Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

27 July 2015

Permata Berharga

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thummal hamdulillah. Allah izin bernafas pada hari ini untuk bersama merasai nikmat Iman dan Islam merangkumi nikmat Aidilfitiri.

Dalam kesibukan mencari Tuhan, ana terpana seketika mengenangkan kedua insan yang tersayang, Mak dan abah. Jika mengenangkan kedua insan ini, pasti mengalir air mata. Meskipun orang melihat ana tabah, ana berpendirian, ana serba boleh. Jika dikaitkan mak abah ana tiada toleransi. Pasti akan mendahulukan mereka. Melainkan jika sudah bersuami, mak abah adalah tanggungjawab suami. Mak selalu ingatkan, anak perempuan walaupun sudah berkerjaya mampu memberi dan menyara hidup, tetap di bawah tanggungjawab seorang ayah. Jika di akhirat kelak Allah izinkan ana masuk ke syurga, ana akan memberi laluan kepada mak dan abah untuk masuk terlebih dahulu.

Mak abah. Mereka sangat mengutamakan ilmu anak-anaknya, Meskipun perlu berkerja keras, pendidikan anak-anak perlu diutamakan. Semua di hantar masuk ke Universiti. Mengambil ijazah sarjana muda. Tinggal adik seorang yang masih meneruskan perjuangan di Mrsm. Pengalaman mereka dahulu yang tidak kesampaian menyambung pengajan kerana tiada sokongan kewangan yang kukuh telah mendorong mak dan abah membesarkan kami dengan ilmu. Alhamdulillah, mereka tidak kisah apa bidang kerjaya kami sekarang, kerana yang membawa hidup terarah adalah ilmu. Ilmu yang bermanfaat. Kerjaya yang mulia bahkan berkatnya ada, itu mereka utamakan.

Tiada siapa yang mengerti getir hidup kami sekeluarga. Abah menyara kami dengan kesungguhan, mak mendidik kami dengan penuh ketabahan. Kemuncak pengorbanan mereka di saat kewangan keluarga tidak stabil. Allah izin, ketika itu kami tiga beradik masuk universiti serentak. Kakak yang jauh di Indonesia, di Terengganu dan ana di Nilai. Waktu itu, abah sedikit pun tidak menceritakan bagaimana abah mendapatkan duit. Begitu juga mak yang sentiasa bertanya, cukupkah duit? Allahu. Saat itu adalah kemuncak ana menangis. Walaupun tidak cukup, hanya cakap cukup. Tidak cukup, ana pinjam daripada kawan dan belajar mengikat perut. Kadangkala ikut program sana sini, makan dan minum percuma. Alhamdulillah. Krisis suasana belajar yang berbeza ketika itu menambahkan lagi kekusutan. Allah izin redha kerana teringat impian mak dan abah ingin melihat anaknya berjaya dalam ilmu akademik. Semua orang sangka bidang yang ana ceburi ini akan menjanjikan pulangan yang hebat. Rupanya silap, hebat tidak menjanjikan tenang, jika tida menjiwai tidak ke mana.

Allah izin membesar bersama keluarga yang saling membantu. Keluarga sebelah mak ana yang tidak berkira untuk memberi. Sentiasa menghulur dan selalu berusaha memberikan apa jua manfaat kepada anak saudaranya. Sejak kecil sehinggalah dewasa, ada sahaja yang ingin disumbangkan, Tidak tahu mengapa, sering kali diajak untuk tinggal bersama. Kami ada mak yang banyak. :-) Begitu juga, jiwa mak yang tidak suka berkira, menyumbang sebanyak mungkin kudrat dan harta kepada masyarakat dan keluarga, meskipun ada yang berkata. Tetap meneruskan tanpa putus asa. Disebabkan itu jiwa berkebajikan sangat kuat dalam diri ini. Memberi sehingga lupa pada diri. Khairunnas yanfa'u linnas. Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada manusia.

Allah izin memiliki kerjaya. Tidaklah hebat, cukuplah dapat memberi dengan tidak henti. Saat orang lain berbangga dengan kerjaya yang dimiliki, biarlah yang Maha mengetahui sahaja bersama. Tetap tenang dalam redha, tetap tersenyum dalam gembira. Allah izin merasai semua ini. InsyaaAllah.

Usahaku untuk menarik mereka ke syurga dengan AlQuran. Hajat doa dan diberikan kekuatan. Allahu maie.
Bersabar itu kuncinya. Akan berusaha meskipun jatuh. insyaaAllah.


Jom hayati lagu ini, lagu ini menjadi semangat di tingkatan 4. Sudah jatuh cinta dengan lagu ini. Waktu ini ana tengah mempersiapkan diri menduduki Sijil Menengah Agama dan SPM. Allah izin kuat untuk berjaya alhamdulillah.




22 July 2015

Cinta Seorang Gadis Kepada Allah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah thummal hamdulillah. Nikmat bersahabat sungguh manis jika dikenangkan. Allah izin bersuhbah dengan mereka yang sangat baik. Menghargai setiap kebaikan, menyembunyikan setiap kelemahan dan saling menguatkan tika berhadapan sebarang keresahan. Itulah dinamakan sahabat. Sahabat adalah cerminan kepada diri. Ingin menjadi susuk peribadi yang dirindui oleh mereka. Berjumpa walaupun seketika, terubat hati, menambah iman, dan lupa masalah yang menimpa. Manisnya nikmat ukhuwah. Allah izin bersuhbah dengan mereka sejak di bangku sekolah lagi.

Bersahabat itu perlu didukung dengan keikhlasan dan keimanan hanya semata keranaNya. Jika bersahabat untuk memenuhi kepentingan duniawi. Usahlah bersuhbah, kelak akan membawa kepada kehinaan dan perpecahan.

Ikhlas menghulurkan bantuan, tidak berhajat melainkan hanya untuk mencapai keredhaan. Bersahabatlah kerana Allah. Pasti tidak sia-sia.

Nikmat ziarah ke sana sini di bulan yang mulia. Iman bertambah, semakin mujahadah untuk mengejar Allah. Semangat mengaji ilmu. InsyaaAllah.

baru intro :-)
............................................

Makanan hati itu ada dalam keikhlasan, taubat, inabah, tawakal kepada Allah, rasa ingin mendapat apa yang ada padaNya, rasa takut terhadap azabNya dan kecintaan kepada Allah.
-Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni.

Faedah membaca itu banyak sekali. Di antaranya melancarkan lidah, mengembangkan akal, menjernihkan fikiran, menghilangkan keresahan, mengambil pengajaran daripada berbagai pengalaman dan memetik nilai keutamaan.
-Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni.

InsyaaAllah, akan kembali setia dengan pembacaan. Tidak lagi hanya penuh di beg, tetapi sedikit sahaja yang dibaca. Tertarik untuk ulang balik bacaan ini. Untuk lebih kuat.

Bismillah.
Ngulang
Iadah
Ingat menghafaz sahaja ada Iadah?
Pembacaan juga perlu diulang

Rabiah telah dapat merasakan betapa nikmatnya bercinta dengan kekasihnya, yakni Allah. Maka dia ingn agar kaum muslimin turut merasakan apa yang dirasakannya itu. Untuk itu, Rabiah mengajak mereka supaya bersedia mengubah sikap, pendekatan dan kualiti ubudiyah dalam hidup mereka yang singkat. Cara dan pendekatan yang dimaksudkan ialah Cinta itu sendiri.

Menurut Rabiah, Cinta itu hendaklah ditujukan kepada yang palng layak menerimanya. Cinta itu biarlah diserahkan kepada yang tahu membalas cinta. Cinta itu harus menyeluruh sifatnya. Cinta itu mestilah ikhlas dan jujur.

Juga cinta itu tidak diberikan selain kepada yang patut beroleh kecintaan. Lalu, siapakah sasaran Cinta Rabiah? Tidak lain dari kekasih dan kerinduannya, yakni Allah Azza Wajalla. Setiap relung hati, perasaan dan urat sarafnya telah dipenuhi oleh cinta ini.

Wallahua'lam.

Yuk bersama dengan Allah di setiap langkahmu. :-)

21 July 2015

Unzhur ila ma qala, wala tanzhur ila man qala.

Bismillahirrahmanirrahim.

Terdidik generasi AlQuran, kelak pasti Islam akan tertegak. Apabila dunia yang dikejari, tidaklah akhirat itu dicintai. Allahu, sedangkan aku sangat miskin dihadapanMu, menagih keampunan meskipun aku dihina di belakang manusia. Berdiri teguh memenuhi cita-cita dan impian, hanya untuk memperolehi redhaMu.

Allah mengetuk hati ini,
لو أننا نمسك المصحف بقدر ما نمسك هواتفنا , لامتلأت الجنة
Jika kita memegang AlQuran sama dengan kadar kekerapan kita memegang telefon, nescaya akan penuhlah syurga.

Sungguh jauh diri ini dengan AlQuran. Usaha untuk aqrab dengan AlQuran.

Allah ingin tarbiah hati yang lalai dan leka ini. Sesungguhnya Allah itu sangat baik.
Allah susun cantik jodoh pertemuan dengan anak-anak didik yang menghafaz AlQuran. Menerima kunjungan mereka di hari raya, membuatkan ana refleks seketika. Dugaan mereka menghafaz kalam suci AlQuran bukan seperti ana. Ana diuji dengan kesempitan masa dan masalah hati. Tetapi mereka, ditekan dengan rotan, penampar, juga marah. Kataku kepadanya, besar lagi ujian tekanan kamu ya. Bersabarlah, sabar itu indah. Hanya kesabaran akan membuahkan kejayaan. Melihat kepada usia mereka yang masih muda, ana tidak memberi tekanan kepada mereka belajar akademik, mereka ada fokus untuk menghafaz. Kesimpulannya, ana membiarkan mereka belajar dalam keadaan santai. Faham dan masuk. Itu lebih diutamakan.

Menelusuri kisah hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Ana terinspirasi dengan tulisan beliau sejak belajar lagi. Apabila kurang serius dalam menulis, maka membaca tulisan imam Al-Ghazali pun kurang. Terdetik untuk mengelek kembali kitab Imam Al-Ghazali. InsyaaAllah akan disiplin sehari 5 minit. Baca di hadapan anak didik pun ok. Pendekatan yang baik buat mereka mengenali Hujjatul Islam.

Mendidik memerlukan bahan tarbiah berunsurkan cerita dan pengajaran. Setiap kali berhadapan dengan anak didik, pasti akan menyampaikan sebuah kisah. Sehinggakan setiap kali bertemu dengan anak didik, dipaksa bercerita. Bimbang banyak cerita, banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya. Oleh sebab itu, setiap kali menyampaikan, ana akan minta maaf jika cerita yang disampaikan ada kelainan sedikit. Maklumlah, versi baca dan terjemahan oleh yang membaca memang pasti tidak akan sama, ada lain sedikit. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Unzhur ila ma qala, wala tanzhur ila man qala.
Lihatlah pada apa yang dikatakan, dan jangan lihat pada siapa yang berkata.

Terinspirasi dengan kisah ini, setiap kali menyedari kelemahan dalam menyampaikan, ana tersentuh dengan kisah ini. Yuk kita islah hati kita, dan bersama mengambil manfaat daripada kisah ini.

Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampungnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh Imam Ghazali. Mereka merampas harta yang ada pada rombongan itu.

Antara yang dirampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh beliau dari gurunya di Jarjan iaitu Imam Abu Nashir Al-Ismaili. Imam Ghazali menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dan menghargainya.

Mendengar permintaan Imam Ghazali, ketua perompak itu bertanya secara menyindir "Untuk apa catatan ini wahai anak muda? Bukankah engkau telah menghafal dan memahami seluruh isi kandungannya?"

Namun begitu, ketua perompak akhirnya memulangkan kembali catatan tersebut kepada Imam Ghazali. Selepas peristiwa itu, Imam Ghazali menghafal seluruh isi catatannya itu dan apabila menghadiri majlis-majlis ilmu, beliau lebih mengutamakan pemahaman yang sungguh-sungguh dari sekadar mencatat. Beliau benar-benar terkesan dengan sindiran ketua perompak itu. Benarlah kata hukama " Lihatlah pada apa yang dikatakan, dan jangan lihat pada siapa yang berkata."

Imam Al-Ghazali terkesan dengan sindiran itu, meskipun yang menegurnya itu seorang perompak. Imam Al-Ghazali akhirnya berusaha untuk menghafaz catatan dan bersungguh memahami catatan-catatan setelah terkesan dengan kata-kata perompak itu. Wallahua'lam.

Semoga Allah izin untuk mempunyai semangat menyampaikan walaupun rasa masih tidak cukup. Semoga Allah kekalkan kesungguhan dalam mendalami ilmu agama dan menerima amal ini sebagai amal  soleh meskipun sedikit. Perlu apa untuk mendabik dada dengan penuh sombong kepada manusia lain. Yang membezakan kita dengan manusia lain di sisi Allah hanyalah ketaqwaan.

Tidak terlewat bagi sesiapa yang ingin memulakan. Nilaian Allah itu semestinya pada pengakhiran bukan pengawalan. Doa husnul khatimah.

Alert! Berapa ramai yang sibuk memperbaiki diri kerana manusia, tetapi kenapa tidak hanya keranaNya?
Allah itu terlebih layak dan utamanya untuk didahulukan.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.














Daripada tinta pena Hidayah.

20 July 2015

Allah sangat Baik

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah sangat baik. Eidilfitri ini Allah izin untuk menjadi lebih dewasa.

Sendu kian berlagu, apakah taubat ini diterima?

Berbakti kepada mak abah serta atuk di bulan mulia ini. Bersilat di dapur, di singki. Kadangkalanya turun ke rumah atuk untuk membantu di dapur. Tahun ini, jadi anak mak, jadi anak atuk. Kakak sudah beraya di keluarga mertua, kakak satu lagi tidak kurang hebatnya bersilat juga.Bezanya, ana yang berkenderaan ini memang selalulah ziarah kedai dan pasar. Ada sahaja yang tak cukupnya.

Beraya pun tak sempat. Tidak putus tetamu hadir. Baru tarik nafas, datang satu kereta. Tersenyum. Tetamu membawa rahmat. Ramai saudara mara, kenalan lama dan baru, sahabat, sahibah serta anak didik yang hadir. Alhamdulillah, nikmat bersaudara. Tahun ini, kenalan daripada m.cik p.cik yang ramai. Sudah bekerja, maka bergaul dengan orang dewasa. Terasa mudanya, gelar diri kakak pula pada anak-anak mereka.

coretanHariRaya.
Meskipun menulis dalam kepenatan.
Tetap ingin menulis.
Melepaskan beban yang tersimpan.
Izinkan hambaMu ini tenang.
Tenang setenangnya membawa hati ini.
Mati dalam iman.

Maaf dipinta kepada pembaca jika pernah membuat silap dan salah. Terkecilkan hati, tersilap bicara, dan sebagainya. Sungguh diri ini masih kanak kanak dikalangan mereka yang berdakwah. Masih mentah lagi untuk menjadi dewasa. Doakan supaya ana sentiasa bersemangat dan bersungguh untuk menjadi dewasa. Sabar untuk menjadi dewasa dengan belajar dengan manusia, kerana jalan inilah yang mendidik untuk lebih dewasa.

Allah sangat baik, pasti tidak akan mengecewakan hambaNya. Berdoalah. Kehidupan perlu diteruskan. Tiada masa untuk berundur, maka maralah kehadapan.

لعل الله يحدث بعد ذلك امرا

...


13 July 2015

Mungkinkah Ini Ramadhan Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim.

Kadangkala Allah beri sedar, dalam keterpaksaan Allah izin untuk bersedia. Tetapi sejauh mana persediaan menghadapi kematian. Allahu.

27 Ramadhan ini, bersaksikan pena elektornik di hujung jari ini, hambaMu mengadu hanya kepadaMu. Berbicara sangat hebat dihadapan anak-anak didik supaya bersungguh-sungguh melakukan ibadah di bulan Ramadhan. Hakikatnya yang berbicara tidak bersungguh-sungguh. Sedih dan bimbang. Besar kebencian Allah kepada orang-orang yang berkata tetapi tidak pula dilakukannya. Kaburamaqtan indallahi an taqulu mala taf'alun.

Allah izin ramadhan kali ini dilalui dengan penuh warna warni. Kadangkala dihujani air mata kepedihan, dihujani air mata kekecewaan, dibasahi air mata kesyukuran dan tidak terlepas daripada air mata kegembiraan. Apakah taubatku diterima? Orang memandangku hebat, sedangkan akulah yang paling banyak dosa dihadapanMu Allah. Sungguh aku telah menzalimi diri sendiri.

Begitu juga ramahku terhadap manusia, hanya semataMu. Adakah nilaian Allah itu sama seperti yang kusangkakan? Sungguh aku tidak hajat untuk kepentingan sekalipun. Ikhtilat dalam urusan, jika kita fokus tujuan, Allah pasti akan melindungi. Untuk apa berlindung malu disebalik kepuraan. Jadilah diri sendiri dengan berlandaskan apa yang Allah kehendaki. Pilihlah untuk menjalani jalan kehidupan yang jauh daripada penyakit hati. Amal dilakukan hanya semataNya, Bi iznillah. 

Tidak ramai yang menjaga pandangan, menghijabkan hati daripada suka seseorang yang bukan mahram. Di manakah Fatimah Azzahra di zaman ini? Sungguhnya diri ini tidak mampu untuk berniqab seperti Fatimah Azzahra. Usahaku menjaga pandangan dan menghijabkan hati adalah satu usaha daripada dahulu lagi. Akan dipertahankan. Mudahan Allah redha. Meskipun bermasyarakat, bercampur lelaki dan perempuan, pandangan ketika berurusan itu perlu, jika fokus tujuan dan niat yang soheh, insyaaAllah terhindar daripada penyakit hati. Amalkan sifat abai dan tinggal yang lagha. Tujuan Lillahi taala. Minta pada Allah untuk terus memerhatikan dirimu, Allahu, jika aku berperasan selainMu memerhatiku, rugilah aku. Hinalah aku dihadapanMu. Rendahnya martabatku meletakkan diriMu disampingku..

Mungkinkah ramadhan ini yang terakhir? Terkesima... :-(


Ya Allah, Ya Tuhanku 
HambaMu merindukan 
Rahmat kasih sayangMu 
Dan jua keredhaanMu 
Dalam hidupku 

Meskipun ku ulangi dosa noda 
Yang menjanjikan azab sengsara 
Namun ku sedari 
KeampunanMu tidak bertepi 

Ku akui diri ini 
Hamba yang mungkir pada janji-janji 
Jadikanlah taubat ini yang sejati 
PadaMu Ilahi 

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku 
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku 
Moga terhapus penghijab kalbu 
Antara Kau dan aku 

Tuhan, 
Ku zalimi diri ini 
Andai Kau tak ampuni dan rahmati 
Alangkah ruginya diri 

Tuhan, 
Jangan Kau palingkan hati ini 
Setelah Kau beri hidayah 
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

KeredhaanMu -Inteam

08 July 2015

Memberi juga kena berkira.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan izinNya kembali bersemangat menulis kembali.
Di sini ana ingin menukilkan sebuah pandangan peribadi mengenai perancangan kewangan buat muslimah yang mendambakan penyusunan kehidupan yang lebih terarah.

Dalam menilai keupayaan diri, tidak bermakna yang berjiwa kebajikan itu tidak peduli dengan hartanya. Perlu cakna dengan sumber kewangan yang diperolehi, disalurkan dan juga dilaburkan. Jika hanya menjadi seorang yang suka memberi, tetapi tidak tahu aliran keluar masuk duit dan hartanya akan menyebabkan kesukaran dalam membuat keputusan di masa hadapan. Bahkan, jika tidak dicatat, dihitung dan diasingkan mengikut kumpulan yang tertentu pasti akan berasa kehilangan yang banyak dan berasa tidak sedar cepatnya habis dan hilangnya duit yang diterima.

Ana tidak sampai setahun bekerja. Gaji yang diperolehi hanya sekadar menjadi modal untuk gerak bekerja, belajar, mak abah dan dakwah. Disiplin menyimpan dan mengasingkan sebahagian untuk hajat keperluan bukanlah kepentingan. Kesedaran mula untuk merancang terdetik ketika berada di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik Kewangan. Belajar subjek matematik kewangan nampak istilah meminjam sahaja. Diajar untuk mengira bayar balik pnjaman, menggalakkan pinjaman. Bank memang tempat meminjam. Simpan sudah tentu ada, pengiraan simpanan masa hadapan pun ada. Tapi jujur ana tak faham :-) Belajar pelaburan pula tinggi sangat risikonya, banyak kiraannya, ana memilih untuk abaikan. Ana memilih melabur dalam pelaburan yang memberikan dividen yang pasti. Zero risk. Untung pun tidak banyak. Tidak mengapa, biarlah pelaburan dengan duit berkat itu mengalir pada tempat yang sepatutnya. Contoh, melabur dalam tabung haji pun boleh. Bank memang suka orang meminjam. Ini kenyataan, kerana hasil mereka adalah datang daripada cas yang dikenakan kepada peminjam. Ana memilih tidak mahu meminjam dengan bank. Bahkan memilih untuk menyimpan. Anda boleh meminjam, silakan. Asalkan faham prosedur meminjam dalam Islam. Tidak tertindas dan rasa dharuryah amatlah dipersilakan.

Selain itu, ana terdedah dengan suasana kerja di bahagian audit penyata kewangan ketika menjalani latihan praktikal. Diberi pendedahan dengan perancangan kewangan yang berbagai, terinspirasi untuk mengamalkannya. Pelaburan yang menguntungkan meskipun pasif, simpanan yang bersistematik meskipun berjangka masa panjang, berkat meskipun tidak untung, dan lain-lain.

Kisah lama pun tercerita, meskipun belum mencapai setahun. Anggap jualah ksah lama ;-)

Susunan perancangan yang berkesan adakalanya ingin mencapai tujuan utama iaitu keuntungan. Jiwa berkebajikan tidak menafikan bahkan menyokong kenyataan itu. Keuntungan sebagai matlamat. Dengan keuntungan, jiwa berkebajikan akan bersemangat untuk banyak memberi dan sentiasa berusaha untuk mengembangkan keuntungan dengan lebih banyak. InsyaaAllah.

Mulakan perancangan kewangan anda dengan membahagikannya kepada dua kategori.

Pertama : Perancangan Jangka Masa Pendek
Kedua: Perancangan Jangka Masa Panjang

Jiwa berkebajikan tidak menerima wang daripada bank. Ana menerima gaji di atas tangan. Bahkan jika dikumpulkan envelope sebulan, hampir dan mungkin lebih 10. :-)

Apa yang ana lakukan?

Setiap penerimaan sumbangan dan duit, jangan sekali digunakan kecuali dalam situasi keperluan. Lakukan sebarang perbelanjaan setelah berjaya anda masukkannya ke dalam bank. Kuat mana manusia sekalipun, hawa nafsu berbelanja tidak dapat dibendung. Jika ada di bank, lebih mudah melihat penyata untuk tujuan audit. Catatan keluar masuk duit, hendaklah dicatat di atas buku kecil. Ana gunakan buku tunai di microsoft excel. Catatan di buku kecil perlu dipindahkan mengikut bulan dan pengiraan terus dilakukan dengan automatik. Kepakaran menguasai excel ketika di usia muda remaja tidak sama dengan sekarang. Dulu banyak setting tahu, random expectation, forecast, VBA, static, and so on.... Sekarang hanya tinggal kenangan. Agaknya, research nanti kena run random lagi, Allahu sudah lupa. Kenangan belajar :-)

Ana sambung perncangan jangka pendek dan panjang di ruangan yang lain. InsyaaAllah, semoga Allah nilai Amal ini sebagai amal soleh.

Berkebajikan tidak bermakna hanya memberi. Perlu berkira juga. Dalam erti kata yang lain, menghitung dan mencatat segala pemberian agar kelak dapat mengatur pemberian yang lebih banyak lagi di masa hadapan. InsyaaAllah. Bukan kira pahala ya, banyakknya.... itu salah. Sebab pahala itu Allah yang nilaikan. Bukan kita.

06 July 2015

Masyarakat Tenat

Bismillahirrahmanirrahim.

Tenatnya masyarakat sekarang ini, mendorong hati ini berazam untuk bangun dan bangkit memperbetulkan mereka. Sakit hati, terpukul, bahkan terjelepok mendengar  khabar berita yang tidak sewajarnya diterima. Keruntuhan moral dan akhlak dikalangan jiran tetangga. Allahu ALLAH, apakah yang perlu dilakukan? Hati ini meruntun hiba, menyesali di atas kegagalan mendekati masyarakat setempat dengan hikmah. InsyaaAllah perlu kuat dan berusaha lebih untuk menyampaikan.

Fokus kepada anak-anak jiran, dekati hati mereka untuk mencintai ilmu Alquran. Bina keyakinan mereka terhadap ilmu dan agama yang disampaikan. InsyaaAllah lama kelamaan, mereka sudah yakin dan ana akan cuba memperbetulkan akhlak dan tingkah laku mereka. Dengan izinNya, mudahan terpaut jua mereka dengan nilai-nilai Islam. Kelak akan membesar dengan nilai-nilai ini.

Untuk memperbetulkan sesuatu keadaan adalah sangat mengambil masa. Jika berkira dengan kesusahan, usahlah bicara mengenai perjuangan. Begitu juga, jika bimbang rezeki sedikit, usah berkecimpung di medan kebajikan.

Tiada siapa yang boleh membaca isi hati, bahkan cuba menduga bimbang salah akan membawa dosa. Salah dan betul bukan di tangannya.

Kadangkala kala aturan Allah itu sangat hebat, bahkan tidak terduga oleh akal fikiran yang lemah dan cetek. Ketentuan ini, ana pasti Allah ingin melatih jiwa untuk lebih qowiy.

Sedih dan terpanggil untuk turut bersama memperbetulkan keadaan.

Jangan penting diri.
Tidak beriman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Sungguh sakit ini, kafarah dosa.
Tidak sekali membebani dri untuk bergerak menyebarkan nikmat iman dan Islam.
Teruskan dengan niat yang baik. Semoga Allah bersama.