Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

07 November 2015

هباء منثورا (Debu yang berterbangan)

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah Ya rahim Ya zaljalali wal ikram, amitna 'ala dinil Islam.
Atas nikmat iman dan Islam Allah izin untuk bicara panjang pada hari ini. Bukan bererti tulisan ini adalah tulisan terakhir. Bukan juga tanda pemergian yang selama-lamanya. Coretan ini mudahan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Tambahan pula ruangan ini akan sepi sementara untuk memberi ruang fokus kepada hati menadah ilmu tanpa sebarang komitmen dan tanggungjawab yang lain. Mudahan coretan dan tulisan ini dapat menggantikan ruangan yang tidak ditulis selepas ini. Ya Allah permudahkan aku, lancarkan pena ini untuk berbicara, luruskan niatku agar tidak terpesong mencari matlamat selainMu.

Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah di atas izinNya untuk hidup dan diberikan kudrat yang sihat untuk terus bersemangat dalam berkebajikan dan beramal. Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, nabi khotimul anbiya', nabi sekalian alam, suri teladan hidup semua manusia dan contoh terbaik dalam kehidupan ini. Setiap kali menghadiri kuliah syamail muhammadiah, pasti akan sedih dan terlalu rindu untuk menatap wajahmu. Pengorbananmu dalam menegakkan kalimah Allah yang mulia sangat menjadi inspirasi untuk diri ini bergerak semaksimanya meneruskan perjuangan dalam kehidupan. Mudahan berkat daripada kehadiran rasulullah S.A.W dalam mimpi mak ketika mengandungkan diri ini menjadi semangat untuk meneruskan perjuangan Islam, mudahan berkat nama yang diberikan oleh atuk sempena tajuk kitab hidayatussalikin yang diterima daripada seorang ulamak menjadi semangat untuk memperjuangkan Islam dengan kaedah yang sesuai pada masa kini. Usia daripada kecil, sangkaan manusia kepadaku selalu dipandang baik. Dengan watak yang baik inilah ramai juga yang bersahabat dan ramai juga yang bermusuh. Selayaknya aku ini dimusihi. Tidak layak untuk bersahabat. Diri inilah yang sangat banyak melakukan kezaliman pada diri. Jujur, diri ini lahir bukanlah daripada keluarga yang alim. Biasa sahaja. Tidak tahu mengapa, Allah lorongkan jalan kehidupan ini mudah di atas jalan islami. Tertunduk malu, dosa yang dilakukan tidak layak untuk memikul nama yang baik. Aku usaha untuk jadi baik ya Allah. Pandangan orang lain kepadaku juga tinggi, hakikatnya akulah yang suka meninggi diri. Ampunilah aku ya Allah. Aku usaha untuk menjadi baik.

Salam dan doa dipanjatkan kepada sahabat rasulullah S.A.W, para tabien, tabi' tabien, serta ahli keluarga mereka. Doa buat semua penggerak agama Allah. Tiada tertinggal walaupun seorang. Mudahan lurus di atas jalan kebenaran meskipun berliku dipandangan. InsyaaAllah redha Allah bersamamu.

Itu mukaddimah.
Memandang manusia itu semua baik, sangka baik. Saiyidatina Aisyah RA pernah di tanya: "Bilakah seseorang boleh menjadi jahat?" Beliau menjawab, "Sebaik sahaja dia merasakan dirinya baik." Jauhilah diri ini daripada berasa baik.

Hari demi hari dilalui dengan berbagai aktiviti. Mudahan diterima Allah sebagai amal soleh. Ditegur setiap hari dengan baris ayat yang ke 23 daripada surah AlFurqan.
وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا
Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.

As-Syahid Syed Qutb dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an menjelaskan;

Seperti itulah terjadi dalam sekelip mata. Ibarat amalan yang termasuk dalam kategori هَبَآءً مَّنْثُورًا seperti imajinasi yang akan hilang dengan pantas daripada gambaran pemikiran, diterbangkan dan dicerai-beraikan diudara. Sehingga semua yang mereka kerjakan di dunia dalam bentuk amal kebaikan menjadi hilang ditiup angin. Ianya terjadi kerana semua amal kebaikan yang mereka lakukan tidak di atas dasar keimanan – yang mengaitkan hati dengan Allah swt dan menjadikan amal saleh sesuai dengan manhaj yang telah digariskan dan dasar yang dikehendakki. Sehingga tidak ada nilai amal baik seseorang yang tidak berhubung dengan manhaj Allah swt. Tidak ada faedah gerakan yang dilakukan tanpa masuk dalam rangkaian gerakan yang mempunyai tujuan tertentu.


Hajat coretan pada hari ini ialah, faktor amalan menjadi هباء منثورا (debu yang berterbangan).

-Keikhlasan
-Tergelincung daripada matlamat
-Nafsu menguasai
-Syirik Khafi
-Kemasyhuran
-Pujian
-Kedudukan dan kepimpinan
-Riya' dan ujub

KEIKHLASAN

Al Banna menjelaskan 3 perkara boleh merosakkan keikhlasan dan menjadikan amalan sia-sia: Beramal dengan tujuan untuk meraih kekayaan
Beramal dengan tujuan untuk mendapat populariti, kedudukan atau gelaran
Beramal dengan tujuan untuk mencapai kemajuan dan mengelakkan daripada kemunduran

Dr Majdi Al-Hilali, di dalam bukunya Menjadi Hamba Rabbani berkata; "Hamba Allah dan faktor kemenangan ialah dengan memurnikan niat hanya kepada Allah. Ia tidak melakukan perbuatan apa pun kecuali ia telah yakin akan keikhlasan niatnya kerana Allah. Ia tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkan kehormatan di sisi manusia atau kerana malu kepada mereka atau supaya dikatakan seorang yang berani atau kerana adat dan kebiasaan."

TERGELINCUNG DARIPADA MATLAMAT

Ustaz Mustaffa Masyhur menjelaskan penyelewengan dari matlamat adalah di antara yang paling merbahaya sekali. Ia mesti dikawal seketat-ketatnya. Matlamat yang kita tujui dalam perjalanan kita ialah Allah swt. Dimaksudkan dengan penyelewengan dari matlamat ialah menuju kepada selain dari Allah atau sekurang-kurangnya menyengutukan Allah dengan tujuan-tujuan atau kehendak-kehendak keduniaan, atau keinginan rakus individu. Sebarang 'amal tidak diterima kecuali yang ikhlas kepada Allah. Bersih dari sebarang cemaran adalah perkara pokok kepada perjalanan dakwah.


NAFSU MENGUASAI



Dr Majdi Al-Hilali, melalui buku Menjadi Muslim Sejati seterusnya berkata, "Manusia tidak mempunyai kekuatan melawan nafsunya. Nafsu menjadi sangat disayangi dan apa yang diajaknya juga menjadi sesuatu yang dicintai. Lalu bagaimana kita harus melawannya sedangkan kita berada di antara tawanannya, bagaimana kita dapat mengalahkannya sedangkan kita lebih lemah apabila berada di hadapannya? Allah tidak meminta dari kita selain pengakuan bahawa kita tidak mempunyai kekuatan terhadap nafsu kita, dan jika dibiarkan menghadapinya, maka kita akan menjadi tawanan dan hamba nafsu diri kita sendiri. Lalu apa jalan keluarnya? Apakah pintu telah tertutup dan perang telah berakhir? Atau ada apa sebenarnya?

Ketika dipenjarakan, Ibnu Taimiyah tidak memperlihatkan kesedihan, sebaliknya bila ditanya ia berkata: اَلْمَحْبُوْثُ مَنْ حُبِسَ قَلْبُهُ عَنْ رَبِّهِ وَالْمَأْسُوْرُ مَنْ أسَرَهُ هَوَاهُ
Orang yang dipenjara ialah orang yang dihalangi hatinya daripada TuhanNya, sedangkan orang yang ditawan ialah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya. Amalan yang didorong oleh hawa nafsu walau pun zahirnya selaras dengan kehendak manhaj Allah swt akan menjadi هبآءً مَّنْثُورًا


SYIRIK KHAFI


Syirik khafi boleh menjerumuskan kerja-kerja khidmat ke dalam amalan هبآءً مَّنْثُورًا.

Mengikut Dr As-Sayyid Muhammad Nuh melalui bukunya Pesan-pesan Nabi (Syarah Hadis Dalam Perspektif Dakwah dan Tarbiyah), syirik khafi ialah menjadikan amalan (gerak kerja), setelah niatnya ikhlas kerana Allah swt sebagai wasilah untuk mendapat habuan dunia. Syirik jenis ini dalam terminologi fiqh termasuk dalam syirik asyghar (kecil). 

Di antara bentuk syirik seperti ini ialah: Seseorang yang aktif dalam melaksanakan khidmat, ia mengerjakan dengan ikhlas kepada Allah Azza wa Jalla, tetapi jika kerjanya dilihat oleh manusia ia sangat merasa senang dan bahagia bukan kepalang. Kadang-kadang ia cuba memancing orang lain supaya memberi perhatian kepada kerja dan aktivitinya dengan cara memperlihatkan kesibukan dan keletihan. Seseorang melaksanakan aktiviti ikhlas kerana Allah, tidak mahu dilihat oleh manusia lain dan merasa tidak selesa jika ada orang mengetahui kerjanya. Tetapi dia mengharap penghargaan, penghormatan, sanjungan dan keutamaan kepada dirinya. Jika tidak diberi jiwanya akan memprotes. Ia seolah-olah menuntut semuanya itu kerana aktiviti dan kerja yang tadi telah dilakukannya dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah Azza wa Jalla.

Sabda Rasulullah saw: الشِرْكُ فِيْكُم أخْفَى مِنْ دَبِيْبِ النَّمْلِ
Syirik pada kamu lebih tersembunyi dibandingkan dengan semut yang merayap. (Riwayat Imam Ahmad)

Sabda Rasulullah saw lagi: إنَّ أخْوَفَ مَا أخَافُ عَلَيْكُمْ الشِرْكُ الأصْغَرُ
Sesungguhnya syirik yang paling aku takutkan kepada kamu ialah syirik kecil. (Riwayat Imam Ahmad)

Sabda Rasulullah saw: إنَّ الْيَسِيْرَ مِنَ الرِّيَاءِ شِرْكٌ
Sedikit riya' itu adalah syirik. (Riwayat Ibnu Majah)


KEMASYHURAN



Seorang inginkan kemasyhuran sentiasa berusaha agar orang lain merasai kehadirannya. Jika ia duduk dengan orang ramai ia memperlihatkan kelebihan-kelebihannya supaya pandangan orang lain tertumpu kepadanya.

Di antara keinginan nafsu yang tinggi ialah merasa tinggi dan mempunyai kelebihan. Ketinggian apa yang melebihi daripada kekaguman manusia terhadapnya dan memujinya?

Diriwayatkan pada suatu hari Saidina Umar r.a. masuk masjid, kemudian dia melihat Muadz bin Jabal sedang menangis di pusara Rasulullah saw. Umar berkata: "Apa yang menyebabkan kamu menangis?" Mu'adz berkata "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Sesungguhnya riya' yang sedikit termasuk syirik dan sesungguhnya Allah mencintai orang bertaqwa dan tersembunyi (tidak disedari) apabila mereka tidak hadir dan apabila mereka hadir orang tidak tahu, hati mereka seperti obor hidayah yang terhindar dari segala kegelapan."

'Urwah bin Zubair r.a. telah berkata, "Aku melihat Umar bin Khattab r.a. sedang memikul bekas berisi air di atas belakangnya, lalu aku berkata, "Wahai Amirul Mukminin, anda tidak seharusnya melakukan perkara itu. Ia berkata, "Ketika utusan datang, kemudian mereka mendengar dan mentaatiku, kesombongan memasukki jiwaku, maka aku ingin merobohkannya"


PUJIAN 

Pujian adalah fatamorgana yang dihajatkan oleh nafsu.

Nabi saw memberi peringatan kepada seorang sahabat ketika ia mendengar pujian yang diberikan kepada sahabat yang lain dengan mengatakan: وَيْحَكَ قَطَعْتَ عُنُقُ صَاحِبَكَ
Celakalah engkau, engkau telah memotong leher sahabatmu. (Muttafaq 'alahi)

At-Tsauri berkata: فَاِنْ لَمْ تَكُنْ مُعْجِبًا بِنَفْسِكَ فَإِيَّاكَ اَنْ تُحِبَّ مَحْمَدَةَ النَّاسِ وَمَحْمَدَتُهُمْ اَنْ تُحِبَّ اَنْ يُكَرِّمُوْكَ بِعَمَلِكَ، وَيَرَوْا لَكَ بِهِ شَرَفًا وَمَنْزِلَةً فِى صُدُوْرِهِمْ
Apabila kamu sudah tidak 'ujub pada diri, kamu juga mesti menjauhi sifat 'suka dipuji'. Bukti bahawa kamu suka pujian orang adalah bahawa kamu ingin agar mereka menghormati kamu kerana sesuatu amal yang kamu lakukan dan agar mereka mengetahui kemuliaan dan kedudukan kamu di hadapan mereka. Pujian ditujukan kepada kerja yang kita lakukan atau ucapan yang telah kita sampaikan. Orang memuji mempunyai tujuan tertentu, sedangkan kita sendiri mengetahui hakikat sebenarnya apa yang ada pada diri kita, tetapi kita lupa atau terpedaya.

Fudhail bin 'Iyadh mengemukakan parameter supaya kita dapat mengukur dan mengetahui hakikat diri sendiri. اْنَّ مِنْ عَلاَمَةِ الْمُنَافِقِ اَنْ يُحِبَّ الْمَدْحَ بِمَا لَيْسَ فِيْهِ، وَيَكْرَهَ الذَّمِّ بِمَا فِيْهِ، وَيَبْغَضَ مَنْ يَبْصُرُهُ بِعُيُوْبِهِ
Sesungguhnya di antara tanda-tanda orang munafik, adalah bahawa ingin mendapat pujian dengan perkara yang tidak ada padanya, sedangkan ia membenci terhadap celaan yang ada pada dirinya, dia marah kepada orang yang memandang berbagai kekurangan yang ada pada dirinya. Begitulah hebatnya peperangan dan tipudaya syaitan untuk menjadikan amal dan kerja yang baik kita lakukan; tenaga, masa, wang ringgit kita korbankan, kesihatan yang kita pertaruhkan agar semuanya itu menjadi هبآءً مَّنْثُورًا


KEDUDUKAN DAN KEPIMPINAN

Jiwa manusia sangat mencintainya. Ia menuruti hawa nafsu dan hatinya yang sangat mencintai imarah (pemerintah).

Rasulullah saw melarang kita daripada menuntut dan bercita-cita terhadapnya. Maka barangsiapa memintanya, bermakna ia meminta dunia melaluinya. Dalam sebuah hadis dinyatakan: إنَّكُمْ سَتَحْرِصُوْنَ عَلَى الْلإمَارَةِ وَسَتَكُوْنُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Kamu akan sangat bercita-cita untuk kepimpinan dan kamu menyesal pada hari Kiamat." (HR Bukhari)

Di antara indikator hubbu riyasah telah menyelinap masuk dalam jiwa seseorang ialah ketika ia menerima tanggungjawab kepimpinan, kita akan melihat wajahnya sangat gembira dan ceria. Sebaliknya jika ditarik jawatan itu daripadanya kelihatan ia sangat sedih, dukacita dan mengelabah.


RIYA' DAN 'UJUB

'Ujub ialah merasa kagum dengan diri sendiri. Seorang yang 'ujub terdedah kepada dua keadaan: tergelincir dan tersungkur ke bumi.
Imam Syafi'e menjelaskan: Barangsiapa yang menaikkan harga dirinya di atas daripada harga yang sesuai untuk dirinya, maka Allah akan mengembalikannya kepada harga yang sesuai.

'Ujub terjadi apabila seseorang memperkecilkan dosa dan kesalahannya serta melupakan sebahagian besar daripadanya. Sikap meremeh dan 'menyerang' orang lain adalah salah satu aspek 'ujub yang paling menonjol daripada sifat 'ujub.

Sufyan at-Tsauri memberi peringatan tentang fenomena 'ujub dengan mengatakan: Sifat 'ujub adalah kekaguman pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya dari saudaramu, pada hal boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia, atau barangkali ia lebih wara' darimu terhadap perkara-perkara yang diharamkan Allah, dan lebih bersih amalannya.

 Al-Fudhail bin 'Iyadh lebih fokus kepada sifat 'ujub 'merasa amalnya lebih dan melupakan dosanya' dengan mengatakan:
 إذْظَفَرَ اِبْلِيْسُ مِنْ اِبْنِ آدَمَ بِاِحْدَىْ ثَلاَثٍ خِصَالٍ قَالَ: لاَأطْلُبُ غَيْرَهَا: إعْجَابُهُ بِنَفءسِهِ، وَاسْتِكْثَارُهُ عَمَلَهُ، وَتِسْيَانُهُ ذُنُوْبَهُ
Apabila iblis telah berjaya melakukan tiga perkara pada diri anak Adam, ia akan berkata: 'Aku tidak akan menuntutnya dengan perkara lain lagi'. Tiga perkara tersebut ialah dia ujub pada dirinya sendiri, dia merasa amalannya sudah banyak, dan dia melupakan dosa-dosanya.

'Ujub adalah punca kepada segala bencana dan fitnah bagi seorang hamba. Apabila seseorang itu dikuasai oleh 'ujub dengan mudah ia akan melakukan dosa-dosa lain yang disukai iblis sebagaimana diungkapkan oleh nabi Isa a.s: Betapa banyak pelita yang dipadamkan oleh angin, dan betapa banyak ibadah yang dirosakkan oleh sifat 'ujub. Amal soleh adalah sinar dan cahaya. Ia akan berubah menjadi mendung apabila ditiup oleh angin 'ujub walau pun hanya dengan sekali hembusan sahaja boleh menjerumuskan amalan seseorang kepada هبآءً مَّنْثُورًا.


Mudahan Allah bersama denganku, menguatkan hati ini untuk terus meraih redhaNya. Usah bicara jodoh, kemegahan, ketinggian. Jika itu sudah ditakdirkan, pasti akan berlaku. Bimbang amalanku diterbangkan angin menjadi sia-sia. Allahu maie.

Sumber: Artikel daripada meja setiausaha HALUAN.
Olahan: muslimahqawiyah

06 November 2015

Senyum

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah berkatilah kehidupan hambaMu ini. Sesungguhnya aku tidak berupaya untuk meneruskan kehidupan tanpa Kau di sisi. Yakin bahawa Kau ada di sisiku.

Allah izin melihat dunia pada hari ini dengan seribu persoalan. Jika hendak dihuraikan satu demi persatu, pasti tidak akan habis. Cukuplah persoalan itu terungkai hari demi hari.

Senyuman dihulurkan jangan pula menyangka ada makna disebaliknya.
Senyuman itu menjadi penghubung antara yang lain. 
Ubat hati yang terbaik adalah senyuman yang ikhlas.
Kayu ukur ikhlas? Pedulikan, lama-lama ikhlaslah :-)

ابتسم فإنه سنة
Senyumlah, sesungguhnya ianya satu sunnah

Senyumlah, sesungguhnya Allah menyukaimu.



"Wahai anak adam, sesungguhnya diri kamu itu umpama hari-hari yang terkumpul, jika telah berlalu satu hari maka berlalulah (atau lenyaplah) sebahagian dari diri (umur) kamu."

Usah mensia-siakan harimu. Semoga Allah bersamamu dan Allah menyayangimu. 

What's the next target?
Pray for me. 
:-)

31 October 2015

Sangka baik dengan Allah

Bismillahirrahmanirrahim.


عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال : قال النبي - صلى الله عليه وسلم - : يقول الله تعالى
 أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني ، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي ، وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ خير منهم ، وإن تقرب إلي بشبر تقربت إليه ذراعا ، وإن تقرب إلي ذراعا تقربت إليه باعا ، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة
 رواه البخاري ومسلم .


Allah detikkan hati untuk mencari hadis di atas setelah terdengar tazkirah di radio Ikim. Semenjak berkereta, radio jadi peneman diperjalanan. Tambahan pula, hadis ini diingatkan oleh seorang adik sejawatan ketika memberikan tazkirah kepada anak didik. Walaupun sudah belajar hadis ini di bangku sekolah lagi, Allah tidak izin untuk ingat dalam bahasa Arabnya. Mafhum dan maksudnya insyaaAllah.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah swt. berfirman : Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatiKu. Jika ia mengingatiKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.
Baik sangka kepada Allah, pasti Allah akan bersangka yang baik juga pada kita. Jika kita ragu-ragu, berburuk sangka kepadaNya, Allah akan bersangka seperti apa yang telah kau sangkakan kepadaNya. Yakin dengan setiap ketentuan adalah baik bagimu, yakin dengan doa akan dimakbulkan walaupun lewat. Semua perkara yang akan, sedang dan bakal berlaku atas ketentuanNya hendaklah bersangka baik kepada Allah. Letakkan Allah itu di hati untuk sentiasa diingati. Pastikan setiap masa ada bersamamu untuk menjadi pelindungmu. Dialah sebaik-baik pelindung.

Meletakkan harapan dan janji kepada manusia tidak semestinya akan ditunaikan. Bersahabat adakalanya diuji dengan banyak perkara. Jika kerana Allah pasti tidak mengharapkan balasan. Jika berkepentingan pasti ada sahaja yang mengungkit dan mencari lain. Sepanjang bersahabat kerana Allah, jika tidak dipeduli tidak terasa, jika terlupa untuk hadir ke majlis tidak mengapa, begitu juga jika tidak bertanya khabar mahupun menjawab khabar tidak pun terlintas untuk berfikir yang tidak baik kepadanya. Sentiasa mencari alasan untuk tidak bersangka yang tidak baik kepada sahabat. Begitu juga, jika membantu sahabat yang lain jangan minta untuk dibalas. Harapkanlah redha ALLAH semata.

Tetapi apabila bersahabat untuk kepentingan, sangkaan demi sangkaan yang tidak baik pasti akan hadir di benak fikiran. Wahai manusia, bersahabatlah kerana Allah. Mengapa perlu kau harapkan sesuatu kepada manusia? Sedangkan kau ada Allah yang lebih layak untuk kau berharap.

Jika berharap kepada Allah, Allah akan hadirkan insan-insan yang dipilihNya untuk membantumu di saat kau memerlukan. Allah izin untuk merasainya. Alhamdulillah.

Ana memilih untuk bersahabat kerana Allah. Membantu sekadar yang termampu. Allah izin bersahabat dengan mereka yang tua, lebih tua, muda, sebaya dan lebih muda. Mak kata, ana seorang yang bersungguh-sungguh dalam membantu. Sekalipun tak mampu, usaha untuk membantu. Ana mudah kasihan. Sehingga ada satu hari, sahabat ana beritahu. Dayah jangan baik selalu, nanti orang akan pijak kepala.

Tidak tahu mengapa, Allah izin untuk kuat dengan sifat seperti ini. Bersahabat dengan orang solehah, nilai persahabatan teruji. Allah izin bersahabat dengan sahabat solehah yang mengalami penyakit isim. Dahulu sejak di bangku sekolah, Allah izin dia seorang yang cemerlang tetapi seorang yang pendiam. Allah uji dia berpenyakit isim. Sehingga tahap mengkafirkan Allah, menidakkan ibadah dan menambahkan hukum. Aurat pun tidak dipedulikan. Allahu.

Proses untuk memulihkannya, hanya tuhan yang tahu. Dua tahun bersamanya adalah proses yang sangat menguji. Ini pengorbananku untuk mengubatinya. Daripada perkara akidah, solat, AlQuran, ibadah dan muamalat sedikit demi sedikit diperbetulkan. Hampir setiap hari akan menerima panggilan telefon daripadanya. Kedengaran tangisan, dan persoalan akidah yang belenggu di fikirannya. Alhamdulillah, hasil penjelasan dan teguran hikmah daripada ana. Allah izin dia terima.

Sakitnya datang lagi. Lalu dia datang ke rumah dengan perubahan fizikal yang mendadak tanpa bertudung. Ana sedih. Umminya meminta izin untuk meninggalkan anaknya bermalam di rumah ana. Bermalam dengannya seolah bukan dengannya. Seperti oang lain yang merasuk badannya. Allah uji malam tersebut, malam yang sangat takut. Tetapi, jika kuat hati kepada Allah, mengapa perlu merendahkan martabat untuk takut selain Allah?

Hari-hari yang berlalu, ana pula ke rumahnya.
Ana datang ke rumahnya untuk menjawab soalannya yang pelik-pelik, ajarkan solat, AlQuran balik. Sedihnya ana ketika itu. Begitulah rutinku setiap hari untuk menjawab soalan, memberikan harapan dan lain-lainnya. Sampai satu tahap, ana disuruhnya berkahwin dengan abangnya. Sanggup menyuruh umminya untuk datang melamar. Berhari-hari dia memujuk. Mudah jawapan ana berikan. Persahabatan ini kerana Allah, begitu juga kahwin hanya kerana Allah. Maaf ana tidak boleh menerima seseorang hanya kerana kasihan kepada seorang sahabat. Jika ingin persahabatan ini diteruskan, jangan bicara lagi mengenai perkahwinan. Alhamdulillah sehingga kini, Allah kekalkan persahabatan. Perubahan ada sedikit. Dia sudah berani menghadapi kehidupan dengan akidah yang sejahtera. Apabila sakitnya datang kembali, Allah izin untuk dia dekat dengan AlQuran dan solat. Apabila menerima panggilan yang bertalu-talu, ana wakilkan emak dan kakak untuk mengatakan ana tiada di rumah atas urusan mengajar di luar. Ini adalah untuk kebaikannya. Ana ingin dia berdikari dalam menguruskan kehidupannya. Kelak jika ana tiada, fokus hidupnya mesti bermatlamat redha Allah.

Beberapa hari yang lepas, ana menerima khabar baik. Dia sudah pulih sedikit. Kembali kepada dirinya yang asal. Alhamdulillah. Barulah ana mengambil keputusan untuk berhubung kembali. Atas dasar persahabatan kerana Allah, ana tidak sesekali mengharapkan balasan daripadanya. Perlu apa? Cukuplah Allah bagi ana tersenyum melihat dirinya sihat dan dapat menguruskan hidupnya seperti biasa. Jangan sangka ilmu yang tinggi itu lebih baik. Jika tidak berasaskan akidah yang kukuh, belajarlah setinggi langit kau pasti tersasar. Semoga Allah berkati hidupnya.

Berbuat kebaikan itu satu cara untuk kau dekat kepadaNya. Ana ke mana sahaja, pasti akan tersangkut seorang yang minta jalan untuk keluar dari masalahnya. Tidak mampu menulisnya. Nurhidayah kan maksudnya cahaya petunjuk. Bermasyarakat bersahabat berkebajikan. Allah jaga insyaaAllah.

Ana berkongsi pengalaman di atas sekadar ilmu buat pembaca. Banyak lagi yang hendak di coretkan. Tetapi Allah suruh simpan sebagai amal soleh. Aktiviti harian ana pun tak sempat diceritakan dengan mak. Ini pula menulis? Allahu...

Semakin kau usaha untuk dekat kepadaNya, Allah pasti akan lebih dekat kepadamu. Cinta kepada Allah pasti dibalas, bahkan lebih lagi.

Allah izin dua hari yang lepas menyambut ulang tahun kelahiran. Menerima ucapan demi ucapan. Sungguh doa mereka sangat bermakna. Tidak tahu mengapa. Tahun ini menerima satu doa baru. Tahun lepas tiada pula doa untuk jodoh. Hampir semua mendoakannya yang sama. Kenalan jauh rapat turut mendoakan. P.cik m.cik juga doa yang sama. Adik yang bersekolah pun pandai mendoakan. Umur seperti ini memang sudah berumur agaknya. Mudahan Allah gerakkan hati orang beriman untuk bertemu. Sejauh mana mengharapkan jodoh yang baik? Di tangan ALLAH jawapannya. Usaha kita berdoa dan fokus akhiratNya. Adakalanya ambil hati juga orang tanya bila nak walimah. Ada sahaja sangkaannya. Diam-diam ubi berisi katanya. Orang takut dengan dayah ni, itu yang tak berani masuk. Ke memilih? Jawabku, kalau ada usaha untuk jadi soleh itu sangat bermakna daripada memilih yang lebih baik yang tak kunjung tiba. Utamakan redha Allah, redha Allah terletak pada redha ibu ayah. Fokus redhaNya. Abaikanlah sangkaan manusia, teruskan sahaja misimu untuk menggapai redhaNya. Allahul musta'an.

Hajat doaNya.



26 October 2015

Sedikit demi sedikit.

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah izin lapang. Sedikit demi sedikit berjaya diselesaikan. peperiksaan akhir tahun, UPSR, UPSRI, PT3, dan SPM.
Anak didik berjaya dilepaskan mengambil peperiksaan. Sekarang tiba gilirannya jiwa pendidik untuk menuntut ilmu. Bulan ini sehabis tenaga mengumpulkan kekuatan dan kewangan untuk semata menyambung pelajaran. Hajat doa daripada kalian semua. Sangat merindui zaman belajar.

Saat ingin mengejar ilmuMu Allah. Ada sahaja yang datang mengusik hati ini. Selagi tidak berstatus memang mudah dirisik. Allahu. Bantulah hambaMu ini fokus. Terdedah dengan masyarakat sekalipun, hidayah adalah hidayah. Tidak akan terpengaruh sedikitpun dengan mereka yang mengusik. Jaga hubungan dengan Allah, Allah pasti akan menjaga hubungan sesama manusia. Baik kita, baik jugalah yang akan hadir. Begitu juga sebaliknya.

Tersenyum membawa hikmah. Jalan ini perlu diteruskan. Target harus dicapai. Jika Allah belum izin untuk mencapainya mengikut tempoh target. Ana akan cuba usaha semaksimanya sebelum kematian menjemputku. Bersedia. Menjadi sekuat khadijah.

Alhamdulillah, semakin jauh selepas ini menuntut ilmu. Mak abah memberi kepercayaan sepenuhnya setelah memperolehi lesen kereta. Test sekali sahaja. Dahulu test motor pun sekali. Berpegang kepada prinsip, mesti bersungguh-sungguh, jangan repeat. Begitu juga dalam pelajaran. Meskipun susah, usaha jangan repeat paper :-)  Dapat lesen sahaja sudah bawa jauh. InsyaaAllah. Sebelum ini bermotor. Allah mudahkan berkereta. Menangis dalam kegembiraan. Rupanya mak abah sangat meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada diri ini. Berkebajikan mereka izinkan, gerak berdakwah mereka ikhlaskan. Ana sambung belajar pun diizinkan. Meskipun melihat anaknya ini sakit diuji, tetapi mereka mampu memberi kata semangat. Mak kata, rezeki itu boleh dicari. Allah beri cukup. Bersama dengan Allah akan lebih indah. Percayalah.

Perancangan jangka panjang ini perlu diteruskan. Usah termakan oleh kekayaan yang tidak kekal. Usah terpedaya dengan kebahagiaan orang di sekeliling yang tidak kekal lama. Kebahagiaan hakiki itu adalah bersama redhaNya.
Allahul musta'an.

13 October 2015

Coretan Lepas

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap hari yang dilalui perlu diingatkan dengan satu perkara.
Niat.
Meluruskan niat.
Memperbaharui niat. Tajdid niat.
Setiap kali menulis di halaman muka buku, di laman blogger. Hati tersapa. 
Jika tidak tulis, tak dapat sampaikan.
Masyarakat tidak tahu.
Jika berdiam, tidak dikenali.
Orang kurang percaya.
Ingin jadi diri sendiri yang berpegang pada keupayaan dan potensi diri.
Berbahagialah membawa Islam.
Allah sebaik-sebaik pengadil. Mengadili akan niat hambaNya.

Ruang berkongsi, mudahan ada yang beroleh manfaat.
Jika tiada yang beroleh manfaat? Hm... pulangnya kepada penulis yang setia menulis. :-)

Kadangkala bicara mengenai hati, murobbi bertanya tentang hati, Sahabiah tanya masalah hati, anak didik tanya tentang hati, anak usrah tanya tentang hati. Sejauh mana masalah hati. Kita bukan maksum. Satu caranya, usah melayan masalah hati. Bimbang melarat hingga terkesan pada ibadah. 

Laman sosial juga satu faktor membuatkan hati bersarang dengan masalah hati. Meninggi diri, menunjuk diri, semua baik belaka. Susah nak nampak buruk. Kadangkala sikap-sikap tersebut ada pada diri ini. Untuk menghakis perasaan tersebut, ikhlaskan perkongsian demi tuntutan sebuah ilmu. Selain itu, budaya stalker. Tak salah untuk tahu. Tetapi kalau setiap jam, setiap hari stalker bukankah itu mencari kebinasaan sendiri. Cukuplah hanya berpegang kepada sekali sahaja untuk tahu. Selainnya abaikan. Berjihad dengan nafsu itu lebih besar tuntutannya berbanding berjihad di medan perang. Penulis juga mempunyai fitrah seperti orang lain untuk mengetahui. Stalker, taip sahaja nama muncullah orangnya. Sejauh mana dan sedalam mana keinginan untuk tahu? Jangan pula biarkan mata hatimu tertutup untuk membezakan antara tahu ilmu atau tahu maksiat. 

Kaedah ini mudah untuk membezakannya. Jika hati berdebar malu dengan Allah datang dengan tiba-tiba, itulah maksiat. Maka bersegeralah tinggalkan perkara tersebut. Sungguh Allah tidak meredhai perkara itu. Waspada dengan hatimu.

Memetik satu ayat AlQuran daripada pembacaan nukilan imam Al-Ghazali.
Sesungguhnya, pada yang demikian itu menjadi pengajaran bagi orang yang mempunyai hati. Qaf:37

Like banyak atau like sikit, asalkan punya usaha untuk menyampaikan. Bersahabat di alam maya, perlu kepada sangka baik yang sangat tinggi. Keberkesanan dakwah bukan terletak kepada banyaknya like, banyaknya share. Ia terletak pada kesan pada hati yang menerimanya. Adakalanya ana pernah menerima mesej peribadi, wassap persendirian. Mereka menyatakan masalah, meminta tunjuk ajar, bertanyakan soalan dan lain-lain lagi. Rupa-rupanya, mereka terkesan dengan tulisan yang telah dikongsikan. Walaupun tiada like, tidak share, rupanya mereka pegang pada kata-kata yang ditulis dalam diam. Alhamdulillah.

Ana ingin kongsikan kembali coretan lepas sebagai ingatan bersama. Mudahan bermanfaat.

.......

http://muslimahqawiyah.blogspot.my/2013/12/karyaku-tidak-perlu-untuk-dihargai.html

salam alaik!
wahai penghuni bumi Allah, ketahuilah! tiada yang indah melainkan indah itu di hati.

ana kekurangan mood untuk menulis semenjak ini. Terimbau kepada kekurangan diri. ana tidak berhajat untuk semua untuk menghargai karya yang ana tulis. walaupun berjela panjang, singkat perenggannya, penyampaian yang tidak seberapa, ana jatuh seketika apabila melihat karya orang lain dihargai.

ana ditegur oleh Allah. apakah tujuan ana menulis?

ana dihentak dengan berbagai persoalan. apakah semata-mata untuk menunjuk dan mempunyai ramai follower?

apakah semata-mata untuk menunjukkan kita baik dan pandai bermadah di khalayak ramai?
maafkan aku ya Allah.

kembali bersemangat menulis. ana ingin kongsikan sebuah cerita yang dipetik daripada pengalaman seorang pelajar pondok yang mengaji bersama tok gurunya. ana menjadi saksi dan cerita ini di olah oleh ana sendiri.

Suatu ketika, pelajar tersebut bertanya kepada gurunya. Wahai guruku, jika kau diberi peluang untuk menulis sebuah buku dan diedarkan dikhalayak umum, apakah kau akan menyetujuinya untuk menulis? Jawab guru itu, "ya sudah pasti".

tanya pelajar itu lagi. Bagaimana pula identitimu sebagai penulis buku tersebut, adakah kau ingin memberitahu kepada seisi dunia, bahawa itulah buku yang kau tulis?

Jawab guru itu, "aku akan menulis namaku, agar orang lain dapat merujuk kepadaku jika tulisan yang aku tulis itu terdapatnya kesalahan atau kekeliruan dalam pemahaman. Aku juga akan menulis latar belakang pengajianku sekadar yang perlu agar tidak terbit perasaan yang tidak baik oleh pembaca kepadaku. Tetapi aku tidak berhajat kepada pembaca untuk menghargai dan menitipkan kata-kata pujian di atas karyaku. Cukuplah Allah yang membalasnya. Niatku sekadar berkongsi dan memanfaatkan ilmu yang ada. Jika ada yang cuba untuk memberi penghargaan kepadaku, aku akan terima untuk pertama kalinya, tetapi tidak untuk kali keduanya. cukuplah sekali aku meraikannya, jika yang kedua itu aku anggap sebagai suatu kerosakkan yang bakal menerbitkan rasa ria' di dalam hati."

pelajar itu lalu terdiam.

p/s: pesananku, biarlah tiada yang menghargai sebarang karyaku. ana akan berusaha untuk mencontohi peribadi mulia ini. terus menulis, walaupun rasa tiada yang membaca, Allah kan ada untuk membacanya. Allah baca straight to my heart :-)

karyaku tidak perlu untuk kau hargai, cukuplah sekadar untuk kau faham dan kau amalkan.




11 October 2015

Coretan mendidik

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam kesempatan yang terbatas, ana ingin kongsikan sedikit perkongsian. Sambil menukilkan coretan, juzuk amma diperdengarkan untuk sesi mengulang. Ana selesa menggunakan lagu bacaan daripada adik Muhammad Taha AlJunied. Lagunya yang merdu mampu menarik perhatian kanak-kanak. Inilah teknik pembacaan AlQuran yang ana perdengarkan kepada anak-anak didik di sekolah mahupun di kelas pengajian. Mereka tertarik untuk mendengar lagi bacaan hafazan yang dialunkan, katanya seperti di dalam radio. Mereka bersemangat untuk meniru dan mempelajari bacaan seperti itu. Kataku kepada mereka, sedap tak penting, yang penting pelajari hukum dan makhraj terlebih dahulu. Sedap tak sedap itu yang terakhir :-) Seorang guru perlu mengetahui cara atau pendekatan yang terbaik untuk menarik minat anak didiknya mendalami sesuatu ilmu.

Alhamdulillah, selesai hari ini peperiksaan AlQuran Wa Tajwid. Terlihat wajah ceria anak-anak didik setelah menjawab soalan. Kertas  1 dan 2 kesemuanya perlu dijawab di dalam bahasa arab. Sebagai seorang guru yang mengajarkan subjek tersebut, pasti ternanti-nanti apakah soalan yang dikeluarkan oleh pusat peperiksaan SRI Malaysia. Alhamdulillah, semua yang diajarkan keluar. Berkat usaha ana dan anak didik melapangkan masa untuk belajar sehingga lewat malam. Permintaan kelas tambahan di saat akhir dipaksakan jua untuk hadir. Walaupun menyedari jadual hujung minggu adalah untuk masyarakat khususnya. Berkejaran daripada pagi sehingga malam. Sungguh jika kita lakukan sesuatu kerana Allah, tidak akan berasa penatnya. Terhibur dengan anak didik yang sangat teruja belajar sehingga lewat malam. Alhamdulillah.

Esok kertas bahasa Arab, mudahan mereka ingat kalimah-kalimah dan menghafaz nahu. Berpeluh mengajarkan mereka setiap hari. Semakin hari suara bertambah kuat. Sehingga anak didik menegur. Ustazah, saya pergi tandas lalu bawah. Masih dengar suara ustazah kuat. :-) Hari-hari bertanyakan kalimah dan maksud, bertanyakan nahu. Mana tidaknya, semakin hari semakin kuat. Mengajar matematik juga faktor semakin hari semakin garang. Untuk mengelakkan stress, ana memilih untuk berbual dan adakalanya menyelitkan lawak santai. Berbicara mengenai perjalanan hidup yang dilalui juga satu pendekatan untuk menarik minat mereka untuk mendengar kata. Mujurlah perit getir, suka dan duka memenuhi kamus hidup ini. Maka dimanfaatkan dan dikongsikan kepada semua anak didik.

Allah izin mengajar sekolah menengah secara hujung minggu. Peperiksaan mereka semakin hampir, mudahan Allah izin untuk faham dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Anak didik yang berbeza umur. 5-19 tahun. Daripada menjalani UPKK, syahadah ibtida'iah UPSRI, UPSR, PT3, SPM. Pelajar kolej juga turut diajar. Itupun jika ada permintaan. Untuk mengajarkan sebuah ilmu, memerlukan persediaan. Kadangkala terlalu lelah, hanya berdoa dan selawat kepada Allah untuk mengembalikan kefahaman ketika mengajar. Bulan 10 merupakan bulan terakhir sesi pembelajaran. Selepas ini akan fokus menghafaz dengan konsisten, hadiri kelas dengan penuh persediaan. Serta menyiapkan proposal master. Mudahan diterima :-)

Coretan pada hari ini berkisarkan pengalaman. Menulis kadangkala dapat bermuhasabah dan menyedari keupayaan diri. Ditegur mak setelah menyedari telefon bimbit rosak. Mak menyuruh muhasabah. Berapa banyak masa yang telah diluangkan kepada telefon? AlQuran terabai, hikmah Allah beri rosak. Mujurlah tidak terganggu emosi setelah menyedari kerosakan telefon ketika sesi mengajar anak didik petang tadi. Redha dengan kerosakan yang dihadapi. Mak meminjamkan telefonnya. Kata mak, mak ada telefon rumah. Mak tak busy macam dayah. Tapi mak tiada whatsapp. huhuhu. Terima kasih mak.

Kelemahan diri usaha diperbaiki. Sungguh banyak ingin menulis. Setiap hari dilalui dengan tiada cuti, sangat banyak ingin dikongsi. Biarlah di simpan di dalam ingatan. Tergelak seketika. Terimbau satu kenangan. Ketika itu anak didik berebut untuk mengambil gambar. Masing-masing bertolak. "Nanti kita tak nampaklah". kata mereka. Lalu ustaz menegur. Tak apa Allah nampak. huhuhu. Saya selaku photographer, turut bersetuju dengan kata-kata ustaz.

Jika ingin menukilkan satu demi persatu, banyak masa produktif akan terbuang. Sekian. Semoga Allah redha dan Allah sayang. Coretan ini saya ikhlaskan pembacaan untuk manfaat, selebihnya yang disimpan mudahan menjadi tatapan Allah di hari akhirat. Terimalah amal manfaat ini ya Allah sebagai amal soleh.

الا بخير تزداد التقوى

كن سعيدا فابتسم :-)

07 October 2015

Sukar bertukar nikmat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah jika coretan penaku ini tidak membawa sebarang manfaat kepada pembaca, sungguh ku sangat bermohon untuk memberikan kepadaku ilham dan kelancaran dalam berpena. Izinkan diri ini mencoretkan sebarang buah fikiran jua pendapat. Azamku cuma satu untuk terus menyebarkan manfaat meskipun dapat dirasakan tiada yang sudi membacanya. 

Terima kasih mak dan abah. Sudi mengingati makanan kegemaran anakmu ini. Sudah seminggu tidak menemui makanan itu. Apam balik. Ya, makanan ini sangat memberi makna. Sejak kecil menjadi makanan kegemaran. Di waktu sedih, gembira, kecewa, bergaduh, pasti akan diubati dengan kuih ini. Makan dalam tangisan pun masih merasai nikmatnya. Begitu juga apabila dalam kegembiraan. Makanan ini akan menjadi keutamaan meraikan sesuatu kejayaan. Kakak dan adik juga sering menjadikan makanan ini sebagai tanda memujuk jika ada sahaja perkara yang diperselisihkan. Abah jika melihat anaknya ini sedih, pulang daripada bandar pasti akan membelikan apam balik. Tidak tahu mengapa, kuih ini sangat terkesan. Pernah masa berada di sekolah menengah, menangis tersedu sedan apabila kuih ini yang dipesan terlupa dibeli oleh abah. Terpaksa abah membelinya juga kerana tidak sampai hati melihat anaknya menangis. Begitulah istimewanya kuih apam balik. Kakak kata, ternampak apam balik, teringat dayah :-)

Itu kisah apam balik.

................................................

Kisah ini cuba kita perhatikan dan kita hayati.

"Burn your desire!" tegas syeikh. Saya tertunduk, hati terpukul. Air mata ditahan. Terus saya tutup mushaf kecil yang dipegang. Persaan malu tidak tertahan. Hati rasa sebak. Lemahnya daya ingatan. Saya kembali mengambil wuduk, menunaikan solat dhuha, meluahkan segala isi hati di dalam sujud yang terakhir. Seusai memberi salam, terus kuat untuk kembali ke kelas hafazan sambil beristighfar sebanyak-banyaknya. Senyuman diukir. Terasa diberi kelegaan yang luar biasa. Benarlah hadis Nabi SAW: "Posisi seorang hamba yang paling dekat dengan tuhannya adalah ketika ia dalam posisi sujud." (Riwayat Muslim)

Sampai ke kelas, saya mulakan ta'awuz memohon perlindungan kepada Allah. Kemudian membaca semula mushah yang ditutup tadi. Saya membaca setiap ayat dan maknanya dahulu, kemudian memahami dan meneliti. Setelah itu mula menghafaz. Lima minit berlalu. Syeikh memanggil untuk mendengar hafazan saya. Saya membalas dengan senyuman dan anggukan. Kemudian membaca sehingga selesai satu muka surat. Terasa nikmat kali ini. Alhamdulillah, Allah menghadiahkan satu senyuman yang terukir di bibir syeikh yang ikhlas.

Kisah di atas merupakan sebuah pengalaman yang indah oleh seseorang yang merasakan sangat sukar menghafaz AlQuran. Allah memberi peringatan dan teguran melalui gurunya. Proses merawat hati dan membina hubungan dengan Allah adalah sangat penting pada setiap saat dan waktu.

Usaha ini merupakan bekalan menuju ke akhirat. Perjuangan tidak boleh terhenti sehingga kita dipanggil Allah. Semoga Allah menerangkan hati-hati kita dengan AlQuran dan menjadikan kita seperti mana generasi al-Quran yang terdahulu. Aamiin.

Inspirasi. Meskipun tidak terlihat kesukaran dalam menghafaz, yang memikulnya sahaja yang akan memahami. Terasa nikmat setelah menghantar bacaan yang lancar. Namun, berasa bersalah jika tidak lancar dan lupa kerana maksiat dan dosa. Sungguh tercabar dan berasa putus asa.

"Burn your desire" Satu ungkapan yang memaksa untuk mencari kekuatan. Mesti kuat untuk mencapai sesuatu keinginan. Usaha dan terus berusaha. Tersenyum membawa hikmah. Kuat untuk sampai ke penghujungnya. Jangan sesekali berhenti di tengah jalan.

Sedikit atau banyak hafalanmu, yang dinilai Allah keikhlasanmu dan berapa banyak yang kekal diingatanmu. Menghafaz itu mudah, untuk mengekalkannya sangat susah. Lapangkan dada ini, terangkan hati ini untuk menjaga kalamMu ya Allah.

Menangisi kelemahan diri. Jangan jauh daripadaku Allah. :-(


05 October 2015

Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaaAllah ana akan kongsikan coretan sebelum melelapkan mata.

Memilih untuk hidup di kampung berbanding di bandar. Antara kelebihan yang diperolehi.
1) Jimat belanja.
2) Ikut mak baca yaasin.
3) Ikut mak mandikan dan kapankan jenazah.
4) Ikut mak abah bersihkan masjid. Saya berjaya memanjat peran(loteng) masjid untuk membersihkannya. Orang tua tidak berapa kuat nak memanjat.
5) Dapat menguasai suasana masjid yang tenteram dan aman tanpa kehadiran lelaki.
6) Ikut mak program masjid.
7) Bergaul dengan orang tua.
8) Mendidik masyarakat dan anak jiran yang mempunyai thiqah yang tinggi pada keluarga. Ini pening kepala nak uruskan. hu3.
9) Dapat menghayati kehijauan sawah padi.
10) Dapat menghayati keindahan laut.
11) Dapat hantar mak ke sana sini. Pasar, kedai, masjid, klinik dan lain-lain.
12) Dapat menjalankan aktiviti dakwah dengan sukarela. Mak abah redha dan faham. Kadangkala mereka berminat untuk tahu. Modal untuk berbual dengan m.cik p.cik.
13) Dapat tengok atuk selalu. Atuk pernah risau. Katanya kalau dayah sambung belajar nanti siapa yang ada? Dayah belajar jumaat, sabtu dan ahad. isnin sampai jumaat dayah ada kat sini. :-)
14) Sokongan dan pantauan daripada mak abah.
15) Dapat jadi teman bergaduh mak dan teman kesunyiannya. Setiap hari ada sahaja perkara yang ana lupa buat. Pasti akan mendengar ceramah mak. Sehingga sudah biasa. hu3.
16) Jadi terkenal. Tumpang nama atuk, mak dan abah. Anak siapa? Status? Maaf,  sudah ada. ( Mak abah)
 :-) Ana pegang pada nasihat seseorang. Mengaku sahaja sudah ada untuk elak daripada berpenyakit hati. Tapi susah juga, kalau cakap sudah ada lagi mahu bertanya siapa, kerjanya, orang mana. Ramai pula yang sibuk bertanya, betul ke? hmmm... Kalau tiada, lagi pula diperhatikan dan dibandingkan dengan orang lain. Manusia...Akhirnya, memilih untuk berdiam. Apa adanya risikan dan istikharah. Islam itu mudah. Usah dipermudahkan dan diperberatkan.
17) Kesimpulannya, lebih banyak ilmu dipelajari di kampung. Rasanya tebal buku thesis jika nak dikarangkan. Lebih banyak dapat menabur bakti. Meskipun tidak mampu menyediakan kemewahan kepada orang tua. Cukuplah usia muda yang berbaki ini dapat hidup dihadapannya dan berbakti kepada mereka. Ada hikmah kenapa Allah hadirkan rasa untuk tidak berwalimah lagi. Rupanya Allah nak berikan nikmat hidup bersama mak dan abah di kampung. Selama ini, mereka usaha untuk membesarkan kami seorang demi seorang melanjutkan pelajaran. Takkan ingin pergi dengan cepat? Berbaktilah selagi masih sempat. Hanya akan berwalimah jika mak abah mengizinkan. Mak izin untuk mencari sendiri tetapi hanya perlu mendapat izin. Biarlah, cari atau tak cari. Aturan Allah tidak pernah akan tertukar. Berazam akan bawa mak abah ke syurgaNya dengan amal soleh dan AlQuran. InsyaaAllah. Fokus redha.

Kelebihan hidup di kampung :-)

04 October 2015

Produktif!

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabahal kheir!
Di saat ini Allah izin untuk mencoretkan sesuatu.

Letihnya badan  usah dikira, jika berlama-lamaan di hadapan muka buka boleh, pasti mengajar dan belajar sebuah ilmu juga boleh berlama-lamaan. Mudah bukan.

Tidak perlu susah-susah untuk mencari perbezaan dan membezakan sesuatu dengan orang lain. Lihat sendiri pada keaiban diri. Cabar diri untuk lebih produktif. InsyaaAllah, sangka prasangka yang tidak baik dapat dijauhi. Muhasabah diri.

Hari demi hari, tidak perasan masa cepat sahaja berlalu. Hampir setahun meninggalkan dunia Universiti, hampir setahun meninggalkan dunia akademik, hampir setahun meninggalkan dunia korporat, hampir setahun tidak berpersatuan. Sekarang duniaku dakwahku :-)

Dahulu dilihat masih keanak-anakan, sekarang perlu berlagak menjadi dewasa. Hakikatnya, masih lagi keanak-anakan. 

Tiada masa untuk berlengah dan membuang masa. Di manakah hidayah yang produktif dahulu? 

Jika Allah izin akan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lebih bermakna. Hajat doa semoga diperkenankan dan dipermudahkan oleh Allah. Sementara berbaki usia muda ini, korbankan masa lapangmu, korbankan hartamu. Bersemangat! Hammasah! Jiddiyah! Jangan lupa baktimu kepada kedua ibu bapa.


Jerebu masa di Usim
Kenangan Tamhidi Empat tahun yang lepas



Produktif




26 September 2015

Aktiviti Eid

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu akbar!
Allah maha Besar.
Allah is Almighty.

Pengorbanan yang dilakukan mudahan menjadi nilaian amal soleh daripada Allah.

ألَا إن خَيرَ الزّاد التقوى
Hanya dengan kebaikan dapat menambahkan ketakwaan.

Eidul Adha ini mudahan tersenyum membawa hikmah.
Hidup di dalam keluarga yang beraktiviti, mendidik hati untuk ikhlas memberi dan berbakti.

Penat memang penat, tetapi melihat kepada semangat mak yang berkobar. Mana mungkin untuk membantah. Hilang di mata mak tak sampai seminit, nama pasti diseru. :-)

Masak, buat air, mengemas, membasuh, melayan tetamu, beli barang, itulah rutin kami anak-anak perempuan yang turut sibuk membantu mak. Korban setiap tahun, tidak kiralah apa jua aktiviti. Nama ana pasti naik sebagai ketua ajk kebersihan dan mengemas. Agaknya memang ana muka angkat pinggan, basuh pinggan, mengemas surau, mengemas meja, membasuh semua. hu3. Cleaner surau keluarga yang bertauliah. Ana tidak rajin, malas itu diakui. Mendengar titah ibunda, malas bertukar menjadi paksa. Paksa dahulu, ikhlas akan menyusul kemudian. :-)

Menyediakan bahan masak itu sudah menjadi kepakaran, tiba masa untuk memasak pula, ana hanya dapat memandang. Memasak tangan orang tua. Tangan orang muda mengacau dan merasa. Setakat sayur bolehlah masak banyak-banyak. Masak sup? Masak daging? Dalam kuantiti yang banyak, hanya mampu memandang. Berapa kali masak pun tidak boleh dikira dalam satu hari. Banyak sangat makan. Kerja sikit makan, kerja sikit minum. Manusia memerlukan tenaga untuk bekerja.

Menangis apabila berada di hadapan kayu api. Asap api menderu kena di mata apabila angin kuat lalu. Mak kata, macam mana nak ke syria ni, habuk kayu api pun tak tahan. Kata nak berjuang.

Menurutku, siapa kata nak berjuang kat sana? hu3. A.ahlah mak, kalau nak ke sana pasti akan menyediakan makanan untuk mereka. Kena ada kepakaran dalam memasak, meskipun berkayu api.
Kepakaran dayah, mendidik Al-Quran dan boleh memahami bahasa Arab. Masak? Untuk diri sendiri bolehlah. Mungkin selepas ini nak belajar untuk lebih pakar memasak untuk orang ramai.

Mujurlah rumah pusat untuk memasak dan melakukan aktiviti orang ramai. Serba sedikit kepakaran mak boleh dicedok dan dipelajari.

Solat Hajat, Iftar Jamaie, Korban, ceramah. Alhamdulillah.

2 Hari bertungkus lumus. Malam untuk berehat. Bersembang sakan dengan mak cik- mak cik mengenai pengajian kitab dan mengaudit akaun keluarga pada malam tersebut. Gelagat orang tua menyediakan akaun, hanya mampu tersenyum. :-) Ilmu orang muda mereka sedikit pun tidak ketepikan. Mereka sangat selesa untuk meminta bantuan jika tidak tahu.

Esoknya, usai solat subuh. Badan ini bermalasan. Tidak mampu untuk mengemas pinggan mangkuk yang berbaki. Mak menyeru, hidayah ajk kebersihan.... hu3. Rupanya anaknya tidak mahu bergerak daripada tempat beradu. Cuti ada lagi mak...  :-)

Badan bermalasan itu tidak baik, tetapi untuk menghasilkan sesuatu yang baik memerlukan badan yang cukup rehat. Bak kata kakak, dayah tidur hari ini tak ingat dunia. :-) Tagline ana, asalkan bahagia dan Allah redha :-) Mak mengangkat kening sahaja, anak perempuannya ini masih perlu belajar lagi detik hatinya. Belajar mengenal dunia. :-)

Wallahua'lam.

21 September 2015

Pengurusan Kewangan (Berkebajikan)

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti persekolahan yang indah, ruang untuk menulis semakin mudah. InsyaaALLAH. Semoga Allah beri ilham untuk mencoretkan serba sedikit pengalaman yang dapat memberi manfaat. InsyaaAllah.

خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat.
Hadis riwayat Tabrani

سئل رسول الله (صلى) من أحب الناس إلى الله؟ قال: أنفع الناس للناس
Rasulullah S.A.W telah ditanya, siapakah manusia yang paling disukai Allah? Jawabnya, Manusia yang banyaknya memberi manfaat kepada manusia yang lain.

..............................

Dahulu ana pernah kongsikan beberapa panduan pengurusan kewangan bagi mereka yang berjiwa kebajikan. Terbahagi kepada dua.
1) Perancangan Jangka Masa Pendek.
2) Perancangan Jangka Masa Panjang.

Sebelum lebih jauh, ana berpesan pada diri untuk perbetulkan niat, perbaharui niat. Kerana apa merancang? Allah itu selayaknya untuk mengadili niat hambaNya.

Usia menginjak umur 24, mempunyai kerjaya dan dalam masa yang sama juga belajar. Kebajikan orang tua, hajat orang tua juga perlu diambil kira. Bahkan jika mempunyai adik-adik yang masih belajar, kebajikan mereka juga perlu difikirkan. Dakwah kiri kanan, ahli keluarga tidak diusahakan untuk berdakwah. Mudahan Allah izin untuk memimpin dan terpimpin untuk ke syurgaNya bersama ahli-ahli keluargaku.

Berbalik kepada Perancangan Jangka masa panjang.
Di usia muda ini, banyak perkara yang perlu difikirkan banyak kali. Keputusan yang bakal dibuat akan mempengaruhi kehidupan yang akan datang. Satu sahaja pesanku, apa sahaja keputusanmu hendaklah dihubungkan kembali kepada Allah. Apakah yang dilakukan itu kembali manfaatnya kepada Agama?

Terimbau satu baris lirik yang dipetik daripada lagu sudah sunnah orang berjuang versi pertama.
"Orang lain membuat harta, tapi dia (pejuang) membuangnya."

Benar, pejuang yang sebenarnya dialah yang membuang segala cintanya kepada dunia. Sehingga harta dunia tidak sempat untuk difikirkan. Bahkan baginya, dunia dan isinya tidak terkesan sedikit pun di hatinya. Hebatnya.

Di era modenisasi, keperluan material sangat diperlukan untuk bergerak di atas jalan dakwah. Bahkan akan ketinggalan jauh jika tidak seiringan dengan perkembangan dunia. Jangan bimbang, Allah maha adil. Pejuang itu bukan terlahir dikalangan mereka yang tiada harta sahaja, tetapi terlahir dikalangan mereka yang berharta. Disebabkan itu lahirnya konsep infaq, sedekah wakaf dan zakat.

Jiwa berkebajikan memilih untuk menjadi seorang daieah dan dalam masa yang sama memilih untuk memberi. Kehidupan di dunia bukan sahaja untuk tuntutan berjuang semata-mata, tetapi merangkumi banyak aspek. Antaranya, persediaan dan bekalan menuju akhirat. Dunia hanya sementara, akhirat jualah tempat kekal selamanya.

Ibu bapa, anak, isteri adalah tanggungjawab yang diamanahkan Allah untuk dipelihara dan dijaga. Mana mungkin jika tidak berharta, anda boleh melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kembali kepada landasan syarak. Apakah dengan berjuang, segala tanggungjawab engkau tinggalkan? Memilih untuk redha? Ya, itu yang terbaik. Tetapi bukan mudah untuk meyakinkan sebuah keluarga untuk redha memberi pergi. Perlu ingat, jika asas redha itu sudah ditanam dan diajarkan sejak kecil memang mudah. Tetapi jika tidak, usahlah untuk mengharap redha dari mereka. Usahalah untuk memenuhi tanggungjawab itu semua.

Realiti sekarang, Allah izin untuk melihat 2 contoh keluarga dakwah. Ada sebuah keluarga yang redha memberi pergi suami dan ayahnya untuk berjuang manakala satu lagi  keluarga dakwah yang turut bersama-sama dalam berdakwah. Adalah yang lebih baik pejuang  itu sendiri yang membawa ahli keluarganya turut sama berdakwah. :-) Dalam masa yang sama keluarganya dapat membesar dihadapan mata.

Di sini, ana ingin kongsikan beberapa perkara yang ana lakukan dalam perancangan jangka panjang.

Pertama: Ana mengambil Perlindungan di bawah takaful Ikhlas dengan pembayaran RM150 sebulan. Tempoh matang sehingga umur 75tahun. Ibarat menabung dalam khairat kematian. Bezanya, takaful akan saling membantu ahlinya jika ditiimpa kesusahan. Ini dinamakan tabarru'at. Ana baru sahaja mencadangkan kepada pihak lembaga sekolah untuk menyediakan perlindungan kepada guru-guru. Hal ini bertujuan untuk menjaga kebajikan guru-guru di sekolah. Alhamdulillah, respon yang baik daripada mereka. Bermula tahun hadapan akan dilindungi di bawah sekolah. Perlindungan persendirian tetap diteruskan, kerana perlindungan yang akan diberikan secara percuma oleh pihak sekolah hanyalah ketika berada di dalam situasi bekerja.

Kedua: Panduan membeli kereta. Jiwa berkebajikan jika hanya bermotor akan mengehadkan perjalanan dan gerak kerja dakwah. Usia muda memang mudah tercabar. Melihat orang lain berkereta baru dengan hutang selama 9 tahun, diri ini juga ingin sama berhutang. Tetapi, ditegur dengan iman. Bersabar. Biarlah hanya mampu memandang orang mengheret kereta barunya ke sana ke sini. Kereta abah masih boleh dipinjam kan? :-) Ana masih dalam usaha menyimpan untuk membeli aset sebuah kereta. Hajat doa. Pinjaman akan dilakukan jika benar-benar memerlukan. Seperti membeli rumah atau tanah. Kereta tidak termasuk dalam senarai untuk melakukan pinjaman. Ada rezeki, Allah pasti mudahkan untuk membeli sebuah kereta yang terpakai dan masih baik untuk tempoh menunggu kereta baru. Impian memiliki kereta baru dengan duit simpanan. 5 tahun lagi InsyaaAllah. Rumit sungguh jiwa berkebajikan ni kan. Semuanya tak boleh. Hidup perlu ada prinsip. Jika tidak akan tergadai segalanya.

Ketiga: Menyimpan dalam KWSP. Akaun ada, tetapi tidak disiplin menabung. Sekolah tidak menyediakan tabungan KWSP. Perlu usaha sendiri. Cadangan mewujudkan tabungan KWSP tidak mungkin tercapai, kerana gaji pun diterima melalui envelope. Setiap bulan ana akan masukkan sendiri ke dalam bank. Alhamdulillah cadangan untuk mewujudkan pembayaran gaji melalui akaun akan bermula pada tahun hadapan. Mungkin selepas ini pembayaran simpanan KWSP boleh menggunakan auto debit daripada bank. Lebih mudah. Itupun kalau ada duit dalam bank :-)

Keempat: Menyimpan dan melabur dalam Tabung Haji. Jujur, akaun tabung haji tidak lagi bertukar nama. Masih menggunakan nama abah. Kesedaran untuk mendaftar haji datang lewat. Mudahan  ana berjaya daftar pada tahun hadapan. Hajat doa. Bonus tabung haji pun tinggi juga. Duit pinjaman PTPTN cadangnya akan dibayar sepenuhnya selepas 2/3 tahun dengan pelaburan duit di dalam tabung haji. Sedih juga memikirkan keterlibatan pinjaman dengan PTPTN. Allah sudah takdirkan untuk belajar dengan meminjam. Tiada kesedaran untuk elak PTPTN ketika itu. Bahkan hanya mendengar kata kakak yang juga meminjam daripada PTPTN. Walaupun kakak sudah memiliki master, pinjaman PTPTN tidak pernah dibayarnya lagi. Memilih untuk menangguh pembayaran kerana sambung belajar.

Kenapa ketika itu ana tidak usaha cemerlang dalam bidang yang dipelajari untuk perolehi JPA? Bermula daripada awal sudah menjangkakan bidang Matematik Kewangan tidak mampu digalas. Ana bidang sains, tidak tahu menahu mengenai kewangan. Add math A, Maths A sekalipun, jika tiada minat memang tidak boleh. Belajar dan terus belajar untuk memiliki segulung ijazah. Subjek yang susah, ramai yang repeat. Walaupun hanya sekadar belajar tanpa minat yang mendalam, Allah izin tidak pernah repeat. Sekarang elak kerja bank, kerja bab duit-duit, saham-saham. Elak syubhah. Tidak mengapalah kena bayar pinjaman walaupun tidak kaya. Tidak jiwa dengan semua itu, mendidik sahaja menjadi pilihan. Hanya kerana mengenangkan ilmu seorang pendidik yang memberi, ana akan usaha untuk manfaatkan seadanya dalam kehidupan insyaaAllah. Akaun sendiri dapat diwujudkan, akaun keluarga dapat diselenggarkan, dan ana juga dapat membantu dalam selok belok pengurusan koperasi dakwah. Satu bonus dalam berkebajikan. Alhamdulillah.

Malangnya, menabung dalam tabung haji juga tidak disiplin. Permulaan bekerja, gaji mudah sahaja cair. Menunaikan hajat itu, hajat ini. Bulan ini, TV baru. Hajat keluarga. Tabung haji, tinggal tabung. Bank Islam tinggal bank. :-)

Kelima: EMAS. Nanti akan dikongsikan. Penat juga menulis bab urus kewangan ni. Sebenarnya tidak suka subjek kewangan, kerana kewanganlah yang membuatkan diri ini sakit semasa belajar. Instrument derivative, investment potfolio, bond, loan, forex, dan sebagainya. Sakit mengira semua itu. Mujurlah financial calculator hilang. Kalau tidak semakin terkenang-kenang.

Ikutkan banyak lagi perancangan jangka masa panjang. Cukuplah untuk tahun ini. Duit Yuran belajar, duit bercuti mak abah, reward diri sendiri dan anak didik insyaaAllah akan berkongsi di ruangan yang lain. Itu perancangan jangka masa pendek.

Sudah panjang berceloteh, mudahan bermanfaat. Rumit tidaklah rumit. Jika punyai ilmu dan kesedaran untuk merancang, bermulalah daripada awal. Jangan bertangguh.

Duit difikirkan hanyalah untuk kelangsungan hidup untuk terus memberi dengan tanpa henti. InsyaaAllah.

Berkebajikan mesti profesional, jika lemah dan serba tidak tahu pasti akan dihina dan diherdik. Fitnah buat Islam.

15 September 2015

Penyelesaian terakhir.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah mudahan ku terus bersemangat mendidik anak-anak ini.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam tinggal berapa hari sahaja.
Buntu juga untuk mencari penyelesaian terakhir untuk meluluskan anak didik yang sepertinya tidak boleh lagi untuk lulus. Jalan terakhir ini, mudahan berhasil. Subjek Al-Quran tiada masalah, tetapi bahasa Arab. Izinkan mereka untuk ingat dan faham akan ilmu dan ikhtiarku yang terakhir ini ya Allah.

Hajat doa untuk kuat. Mudahan bersama usahaku ini terselit sedikit keberkatan. Aamiin.
Di jalan ini, jiwa mendidik tidak melihat akan peritnya mendidik tetapi bimbang akan anak didiknya yang perit setelah berjuang. Sungguh ustazah tidak akan membiarkan kau sakit dengan kegagalanmu.
Mengertilah, penatku semata ingin melihat kau berjaya dan peroleh manfaat semaksimanya.

Meskipun perjuangan memungkinkan tidak berjaya, usahaku itu perlu ada dengan semaksimanya. InsyaaAllah.

11 September 2015

Kehidupan bermotor.

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah izin untuk lapang pada hari ini.
Waktu persekolahan pada hari jumaat hanya sehingga pukul 11.30.
Pulang awal pada hari ini.

Terima kasih Allah atas nikmat Iman dan Islam.

Sebaik sahaja ingin keluar dari sekolah, anak didik berlari menghadiahkan topeng muka (mask).
Musim jerebu, mengundang sakit tekak dan pedih mata. Tambahan pula ana memilih unutk bermotor. Sering terdedah dengan habuk serta asap yang berkumpul di udara. Terima kasih anakku.

Bermotor bagi seorang muslimah bukanlah sesuatu perkara yang pelik.
Walaupun bertubuh kecil, kaki terkadang cecah tak cecah, satu negeri mampu ana jelajahi.
Desakan kerja, dakwah, halaqah, hajat orang, tuntutan sebuah perjuangan, tuntutan sebuah ilmu dan juga masyarakat ana tepis segala kelemahan, kuatkan hati untuk berusaha di atas kaki sendiri. Mengundang kepercayaan dan keyakinan mak untuk bermotor, sangat mengambil masa. Akhirnya, Allah lapangkan hati seorang ibu untuk memberi izin. Itupun setelah memberi sehelai nota kata-kata. :-) Bicaraku. "Mak, jalan yang ditempuhi ini bukan jalan maksiat dan sia-sia. Allah pasti mudahkan dayah. Sekalipun bermotor, ajal itu di tangan Allah, boleh berlaku di mana-mana sahaja. Mak izinkan ya." Besar risikonya berjalan di atas jalan Allah, mudahan besar nilaian Amal soleh di sisiNya.

Bermotor kerana Allah, pasti Allah permudahkan. Jika terjadi sesuatu kepada diri ini, itulah dinamakan takdir. InsyaaAllah, sepanjang setahun bermotor, Allah sangat melindungi. Jalan yang ditujui ialah jalan menuju kebaikan, jika buruk pasti ana tidak berani menanggung risiko.

Hujan lebat, lopak air, kesesakan, semua sudah dilalui. Selagi tidak berlesen kereta, selagi itu akan bermotor. Allah uji dengan kesibukan sehingga tidak berkesempatan untuk belajar. Cikgunya free, ana sibuk. Ana free, cikgu pula sibuk. Kesudahannya, terlupa nak belajar.

Tidak tahu mengapa, bermotor mengundang kekaguman. Yang memandang itu terdiri daripada mak ayah pelajar sekolah, mak ayah mengaji, anak didik, sahabat sahibah, adik halaqah, kakak halaqah, anak halaqah, m.cik p.cik halaqah, m.cik mengaji. Kata mereka utazah membawa motor sangat tabah. Ini kagum ke atau kasihan? Ana sendiri keliru. Hanya tersenyum.

Ana sedih atau gembira apabila bermotor. Jika ada mak mentua, bahkan tahu menantunya bawa motor jauh-jauh, hilang keayuan. Silalah reject awal-awal ya. :-)

Dengan bermotor, kebajikan mak abah terjaga, kebajikan sekolah terpelihara, kebajikan sesama manusia terlaksana. Gerak kerja dakwah, ilmu, dan ukhuwah terlaksana.

Dengan bermotor, dapat menghantar pelajar balik, guru yang mengalami masalah pengangkutan juga dapat dihantar. Dengan bermotor juga pelajar dapat dihantar ke klinik. Mudah bermotor, tetapi berkereta lagi mudah. Banyak lagi baktiku akan dapat dicurahkan. Penat bermotor, tetapi setelah sampai ke destinasinya akan terus hilang. Buat kerana Allah pasti akan dipermudahkan. Bi iznillah.

Mengalami peristiwa motor rosak, hampir terlajak, semua itu Allah membantu. Rosak di tengah jalan, Allah izin untuk baiki sendiri sehingga boleh bawa ke rumah. Hampir terlajak istighfar mohon Allah selamatkan. Setakat ini tiada kecedaraan, kemudharatan yang berlaku. InsyaaAllah di bawah jagaan Allah serta doa mak abah.

Tidakkah dengan melakukan kebaikan sesama manusia itu juga pulangnya kepada Allah yang menilainya serta Allah yang memerhatinya? :-)


08 September 2015

Menjemput Jodoh

Menjemput bukan mencari jodoh.

Bismillahirrahmanirrahim.

SENI JODOH

Sudah lama ingin menukilkan satu pandangan mengenai jodoh. Ternyata ada yang lebih dahulu merungkaikannya, seolah olah sama dengan pandangan ana. Alhamdulillah. Allah izin untuk menemukan dengan pandangan daripada Setia Furqon Kholid, seorang penulis dan motivator.

Menurutnya,

Dalam mendapatkan jodoh, ada seni tersendiri.
Dan semua orang punya cerita masing-masing.
Ada yang harus meyakinkan dulu keluarga, ada yang terbentur masalah dana, ada yang belum lulus kuliah, atau juga harus membujuk kakak yang belum menikah.
Ada yang udah lulus S2, kerja udah ada, ujiannya pula susah dapetin yang cocok.
Sebaliknya, ada pula yang belum kepikiran nikah, udah ada yang melamar.
Nah loh!

Sahabatku seperti misteri rizki, misteri jodoh juga mesti kita pahami dengan kacamata iman.

Tugas kita adalah meluruskan niat, dan menyempurnakan ikhtiar dalam menjemput jodoh.
Masalah dengan siapa dan kapan biarlah Allah yang menentukan takdir terbaiknya.

...................................

Setiap dari manusia pasti ada caranya yang tersendiri menjemput jodoh. Terpana dan terkesima mendengar luahan seorang demi seorang dengan jodoh masing-masing. Sukar rupanya menjemput jodoh. Selama ini, ana tiada ruang untuk menjemput jodoh. Bimbang terkesan pada Ibadah, bimbang menderhaka orang tua dan paling utama bimbang daripada fitnah.

Kadangkala ana menjadi penasihat jodoh kepada teman-teman. Muda, sama usia, mahupun tua, berikan sahaja pendapat. Tetapi diri sendiri tiada pengalaman bertemu jodoh. Memanglah, kan belum berkahwin :-) Pelik bukan? Disebabkan itu, setiap kali ruang fitnah terbuka, ana pasti akan tutup dengan kata-kata yang tidak mengizinkan ruang suka sesama itu ada. Sejak di bangku sekolah mahupun Universiti, dan bekerja, jika berhubung sesama lelaki hanya dasar urusan kerja dan persatuan. Tidak lebih daripada itu. Bertegas untuk tidak akan suka, kerana bimbang semua amal yang dilakukan hanya mahukan perhatian. Memang permulaannya akan rasa biasa, lama kelamaan akan memakan hati.

Bimbang dengan jodoh tidak bertemu? Hm... sudah banyak didengari daripada mulut-mulut kenalan. Bahkan hanya meyakinkan dengan kata-kata. Baik kita, pasti Allah akan hadirkan yang baik-baik buat kita.

Teruskan berdoa, meskipun ruang menjemput itu tiada lagi. Yang mendengar doa itu Allah. Dia pasti akan menggerakkan hati-hati orang beriman untuk bertemu.

Jika mahu menjemput jodoh kerana ikut-ikutan, kerana desakan, dan sebagainya. Baliklah kepada Allah. Mintalah kepadaNya dengan istikharah. InsyaaAllah, berhasil bahkan pasti akan redha meskipun bukan dia.

Termenung seketika, memikirkan hidupku di dunia ini. Mampukah aku mempersiapkan seadanya bekalan untuk akhiratMu ya Allah? Jika Kau takdirkan aku berkesempatan mempunyai keturunan, akan ku didik sepenuhnya hanya untuk mencapai redhaMu. Sebaliknya, izinkan hambaMu ini untuk kembali kepadaMu dengan bekalan yang mencukupi. Amal soleh yang sebenar-benarnya Engkau redha.

Menjemput jodoh? Jemputlah apabila benar-benar bersedia. Dari pelbagai aspek perlu diperhatikan. Sungguh! Bukan mudah menjemput jodoh, jika urusannya mudah, pasti itu Allah yang mudahkan. Untuk merealisasikan matlamat menuju redhaNya, persiapkan diri. Usah berharap. Cukuplah berdoa, Ya Allah kurniakanlah cintaMu dan cinta hambaMu yang dengannya aku mendapat cintaMu. Ya Allah kurniakan cinta kepada siapa pun yang menyukaiku dan jika baik buat agamaMu, jadikanlah kekuatan bagiku untukku menyukainya. Jika sebaliknya, jauhkan aku darinya.
Aamiin.

Semoga redha Allah bersama dengan kita semua.

06 September 2015

Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim.

Jika bicara mengenai hujung minggu, pasti memikirkan cuti dan juga hari rehat. Setiap hari dilalui dengan tiada cuti dan hanya malam untuk ana berehat.

Allah izin, untuk kuat demi kesinambungan hidupku di akhirat. Menerima kunjungan saudara mara, tidak sempat untuk berbual panjang. Tanggungjawabku menanti. Mendidik di hujung minggu memerlukan kekuatan dalaman. Ketika perjalanan, minda ini berputar ligat mencari kekuatan. Sedih dan rasa terganggu. Ada kisah disebaliknya, insyaaAllah ana cuba untuk susun menjadi pengajaran dan hikmah.

Memiliki kerjaya yang mulia, sememangnya ramai yang melihat turut mengakui. Tetapi sejauh mana mulianya di sisi ALLAH, wallahua'lam. Menerima teguran demi teguran oleh saudara mara. Kenapa tidak memohon kerja kosong? Gaji lebih besar dan tidak payah berpusu-pusu untuk mengajar sabtu ahad. Jika nak berbakti kepada agama, berbakti pada mak abah lebih afdhal.

Sedihnya. Mereka tidak tahu. Hati kuat berada di jalan ini kerana redhaNya. Benar, mereka menawarkan banyak related job dengan ijazahku. Mengertilah, jalan ini lebih tenang dan lebih sesuai. Bahkan, jika ana ingin berbakti kepada mak abah, baktiku mestilah dengan harta yang diredhaiNya. Mak abah sememangnya terlebih dahulu mengizinkan pilihan ini. InsyaaAllah, rezeki boleh usaha untuk mencari, mudahan Allah pertemukan. Selalu datang di saat memerlukan bahkan datang pada tempat yang tidak disangka-sangkakan.

Termenung jauh, sehingga hilang tumpuan mengendalikan motor. Mujurlah tidak berlanggar. Ada rezeki bulan hadapan berkereta. Tidak baru. Mudahan elok. Memilih untuk bersabar, tidak mahu mengikat pinjaman. Cukuplah terikat dengan pinjaman pelajaran. Azamku, semuanya akan dibayar tunai. Menyimpan adalah pilihan. Walaupun simpan, lalu habis. Simpan, tinggal sedikit. Sekurangnya ana memilih untuk membeli dengan tunai, tidak kepada bunga dan imbuhan. Bersedia dengan sebarang kemudharatan, jika perlu meminjam, dan itulah jalan penyelesaian yang terakhir, barulah meminjam.

Ana kuatkan hati, tekad membuang segala prasangka dan lemah hati, fokusku mendidik. Anak didikku menunggu, kasihan mereka nanti terganggu dengan emosiku. Allah izin untuk yakin dengan istikharahku dalam menentukan bidang kerjaya yang sesuai. Allah ubat hati dengan kata-kata ini.


Dalam masa yang sama juga Allah ubati dengan karenah jawapan anak didik menjawab soalan PT3 Sains. Ketika ini tengah menanda paper di waktu hening pagi.


Tersenyum, karenah mereka mampu mengubati hati ini. Lain ditanya, lain pula yang dijawabnya. :-)
The question ask to discuss the importance of reproduction, not the marriage! Allahu...

Jawapannya,
-Ia boleh menceriakan suasana.
-Susah senang tanggung bersama.

P/S: ana salah ajar ke? Jawapan tersebut betul, tetapi tidak menepati waqi'. Subjek sains atau rumah tangga ni? :-)

Jiwa mendidik perlu lebih kuat selepas ini. Doakan.

04 September 2015

Tahap Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarbiah Allah buat hambaNya bukan sehari dua, bukan setahun dua, ia memakan masa.
Jika berasa sudah cukup, sudah hebat, ternyata itu baru permulaan diuji. Bahkan jauh daripada itu lagi akan diuji. Mempelajari sebuah ilmu, jika dirasakan sudah banyak, sudah bangga diri, bahagia, sombong, ketahuilah itu baru tahap pertama. Perlu diketahui tahap ilmu itu ada tiga menurut Saiyidina Umar AL-Khatab.


Setiap kali memerhati bicara sahabat-sahabat di laman facebook, ternyata yang kerap mengadili sesuatu pernyataan adalah mereka yang baru mengenal ilmu. Tidak salah untuk melontarkan pendapat dan buah bicara, kerana daripada itu mereka belajar. Ana tidak berhajat untuk menuding jari, ternyata ana juga salah seorang daripada mereka yang berasa sombong dengan ilmu yang dimiliki. Ampunilah dosaku ya Allah. AlFaqir yang hina ini baru sahaja menuntut secebis ilmu, tetapi sudah merasakan hebat, bahkan sudah berasa lebih daripada mereka yang tidak mempelajarinya.

Ternyata tahap ilmuku ini baru permulaan.

Mood menyiapkan assignment Faraidh. Apabila mengira pecahan, sudah merasa hebat. Terlintas di hati ingin mengatasi para asatizah yang menceburi bidang faraidh. Allahu...

Kurniakan kepadaku kefahaman ya Allah. Agar suatu masa aku juga mampu melalui tahap tawadhuk dan merasai diri ini tiada apa-apanya jika dibandingkan dengan ilmuMu.

Mudahan usahaku  .mempelajari ilmuMu menjadi bonus buat Islam meskipun ianya Kifayah.


31 August 2015

Keep me strength, Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah, please give me a strength to be a mukminah.
It's hard to explain why me that You must be concerned?
Who am I? I'm just a little atom move around You without any meanings.
Infinitely small and useless. Please, look at me. Give me some hopes to love You.
I'm need to focus on my ambitions. What should I do?

Start from now, I must follow strictly with my schedule, let gone be by gone.
In my heart, Dunia just a while, Akhirah is forever.... InsyaaAllah.

Hayati sabdaan ini, jangan terlampau alpa kita di sini hanyalah perhentian sementara.

عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ نَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حَصِيرٍ فَقَامَ وَقَدْ أَثَّرَ فِي جَنْبِهِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ اتَّخَذْنَا لَكَ وِطَاءً فَقَالَ مَا لِي وَمَا لِلدُّنْيَا مَا أَنَا فِي الدُّنْيَا إِلَّا كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا. رواه الترميذي.

Dari Ibrahim dari Alqamah dari 'Abdullah berkata: Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam tidur di atas tikar lalu Baginda bangun, tikar itu membekas di belakang Baginda, Kami berkata: Andai kami membuatkan hamparan yg lembut utk Mu.
Baginda bersabda: "Apalah urusanku dgn dunia, Aku di dunia tidak lain hanyalah saperti pengembara yg berehat di bawah pohon setelah itu pergi dan meninggalkannya."
HR Tirmizi (2299)

Kemerdekaan Sebenarnya

Bismillahirrahmanirrahim

Tanggal 31 Ogos, Malaysia merdeka. Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat keamanan yang diberikan kepada negara Malaysia. Makna kemerdekaan yang hakiki dicari, alhamdulillah Allah izin untuk berjumpa dengan satu kata-kata yang terkesan. Hasil perbualan dalam ruangan wassap dengan seorang teman akrab, tiba-tiba dia berkongsi satu pengertian kemerdekaan. Merdeka yang sebenarnya ialah setelah kita confirm bebas daripada seksa api neraka Allah.

Daripada itu, hati ini terusik. Apakah dosaku diampuni? Apakah layak aku ke syurgaNya. Sungguh diri ini tidak sanggup ke nerakaMu. Cukuplah panas api di dunia, aku tidak sanggup ya Allah. Ampunilah aku. Apakah sempat untuk aku kembali kepadaMu dengan persediaan yang sebenarnya. Ternyata aku masih bermain dengan hidup. Izinkan aku meraih redhaMu Allah.

Dalam meniti kehidupan ini, jika rasa kau telah di uji dengan hebat, sebenarnya kau silap. Adalah jauh lebih hebat lagi di luar sana sedang di uji.

Mengertilah, Allah itu ada untuk meminta. Mintalah dengan bersungguh sungguh. Tunaikan hak Allah, Allah pasti akan membantuMu.

Doakan Malaysia, doakan ana, doakan kita semua. Allahu Maan.

22 August 2015

Coretan semata, ada manfaat.

Bismillahirrahmanirrahim.
Hidup ini, jika ALLAH izin untuk terus mengabdikan diri kepadaNya di sebuah gua, di mana tiada siapa yang melihat pasti akan tenang hanya di sisiNya.

Hari demi hari, bersemangat untuk mencoretkan sesuatu. Tetapi, setiap kali ingn menulis, jari ini terhenti. Bimbang sia sia dan seolah olah mengharapkan manusia mengagumi dan melontarkan pujian. Ingin mencontohi Imam AlGhazali dan buya Hamka, Melontarkan falsafahnya mengenai kehidupan buat pembaca yang thiqah kepadanya. Jujur penulis juga banyak silap dan dosa kepadaNya. Tidak layak untuk dikagumi. Hinanya dihadapanNya.

Inspirasi untuk hidup hanya keranaNya. Meneruskan sisa umur yang berbaki dengan menyebarkan manfaat tidak mengira siapa pun. Tersentuh dengan doa anak-anak didik semoga dipermudahkan hafazan dan diberikan kesihatan. Kepercayaan demi kepercayaan masyarakat tergalas di bahu. Tidak akan ku siakan. Malunya dengan diri sendiri, banyak dosa tetapi mengundang kepercayaan manusia. Hinanya diri ini, mereka silap.

Ya Allah, kata-kataku sememangnya mengundang orang yang mendengar terpana. Tetapi mereka silap, aku banyak salah dan dosa.

Jika ngin bersahabat tidak kira m.cik mahupun kakak, p.cik mahupun abang, adik mahupun anak-anak,. Pasti akan di ajak ke rumah. Kenallah diri ini sepertimana dan bagaimana empunya diri dengan keluarga. Biarlah penuh sepenuhnya rumah. Asalkan ukhuwah terjaga. Terharu, kenalan demi kenalan, mahupun anak didik sekolah, tahfiz dan pondok juga sanggup hadir ke rumah terbuka yang ana anjurkan. Kereta berduyun-duyun mengambil parking, van menunggu giliran untuk parking. Sungguh rasa dihargai. Anak didik Alquran gembira sehngga sanggup menunggu sehingga lewat malam bersama meraikan tetamu. Allah, sungguh diri ini tdak layak dihargai, kerana banyaknya dosa dan hinaNya aku di hadapanMu. Walaupun rasa kanak-kanak dikalangan mereka, semangat untuk bersahabat walaupun sangat hina dan kurangnya dikalangan mereka. Keluarga ana, terutamanya mak tersenyum walaupun penat menjayakan majlis, memasak dan melayan kerenah tetamu. Mak tidak kisah, kerana kawan anaknya juga kawannya. Mak tersenyum melihat meriahnya rumah dihadiri mereka yang ikhlas dalam agama. InsyaaALLAH.

Ikhlas usah dibicarakan. Saya sangat terinspirasi dengan kata-kata mak. Jika saya membeli barang rumah, membeli barang dapur, membayar bil mahupun memberikan duit saku, mak kata ini bukan tanggungjawab. Mak kata ini pemberian ikhlas, memberi tanpa diminta. Mak tanggungan abah. Setiap kali itulah, jika mak menerima mak akan kata pahala buat dayah. Sebagai amal jariah. Inspirasi memberi dengan banyak. InsyaaALLAH.

Dikelilingi mereka yang memberi inspirasi, tambahan inspirasi mendidik apabila melihat anak didik AlQuran yang rajin membantu mengemas tempat pengajian tanpa disuruh. Terhibur dengan usahanya mendoakan gurunya dipermudahkan membawa kereta. Setiap petang pasti mereka akan menemani ana berlatih membawa kereta. Takjub dengan anak didik yang sememangnya sangat keras lidahnya untuk menyebut makhraj huruf dengan bertul. Tetapi sangat rajin datang, mengemas dan mop surau pengajian. Doa ana semoga diberikan kelembutan. Sungguh inspirasi, walaupun bacaannya seminggu sekali baru dialihkan, dia tetap mahu datang dan memberi bakti. Selepas ini ana akan usaha datang tasmik meskipun perlu mengulang kesalahan demi kesalahan yang bertimbun.

Sunnguh nikmat menghadapi semua jalan ini, walaupun tidak seindah yang dicoretkan mudahan diterimaNya. Hinanya aku ya Allah. Tidak layak. Mengertilah akulah yang paling banyak menghimpun dosa kepadaMu sehingga aku malu untuk meminta kepadaMu.

Tdak mengapa di uji, asalkan Kau sudi untuk memandang dan menilaiku...

Benar, jika tiada tuntutan bersama masyarakat, sudah pasti akan ku abdikan diriku selamanya di dalam gua. Bacalah dengan hati terbuka. Mudahan yang membaca mendapat inspirasi. Maafkan diri ini, banyak sungguh yang dibicarakan, Mengertilah yang menulis ini banyak dosanya dan banyak silapnya.

Sungguh merindui majlis ilmu...

20 August 2015

Fitnah Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.

Jari jemari ini seakan meminta untuk menitipkan buah bicara. Hanya sekadar melepaskan bebanan yang tidak tergalas. Permudahkan ya Allah. Seandainya tersilap dalam mengatur bicara, maafkan aku ya Allah. Tidak berniat untuk mengadu selainMu.

Fitnah muslimah itu boleh datang melalui banyak cara. Buruk tingkah laku menjadi fitnah, baik tingkah laku boleh juga mengundang fitnah. Di zaman kini, jika kebaikan yang dilakukan akan mengundang tumpuan. Allahu, serba salah untuk melakukannya. Bahkan bukan menjadi riak tetapi sum'ah. Sedih.

Seorang muslimah itu apabila menjadi tumpuan, lantaran beranggapan dialah yang terbaik. Hapuskan perasaan ini, pandanglah diri lebih hina berbanding orang lain. Sesungguhnya, kulakukan semua itu kerana minat, tanggungjawab, amanah dan utamanya adalah mengikut perintahNya.


Kadangkala susah untuk menyimpan diri daripada terlihat orang ramai. Lalu memaksa diri melakukan juga, mudahan Allah terima. Nilai ikhlas? Paksa untuk ikhlas, lama kelamaan akan datang ikhlas. Tidak tertanggung pertanyaan demi pertanyaan tentang status. Terganggu fokus. Kesudahannya, katakanlah sahaja I'm not available. Lebih mudah bukan? Daripada melihat orang lain memerhati dan menyimpan rasa, kita pula hilang kuasa fokus.

Dalam meniti usia yang berbaki, baktiku pada agamaku, mak abah dan masyarakat setempat perlu diteruskan. Matlamat redhaNya dikejari. AlQuran matlamat di hati. Teruskan meskipun kau rasa tiada upaya. Usah berhenti di tengah jalan.

Semangat!







18 August 2015

Gejala Maksiat Perlu dibendung sejak kecil lagi.

Allahu Musta'an. Allah sebaik pembantu.
Bismillahirrahmanirrahim.

Saat mencoretkan tulisan ini, berbagai rasa yang terlintas dibenak hati. Sedih, duka, hiba dan gundah. Ana tergerak untuk berkongsi coretan pengalaman. Hampir setahun bersama anak-anak didik yang membesar dihadapan mata. Bimbang suatu hari jika ana ditakdirkan untuk meninggalkan mereka, mudahan ada pendidik yang lebih kuat dan bersemangat untuk berkebajikan mendidik mereka dengan lebih baik lagi. Niat di hati akan terus berbakti selagi mana termampu dan tidaklah sehingga melanggar fitrah dalam meneruskan kehidupan.

Hari demi hari mendengar jeritan batin seorang anak yang mendambakan kasih sayang dan tumpuan. Mereka sentiasa menunggu jawapan kepada soalan yang diajukan. Semua itu, mereka tidak berpeluang untuk merasainya daripada ibu bapa yang sibuk bekerja hari demi hari. Ana terinspirasi untuk membantu walaupun hakikat diri tidak berkemampuan. Jika kau lihat tenatnya masyarakat tidak menutup aurat, sebenarnya jauh lebih teruk lagi tenat mereka. Mendengar berita tentang kerosakan akhlak anak-anak di media massa, rasa terpukul membaca hebahan berita di internet yang membincangkan tentang kebiadapan tngkah laku remaja. Ana yang dikelilingi suasana islami tidak terdedah dengan istilah-istilah zaman sekarang. Terpanggil untuk mengkaji istilah yang digunakan anak-anak zaman sekarang. Sehingga ana turut bertanyakan kepada anak didik di luar yang tidak mengalami suasana islami mengenai istilah dan fenomena zaman sekarang. Sedih yang teramat.

Anak didik tidak beradab dengan gurunya ana tiada kompromi. Inikan pula mendengar anak didik di luar sana. Mereka berjudi, mempercayai sprit, menghisap gam, merokok, menghisap stick shisha, vape dan sebagainya. Istilah tersebut, pada mulanya ana tidak tahu, setelah mengkaji barulah lantang ana bersuara. Muktamad. Detik hatiku mereka perlu dibasuh dengan kata-kata yang berhikmah. Mereka jika dimarah menjauh diri. Hanya satu, ana ambil pendekatan hati ke hati. Mudahan jatuh menyembah kembali penciptanya Allah. InsyaaAllah. Mereka tenat.

Fenomena alam maya. Anak kecil yang akalnya tidak cukup matang terdedah dengan banyak ancaman bahaya yang akan menggelapkan hati bahkan akan hampir menutup semua bahagian akalnya yang waras. Anak kecil jika dibentuk dengan Alquran, zikir dan ilmu yang bermanfaat, mereka tidak akan menghiraukan dengan tablet, handphone, internet, televisyen dan sebagainya. Peranan ibu bapa adalah yang utama. Sedih. Ibu bapa yang menggalakkan anaknya memiliki alat elektronik adalah sebahagian punca kepada gejala maksiat yang kini berlaku dan semakin teruk. Belum ana huraikan lagi watak anak didik yang suka meniru gaya dan watak dalam drama dan lakonan di televisyen. Pengaruh media sangat besar. Sedih.

Inspirasi untuk memperbetulkan mereka di usia kecil. Sekurang-kurangnya, anak didik yang kecil lebih beradab dan mendengar kata-kata gurunya. Di usia ini,  hatinya dan perangainya mudah di lentur. Doakan ana tsabat dengan jalan ini, meskipun rasa sakit teruji. Jika rasa senang di dunia, bila mahu berehat di syurga? Allah itu maha adil. Nikmat di akhirat jauh lebih hebat. Di dunia sekadar celupan jari di lautan yang luas. Hanya sedikit nikmatnya. Akhirat jualah selamanya.

Memilih untuk mendidik mereka. Di saat ini, minda mereka mudah terdidik. InsyaaAllah.



10 August 2015

Ujian tidak bersifat sementara.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dikala tinta pena ini ditulis, mata pejuang kebenaran sedang tekun menimba ilmu daripada beberapa rujukan muktabar. Kadangkala usaha mereka tidak terlihat, dek kerana mereka terlindung daripada pandangan umum masyarakat yang sibuk dengan melihat luaran semata. Doa buat pejuang itu. Mudahan penulis juga tergolong bersama mereka yang berjuang dalam kebenaran. Aamiin.

Inspirasi untuk berpuisi? Sungguh diri ini tidak pula pandai bermadah, apatah lagi untuk menyusun kata. Izinkan ana berfalsafah. :-)

Allah izin untuk tersedar daripada kelalaian. Saat ini, yang kuharapkan hanya satu. RedhaMu. Jujurnya, kita selalu mencari pandangan manusia, tetapi tidak takut murka Allah. Naudzubillahi minzalik. Redahlah kehidupan ini dengan kekuatan, agar kita semua tidak salah memahami makna dalam kehidupan. Jangan kau sangka dengan hanya kesabaran yang bersifat sementara kau bakal memiliki kejayaan. Jika kau sudah berasa cukup dengan sabar yang telah dihadapi, usahlah mengaku bahawa kau sedang diuji. Hakikatnya, ujian itu bersifat panjang. Kau perlu bersabar dengan lebih banyak lagi selepas ini. Dengan cara itu sahaja Allah ingin mengajar dan melatih dirimu untuk terus bersabar sehingga saat kau bertemu penciptaMu.

-Saat Kau Melihat Manusia Salah, Kau terlebih dahulu Salah.
-Muhasabah Diri
-Bersahabatlah dengan kesabaran
Fosobrun Jameel <3 div="">

07 August 2015

Jiwa mendidik tercabar dengan realiti semasa.

Bismillahirrahmanirrahim...

Seminggu yang berlalu, penuh aktiviti di sekolah. Kepelbagaian aktiviti mendorong jiwa pendidik untuk terus bersemangat. Mudahan Allah kekalkan semangat ini sehingga mampu tersenyum melihat mereka menjadi pelajar yang penuh adab, berilmu, soleh dan muslih. Bi iznillah.

Tidak mengapalah dinilai manusia sebagai seorang yang tidak berpelajaran, tidak mempunyai kerjaya yang hebat, tidak mempunyai perwatakan yang menarik. Asal sahaja ALLAH sudi memandang. Benarkah Allah sudi memandang diri ini? Usaha tarik perhatian Allah. Datang kepada Allah dengan berjalan, ALLAH janjikan untuk datang kepada kita dengan berlari. Ibarat...

Susah betul untuk menjawab soalan yang bertalu-talu daripada manusia. Untuk menjaga hati, lebih baik berdiam. Bukankah dengan tidak meninggi diri itu lebih disukai berbanding mengangkat bakul sendiri? Tersenyum kerana kuatnya kita kerana ada Allah di sisi. Tidak berpelajaran? Perlukah untuk memberitahu, menunjuk dan membuka semua sijil yang tersusun? Kerjaya yang hebat? Hmm...  Mendidik memang tidak hebat. Tetapi hebat di mata yang memahami. InsyaaAllah.

Perwatakan menarik? It seems like, about my personality? Agak mundur :-)
Tetapi selesa dan rasa dihargai bila berdampingan dengan sesiapa sahaja.
Membawa diri sebenar, itulah hakikatnya. Selesa dengan keupayaan diri dan sangat meraikan personality orang lain yang menarik.

Mendidik sekolah rendah, kadangkala rasa terpukul dengan soalan mereka. Mereka kalau bicara, sememangnya jujur. Baju sama setiap minggu pun mereka perasan. Tak pakai shawl macam ustazah dan cikgu lain pun sibuk bertanya, tak selempang tudung pun menjadi masalah. Tak bermake up pun menjadi soalan. :-)

Jawab ana, inilah ustazah yang simple. Siapa nak terima ustazah, terima seadanya. Tidak cantik, tidak semestinya tidak pandai menjaga kebersihan. Jujur malas dan tiada masa untuk semua itu. Banyak masa yang boleh digunakan untuk benda lain.

Kejujuran itulah yang membezakan mereka dengan yang lainnya. Anak kecil lebih memahami hati seorang yang mendidik. Lebih-lebih lagi pendidik yang berjiwa kebajikan, sentiasa diuji. Ujian hari demi hari, diubati dengan kebaikan anak didik yang menghargai. Mereka jika mengucapkan penghargaan sememangnya lahir daripada hati. Terinspirasi untuk terus berbakti.

Realiti mendidik di kalangan mereka yang lebih dewasa (masyarakat), berlaku pula sebaliknya. Pandangan mereka, tidak memakai pakaian cantik menjadi kesalahan, tidak bermake up pun menjadi kesalahan. Apatah lagi, membawa AlQuran di tangan satu perkara yang dirasakan ganjil seolah-olah menunjuk-nunjuk. Allahu... Ternyata, berbeza penampilan ana dengan yang lain rupanya. Akhirnya, ana menjawab jawapan yang sama juga. Tetapi lebih berhikmah. Pendekatan kepada kebersihan dan menutup aurat. Selesa dan tenang tidak memberi dosa kepada yang melihatnya. Pandang redha Allah bukan nilaian manusia. Kata mereka, sememangnya perwatakan ana yang berakademik tambahan pula mengajar sains tidak sesuai. Wallahua'lam. Asalkan mereka terima gurunya dengan seadanya dan dapat ilmu yang benar sudah mencukupi, usahlah membandingkan luaran semata yang tidak pun ada kepentingannya dalam ilmu akademik. :-)

Ana masih bertatih dalam mengenal sosio budaya masyarakat. Mujurlah tidak syadid, memiliki kesederhanaan menjadi pilihan. Masih berbangga dengan sunnah, berbangga dengan syariat, tidak malu membawa nama Islam. Tetapi bimbang membawa fitnah kepada Islam. Raikan waqi' masyarakat, ada masa berjubah dan tudung labuh, ada masa berbaju kurung dan bertudung lerang, ada masa juga pandai menyesuaikan warna dengan majlis. Asalkan menutup aurat tidak mengundang maksiat dan Allah redha.

Perkongsian ini mudahan dapat membuka mata yang memandang serong kepada mereka yang tsabat dengan jalan berhijab dan memilih untuk bersederhana dalam kehidupan. Hijab bukan berfesyen, tetapi jalan untuk dekat kepadaNya. Tanda patuh kepada Allah. Selesa dengan diri sendiri. Kun anta :-)

01 August 2015

Raithah : Wanita dalam AlQuran

Bismillahirrahmanirrahim.

Usai mengemas deretan buku di almari kecil perpustakaan sekolah, ana tertarik dengan sebuah buku kecil ini. AlQuran bercerita soal wanita. Tampak kuning di semua helaian buku ini. Tandanya bahawa buku ini, buku lama. Lalu berazam untuk membaca buku ini.


Baru selesai membaca satu bab daripada buku tersebut, Allahu... Pengisiannya menyentuh hati ini. Terkesima dengan pengajaran yang dihuraikan. Terdapat 21 wanita yang telah diceritakan di dalam AlQuran. Antaranya, Raithah si wanita dungu. Dungu dalam bahasa melayu membawa maksud lurus bendul.

(AnNahl : 92 / 16:92)

"Dan janganlah kamu menjadi seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai-berai kembali dengan menjadikan sumpah (perjanjian)mu sebagai alat penipu di antaramu."

Ana ingin membuat kesimpulan daripada cerita tersebut. Memandangkan ceritanya yang sangat panjang, ana cadangkan supaya pembaca search sendiri cerita tersebut. Ia sangat mengambil masa untuk ana menaipnya.

Raithah merupakan seorang anak kepada Amru (seorang pemuda kaya di sebuah kota). Raithah sangat berhajatkan untuk memiliki kebahagiaan. Ketika itu dilihat ramai rakan-rakannya telah mendirikan rumah tangga. Raithah sangat sedih kerana belum ada seorang pemuda yang datang ke rumahnya untuk melamarnya. Hari demi hari, usahanya untuk berkahwin hanya tinggal harapan. Ibunya yang turut bimbang, telah berjumpa dengan seorang dukun. Mereka telah mendapat berita gembira. Menurut dukun tersebut, Raithah bakal berkahwin tidak lama lagi. Ia akan berlaku pada hari purnama. Raithah kembali tersenyum. Dia menanti dengan penuh persediaan kerana percaya dengan ramalan tersebut. Akhirnya, tiba hari purnama tiada siapa pun yang sudi melamarnya. Sehinggalah satu masa umurnya menjejak 70 tahun, ada seorang pemuda berumur 20 tahun mengetuk pintu rumahnya untuk melamarnya. Sayangnya, ketika itu ibunya sudah meninggal dunia, hajat melihat anaknya berkahwin tidak kesampaian.

Raithah akhirnya berkahwin jua. Malang tidak berbau, suaminya telah berjaya menipu hartanya dan meninggalkan Raithah keseorangan. Penantian untuk mencapai kebahagiaan ternyata hanya tinggal kenangan. Raithah menangis tidak henti, tidak makan dan minum, sehingga menjadi lemah.

Ketika itu, tidak semena Raithah memegang alat pemintal benang ibunya. Dia memintal dengan tekun sehingga larut malam. Tiba-tiba terlintas difikirannya dengan pelbagai soalan. Mengapa aku memintal benang ini? Untuk apa? Aku sudah kaya. Untuk menjahit baju suamiku? anakku? Aku tidak mempunyai suami dan anak.

Soalan itu menganggu fikirannya. Lalu untuk menenangkan hatinya, diputuskan benang-benang tersebut dengan sepenuh hati. Selayaknya seperti orang melepas geram.

Lalu Raithah mengupah anak-anak sekeliling rumahnya untuk memintal benang. Setelah siap, Raithah pulang dan diputuskan kesemua benang tersebut. Dia membayangkan kehidupannya seolah-olah telah menipunya, usahanya untuk mengecapi kebahagian telah dihancurkan. sepenuhnya. Sebagai balasan, dia memutuskan usaha-usaha memintal benang tersebut setelah bersusah payah memintalnya. Akhirnya, Raithah meninggal dunia denganlemah, sakit, tiada semangat dan hilang harapan.

p/s: Begitulah kisah Raithah yang mengharapkan kebahagiaan di dunia semata-mata. Tanpa dipersiapkan dengan iman kepada Allah, tanpa mengharapkan redha Allah semata-mata, akhirnya sesal sehingga akhir hayat. Usaha memintal benang bukan mudah, inikan pula sanggup untuk memutuskannya? Begitulah teguran Allah dalam surah Annahlu kepada wanita supaya tidak sekali gagal dalam kehidupan setelah berusaha sepenuhnya.

Terimbau satu nasihat yang dititipkan kepada sahabat handai. InsyaaAllah ana kongsikan di sini. Mudahan manfaat buat pembaca.


Sungguh diri ni lemah tak padan untuk berwalimah. Jodoh tu kan rahsia Allah,  jika baik kita, pasti Allah hadirkan yang baik-baik juga. Ukur baju di badan sendiri. Utamakan izin mak abah.

Sewaktu kau masih bujang lagi, taatilah mak abah, berbaktilah kepada kedua orang tuamu, eratkanlah ukhuwah sesama saudara dan keluargamu, tuntutlah ilmu, sebarkan ilmu kepada yang berhajat dan berdakwahlah dengan masyarakat umum yang tenat. Tidak bermakna selepas berwalimah kau tidak boleh lakukan semua ini. Boleh, cuma terhad sedikit. Ada tanggungjawab lain yang bakal kau galas.

Jka ditanya bila mahu walimah? Soalan mudah. Tidak esok, lusa, tidak lusa, tahun depan, tidak tahun depan, tahun tahun tahun depan. Doa yang baik-baik. Agak2 tak sempat di dunia, Allah janjikan di Syurga. Baik sangka dengan Allah. Fokus redha Allah, bukan pandangan manusia. Abaikan pandangan manusia, perbaiki diri hanya untuk Allah. Hanya untuk Allah! Kau sibuk cari yang sempurna, sedangkan diri tidak usaha untuk ke arah itu. Perlu ingat! Jika kau hanya sibuk mempersiapkan diri untuk walimah, jika tiada jodoh dan tidak walimah bagaimana? Ikhlaskan hati, tajdid niat. Mempersiapkan diri menghadap Allah itu lebih diutamakan. Jodoh dengan kematian itu lebih pasti. Ayuh mempersiapkan diri hanya untukNya.

Sekurangya usaha mendekatiNya tidak akan kecewa. Jangan jadi seperti Raithah, wanita si pemntal benang. Usaha menjadi baik jika keranaNya pasti tidak sia-sia. :-)

Wallahu'alam. Inspirasi menulis kerana hajat orang, hajat memurnikan masyarakat yang tenat. Semoga Allah redha. Semoga Allah Sayang.