuan kalau sudah meletakkan kepercayaan, dia akan percaya sepenuhnya. Jika kepercayaannya dikhianati, bermacamlah adegan dan kesudahannya yang tidak baik berlaku. Perempuan juga sama, jangan terus meletakkan kepercayaan, sehingga Allah dah tetapkan itulah jodoh kita. Perempuan keraskan hati, jangan mudah terbuai, jangan mudah tersentuh. Itu semua panahan syaitan.

Menghadiri kelas diploma pengajian Islam, seringkali mendengar cerita pak ustaz tentang perkahwinan. Topik yang pernah dibicarakan adalah berpoligami. Susah untuk meminta satu lagi, tetapi mudah meminta maaf. Allahu, apakah itu ustaz? tanyaku lagi. Menurutnya, suami zaman sekarang susah untuk meminta isteri membenarkannya untuk kahwin lagi. Tetapi amat mudah mengambil keputusan berkahwin tanpa kebenaran dan selepas itu meminta maaf kepada isterinya. Mudah bukan? mudah minta maaf daripada minta kahwin satu. Rumus ustaz. Kata-kata ustaz berakhir dengan ketawa. Aku hanya mengangkat kening, dan menyuarakan pendapat kepada ustaz. Ustaz jangan macam tu, kasihan isteri ustaz. Kepercayaan perempuan sekali dikhianati, sakit bukan kepalang. Naudzubillahi minzalik. Ustaz terdiam, lalu meyambung ayatnya. Ustaz pun takut dengan isteri, ni cakap untuk bual-bual kosong hilang mengantuk.

Bisikku dalam hati, lelaki mana tiada rasa untuk berkahwin lagi? jika tidak mampu untuk minta kahwin satu lagi, sudah tentu tidak mampu berlaku adil. Silaplah kalau diri ini di minta untuk menjadi yang keduanya. Satu kampung mak saya akan kejar membawa batang penyapu. :-)

Begitulah coretanku, panjang dengan penuh pengalaman. Perjalanan mencari yang hakiki itu belum dijumpai kesudahannya. Teruskan mencari sehingga berjumpa. Nekad dengan pencarian ini. Mudahan Allah permudahkan.

Misiku membina madrasah impian dengan kudratku. Allah tujuanku. Doakan. :-)

22 December 2014

MengejarMu Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahu Allah... Nikmat mengejarMu Allah, tidak terasa penatnya, bahkan semakin bertambah untuk berkorban apa jua demiMu semata.

Alhamdulillah,  sepanjang memiliki title "tullabil ilmi" banyak sungguh kenangan manis ingin diungkapkan. Dengan keluarga sudah dikongsikan, kini tiba masanya buat semua pembaca.

Keputusan untuk menyambung pengajian agama sudah pun tersemat di hati sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi hasrat perlu ditangguh, hanya semata untuk memperolehi segulung ijazah akademik buat mak dan abah. Keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Usim adalah pilihan kerana Allah. Begitu juga keputusan untuk menyambung pengajian agama adalah pilihan kerana Allah.

Sekali lagi diri ini di uji, samada memilih kerjaya sebagai ahli kewangan/analisis atau pendidik.
Pilihan ini telah membuka mata yang memerhati, antaranya keluargaku. Sekali lagi, istikharah membawa hati ini untuk mudah ke arah mendidik. Alhamdulillah Allah memudahkan jalanku untuk mendidik. Berbagai tanggapan negatif yang kuperolehi, Antaranya, mereka kata tiada masa hadapan yang cerah, gaji cukup ke? pinjaman belajar nak bayar macam mana?  Wallahu'alam. Kehadiran mak, tidak mematahkan semangatku. mak adalah penguatku, dialah yang meredhai segala yang ku lakukan. Dia tahu gaji sebagai seorang pendidik di sebuah madrasah tidaklah banyak, Tetapi perlu yakin yang rezeki itu adalah pemberian Allah. lambat atau cepat sahaja. maka bersabarlah.

Hajat doanya daripada kalian semua. Peringkat menjadi pendidik sedikit sebanyak mengajar diri ini untuk lebih mencintai kehidupan dengan lebih bermakna. Sekarang tengah mendalami ilmu pengajian Islam di salah sebuah kolej swasta dan juga mengikuti pengajian kitab di pondok berdekatan dengan rumah. Tenangnya, perolehi ilmu daripada mereka yang berilmu dan memiliki adab yang tinggi. Persiapan untuk menjadi pendidik, perlulah ada sokongan ilmu yang kuat, agar tiada fitnah dikemudian hari. Tauliah mengajar Al-quran sudah perolehi, mudahan madrasah Al-Quran dapat dimajukan selepas ini. Hajat doa kalian.

Sesungguhnya yang kulakukan semua ini bukanlah untuk menjadi saingan kepada yang lainnya, bukan juga untuk menunjuk-nunjuk. Diri ini, hanya ingin menggunakan dan menyalurkan kudrat yang ada untuk Islam. Adakalanya, coretan ini sekadar ilmu, pengajaran dan wasilah untuk kuperolehi doa daripada kalian.

Madrasah impian, semoga menjadi Asbab ketenanganku di sana. Aamiin.
Tidak sia-sia menyebarkan ilmu yang bermanfaat, kerana ia akan mengalir walaupun kita sudah pergi meninggalkan dunia.

Soal jodoh di usiaku kini, satu sahaja yang kuharapkan, mudahan Allah izinkan yang terpuji akhlak dan adabnya, serta turut mempunyai niat yang baik seperti hajatku. Terinspirasi untuk menjadi si solehah seperti isteri tuan guru. Setianya dalam gerakan dakwah, dan tidak mematahkan semangat si suami untuk berdakwah. Hanya Allah yang layak mengadilinya. Wallahua'lam.



27 November 2014

Ringan di lidah, Berat di timbangan

Bismillahirrahmanirrahim.

subhanallahi wabihamdih
subhanallahil 'azhim

2 kalimah, yang ringan di lidah, tetapi berat di timbangan.

Assalamu'alaikum w.b.r.k.t.h....

Allah izin untuk mengemas kini blog. Sudah berusang, Tiba masanya untuk berkongsi serba sedikit ilmu di sini. :-)

3 bulan tanpa tulisan di sini, banyak sekali yang terbuku di hati, tidak berkesempatan untuk mencoretkan di sini :-)

Banyak perkara Allah izin ana lakukan sepanjang bergelar graduan. Now I'm officially graduated from Universiti Sains Islam Malaysia. Alhamdulillah.

InsyaaAllah sedikit sebanyak akan berkongsi ilmu di sini.

...tengah mencari idea...

23 August 2014

Aku belum baik ya Allah.

Ukhuwah itu memberi makna yang pelbagai. Dari sisi pandangan penulis pula bagaimana ya? Penulis ingin cuba untuk menjelaskan ukhuwah dari segi pandangan penulis.

Bismillah,
Ukhuwah itu persaudaraan
Menjaganya satu nikmat
Membajanya satu usaha
Menyiramnya satu kekuatan
Eh dah macam bunga pula ukhuwah ini ya. :-)

Dari sejak di bangku sekolah, penulis tidak pernah berhajat untuk berukhuwah demi kepentingan.
Penulis suka berkenalan, berbual, berkongsi pengalaman, dan juga mudah ramah dengan seseorang.
Penulis sentiasa menghulurkan tangan untuk berukhuwah, dan sering kali di sambut huluran itu.
Dan pernah beberapa kali penulis diajak untuk dijadikan teman akrab, penulis menyambutnya dengan hati terbuka dan menganggap semuanya berukhuwah kerana Allah, mengapa perlu menolak?

Dari dahulu, penulis amat mudah mesra dengan mereka yang baik hati. Mereka yang baik hati, selalunya tidaklah yang terpandai, tidaklah yang terfamous, dan juga tidaklah yang terkaya. Cukup mereka yang sederhana dan mepunyai agama, penulis mudah untuk bersama dengannya.

Jujur, gaduh dalam persahabatan sangat kurang dirasai sejak di bangku sekolah. Kerana, bagi penulis untuk apa bergaduh, dia sudah kita anggap sahabat dan juga saudara. Jika bersahabat kerana Allah, mengapa perlu untuk bersangka buruk? Teringat akan satu kata-kata, yang membawa maksud. Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada. Mudah bukan untuk berlapang dada? :-)

Terkadang lumrah dalam persahabatan, kita disayangi, dicintai, dan dihormati. Adakala kita juga terlupa untuk mengingatkan, terlupa untuk menjaganya, terlupa untuk menyayanginya.  Penulis mengambil kekuatan daripada susuk peribadi Rabiatul Adawiyah untuk belajar meneruskan  kehidupan walaupun bersendirian. Alhamdulillah setakat  ini, penulis berbangga dengan sahabat yang ada, mereka sangat meraikan. Hanya yang termampu setakat ini adalah mendoakan buat mereka.

Penulis suka akan suasana ilmu. Walaupun tidak lagi didampingi dengan sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu, penulis kuat untukmengatakan wajib bagi diri ini untuk mempelajari ilmu walaupun bersendirian.  Sahabat akan datang selepasnya, jika kita yakin dengan Allah insyaaAllah. Majlis ilmu sangat mengubat hati penulis. Suatu masa, penulis amat berhajat untuk mati dalam majlis ilmu samada dalam keadaan belajar ataupun mengajar.


Hati penulis terkadang sedih terkadang gembira terkadang tenang. Diubati dengan majlis ilmu, Alhamdulillah. Doakan penulis agar dipermudahkan jalan menuntut ilmu,walaupun penulis seorang muslimah, seorang yang dilihat lemah, seorang yang dianggap lelah, penulis akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dimata Allah. Baikkah aku ya Allah? Bila aku rasa aku baik, sangat susah untuk aku merendah diri kepada Allah. Jarang  pula nanti aku mengadu kepada Allah. Aku belum baik ya Allah.


17 July 2014

Buah bicara

Assalamualaikum w.b.r.t.h...
Ramadhan Kareem. Allah izin untuk saat ini mencoretkan buah bicara. Selama ini sangat sibuk sehingga terlupa untuk menulis. Ya Allah, jika aku sibuk tidur, Kau hadirkan rasa serba salah dalam diri, jika aku sibuk dengan agamaMu maka larutkan aku ke dalamnya biar aku lupa untuk membuat perkara yang sia-sia.

Ana usaha untuk menulis, walaupun sudah lama. Semenjak berada di luar zon kampus, satu sahaja tempat yang ana sentiasa ziarah. Masjid. Rindu suasana Islam. Suasana Islam hanya dapat dirasai di Masjid. Bahkan seminggu sekali berpeluang untuk berusrah bersama sahibah. Itu tidak cukup, ziarah sana sini, gerak kerja dakwah, hanya Allah yang menjadi penilainya. Tambahan pula sudah berkenderaan, semakin jauh melangkah. Semoga Allah Redha.

Niat ingin mengajar, belum dipanggil lagi. Belum ada rezeki. Allah suruh bersabar. Yakin dengan rezeki yang lebih baik. Sementara menunggu, lebih baik meneruskan misi mengajar Al-Quran. Bukan mudah untuk memartabatkan ilmu Al-Quran, sungguh banyak step yang perlu dilakukan. Hajat doa ya. Sekarang tengah berusaha untuk menghidupkan kelas Al-Quran di Baitul Hikmah. Adik-adik tengah usaha untuk dikumpulkan, paling muda adik sedara yang berusia 2 tahun. kita mengaji, dia turut ikut mengaji, tidak mahu membaca iqra', ingin sahaja terus kepada Alquran. Berlagu tanpa bunyi suara huruf. Subhanallah, minatnya terhadapa Al-Quran jika dipupuk, insyaaAllah.  kakak-kakak dan m.cik2 juga sedang usaha untuk meyakinkan mereka. Dalam masa yang sama, ana pun tengah usaha menghabiskan talaqi. Wallahua'lam, bilalah boleh habis.

Hidup dalam masyarakat, satu sahaja prinsip yang dipegang. Jaga hubungan dengan Allah, sesama Manusia, sesama makhluk. InsyaaAllah Allah akan jaga kita. Rindu untuk merasai kehebatan melakukan ibadah di bulan Ramadhan. 10 Ramadhan terakhir, ayuh rebut peluang ini.

13 April 2014

Muhasabah

Salam alaik.
Alhamdulillah, Allah beri keizinan buat hambaNya ini untuk mencoretkan sesuatu. Ana tidak dapat mengulas intipati sebuah buku mahupun ilmu untuk dikongsikan pada kali ini. Muhasabah penguat hati, mudahan ia diterima Allah. Malulah hai empunya diri, kesibukan bekerja, hingga lupa keluarga, hingga lupa agama, hingga lupa dakwah, hingga lupa membaca. sesi muhasabah bersama. tarbiyah dzatiyah bermula dengan hati yang bermuhasabah. kembali berusaha mengelek kembali kitab-kitab, kembali berusaha menulis sesuatu yang memberi manfaat, kembali berusaha membuat hati yang gersang keriangan semula. Kembali berusaha menautkan deen Allah kepada mereka yang jauh dari jalanNya, akan ku berusaha.

p/s: walaupun berada dalam situasi bekerja, hidayah yang dahulu, sama yang sekarang. diri ini dirai, disantuni, bahkan diberi peluang untuk memberi bakti. Keluargaku, banyak memberi peluang untukku menyesuaikan diri dengan waktuku. Utamaku adalah sumbangan buat agamaku, tetap seiringan dengan pencarianku. Hajat doa daripada kalian yang mengenaliku. sampaikanlah sesuatu, walaupun ia sedikit. Kelak akan tinggal bersama kenangan apabila diri ini tiada. InsyaaAllah.

13 March 2014

Kejar yang di idamkan, yang ada dijadikan simpanan, bila dah dapat dilepaskan.

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam alaik! Allah beri keizinan dan juga kekuatan untuk hambaNya ini mencoretkan ilmu dilapangan blogger ini.

Allah izin sekarang ini menjalani latihan praktikal di sebuah badan berkanun dalam unit audit. Walaupun latihan ini tidak menepati secara majoriti kursus yang di ambil, cukuplah diri ini bersyukur ditempatkan dibahagian yang hampir dengan kursus yang ana ambil. setakat ini, ana masih mampu untuk menguruskan kehidupan dengan bergelar seorang yang berkerjaya.

Terlintas difikiran, satu ilmu yang ingin dikongsikan. Tertarik untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat, mudahan ia akan mengalir hingga ke akhir hayat.

Mengambil daripada intipati sebuah novel berskrip "aku ada wali" karya Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Setiap manusia mendambakan sebuah kehidupan yang bermakna, bahagia, dan membawa hingga ke jannah. Proses untuk menggapai redha Allah itu bukan mudah, bahkan ia mengambil masa yang lama dan berperingkat. Sebagai seorang muslimah, target membina sebuah keluarga bermula daripada dirinya sendiri. Bagaimana peribadinya yang dicorak seusia remaja, seusia dewasa, itulah yang bakal dicorakkan kepada bakal keluarganya. Prinsip yang di ambil ialah berhati-hati sebelum terjebak. Dewasa kini, ramai yang mengambil mudah dengan perasaan, senang dijentik dengan janji manis, kesudahannya habis madu sepah dibuang. Naudzubillahi min zalik.

Apakah wujudnya berbagai watak lelaki yang berwajah seribu? Mengejar yang solehah, meninggalkan yang setia, mengejar yang baik hati meninggalkan yang cantik, mengejar yang pemurah meninggalkan yang kaya.

Konsepnya mudah, dia kejar yang di idamkan, yang ada dijadikan simpanan. bila dah dapat dilepaskan.

bersambung....