Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

05 November 2017

Dakwah bersama student.

Bismillahirrahmaanirrahim.

Alhamdulillah, sollu 'alan nabiy.

Dalam keterbatasan waktu ini, Allah izin untuk mencoretkan sedikit ilmu untuk menjadi rujukan dan panduan kepada sesiapa sahaja. Terkadang, ana juga merujuk tulisan ini untuk mendapatkan sumber kekuatan.

Pendekatan yang terbaik untuk menyampaikan dakwah adalah kepada pelajar universiti. Waktu ini, penilaian mereka lebih dekat dan lebih tersentuh kepada sesuatu yang logik. Proses ini dinamakan membangun iman. Jika kita lihat, dakwah Rasulullah S.A.W itu bermula dengan pemantapan akidah (iman). Anggaran 13 tahun membina iman di mekah, barulah berjaya membina daulah Islam di madinah.

Membina iman itu adalah penggunaan dalil aqal yang membawa kepada keyakinan kepada dalil naqli. Kalau boleh, setiap apa yang berlaku mereka dapat mengaitkannya dengan Tuhan. Tiada alasan lagi untuk melakukan maksiat, jika semua perkara yang berlaku kita sandarkan kepada Allah yang maha memerhati. 

Seperti contoh, kejadian alam, penciptaan bumi dan matahari, kejadian air hujan, penciptaan kenderaan dan sebagainya. Setiap apa yang dibincangkan, hadirkan dalil dan kaitannya dengan Allah swt. Tidak ramai yang boleh berbicara seperti itu. Ramai yang boleh berhujah dengan dalil naqli (AlQuran dan Hadis) semata-semata, tetapi tidak kepada dalil aqli.

Sudah bersediakah dengan ilmu di dada untuk membangun iman bersama? Yakin pada diri, jika hanya berterusan memberi alasan hari demi hari dengan tidak bersedia. Sampai bila? Mereka yang keciciran akan terus tercicir. Tidak akan pergi jauh dalam proses tarbiah. Bermula dengan peribadi muslim, insyaaAllah Allah pasti membantu untuk membangun iman bersama-sama. Jangan tinggal majlis ilmu, mengajak kepada kebaikan jangan berhenti, jangan sesekali berputus asa.

Sudah kuat dan kukuh iman, tiada masalah jika ditempur dengan pelbagai senjata-senjata syaitan yang tidak lain hanyalah ingin merobohkan iman manusia.

Hebat sungguh manusia itu, jika di uji sebesar manapun ia tetap bersabar. Itulah cara Allah meninggikan darjat hamba di sisiNya. Bekalan iman itu perlu kukuh dan bersistematik.

Wallahua'lam.

No comments: